Bab 17

Romance Completed 3390

MIYUKI terjaga dari lena. Jam di sisi katil dikerling. 4:30 pagi. Dia bangun dan melangkah ke bilik air. Masih awal lagi, terus wudhu diambil. Dia ingin bertahajud untuk menenangkan dirinya. Jujur pada diri sendiri, Miyuki akui sesungguhnya dia amat merindui lelaki itu. Lelaki yang tanpa sedar mendapat tempat di hatinya.Sejadah dibentangkan. Terus dia mengambil posisi untuk bersolat.

Usai solat sunat tahajud dan hajat, Miyuki berdoa supaya Maha Penyayang memberinya ketabahan mengharungi segala ujian kehidupan. ‘Ya Allah, andai rindu ini bukan sepatutnya aku berikan kepadanya maka Kau lenyapkanlah rinduku terhadap dirinya’, hatinya berbisik sayu.

Al-Quran yang bersaiz tapak tangan terletak di atas almari dicapai. Surah An-Nisa’. Kalam dari Yang Maha Esa kepada makhluk lemah bernama wanita. Dia terus membaca hingga azan Subuh dari masjid berdekatan berkumandang.

“ALONG, bangun solat Subuh”, Arkish menepuk bahu Rifqi yang ketiduran di sofa putih krim itu. Arkish pula baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh dan bersiap untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Terpisat-pisat Rifqi bangun membuka mata. Melihat Arkish yang sudah lengkap berkemeja dan beg baju dijinjit terus membulat mata Rifqi.

“Angah dah nak gerak ke?”, soalnya separuh terkejut. Arkish mengangguk kecil. “Angah ada appointment pukul 12 tengah hari nanti. Baik bertolak awal”, jawabnya. Keluhan kecil dilepaskan. Rifqi meraup wajahnya dengan sebelah tangan. “Sorry, sebab Along kau kena rush macam ni. Tak nak breakfast dulu ke?”, Rifqi bersuara agak kesal. Kerana idea gilanya, dia sudah menyusahkan adiknya.

“No worries lah Along. Bukan selalu pun Along susahkan Angah. Angah berhenti RnR je makan nanti”, Seloroh Arkish. Rifqi mengangguk, dan terus meluru bersalam dengan adiknya sebelum menghantar ke pintu. “Thanks again Angah. Nanti balik KL Along belanja kau makan”, janji Rifqi.

“Angah pegang kata-kata Along tu”, guraunya sebelum pacuan empat roda itu berlalu pergi. Rifqi menutup pintu rumah dan terus ke bilik air untuk berwudhu’ dan menunaikan solat Subuh.

“YUKI, aku rasa nampak seseorang lah tadi”, Haniza tiba-tiba bersuara. Miyuki yang sedang menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya mengangkat kening sebagai isyarat ‘Siapa?’ yang dimaksudkan Haniza. “Ed”.

Terus terhenti kunyahan Miyuki. Kaku. Beku. Sesaat. Dua saat. Miyuki angkat muka. Menyambung kembali kunyahannya yang terbantut. “Seorang saja ke?”, tanya Miyuki dengan nada bersahaja. Tiada nampak raut teruja atau terkejut langsung.

“Aku tak pasti betul ke tu Ed atau tak. Rasanya macam ya”, Haniza menggumam sendirian. Lalu dia menoleh ke arah Miyuki. “Kau tak rindu dia ke? Kan kau rapat juga dengan dia dulu”, Haniza tiba-tiba menikam hati Miyuki menggunakan pedang samurai paling tajam di dunia. Tersedak teh tarik yang sedang diminum. “Tak rindu pun”, perit di hati hanya Tuhan yang tahu.

“Betul ke ni? Kenapa aku rasa macam kau tipu je?”, serkap Haniza lagi.

“Dahlah, makan cepat. Nanti nak ke klinik tempat kerja kau tu ‘jem strawberi’ jugak”, senda Miyuki hambat. Cuba mengubah topik sebenarnya. ‘Orang dah bahagia. Jangan diganggu’, hatinya mengingatkan.

Tiga bulan kemudian..

Sudah tiga bulan berlalu sejak daripada kejadian misteri dengan lelaki itu. Sampai sekarang dia tidak dapat terfikir siapa lelaki itu. Tambahan pula, sejak pertengahan dua bulan lepas, lelaki itu langsung tidak menghubunginya. Sudah tiada mesej gila dan nakal menganggu masa rehatnya. Jujur, Miyuki agak rindu dengan telatah gila lelaki itu.

“Fokus Yuki, fokus”, dia menampar-nampar pipinya. Lelaki misteri dirinduinya, dan Lelaki itu, menghantui lenanya. Kerap sungguh dia bermimpi memori sewaktu zaman persekolahan dahulu.

Perlahan bunyi pintu biliknya diketuk. “Yuki, jom lunch sama-sama”, pelawa Doktor Raisya. Miyuki sengih tayang gigi. “Sorry kak, saya dah janji nak makan dengan Niza harini”, dia menolak dengan baik. Dia tahu tujuan Doktor Raisya selalu ingin mendekatinya. Semuanya kerana ingin Miyuki berkenalan dengan adiknya yang sama umurnya dengan Miyuki.

Malas nak ambil pusing tentang semua tu. Miyuki mencapai dua telefon, purse dan kunci kereta lalu melangkah keluar daripada pejabatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience