Bab 15

Romance Completed 3390

RIFQI memakirkan Chervrolet Captiva Sport nya dalam garaj kereta banglo itu. “Angah memang tak boleh nak tolong along la ni?”, dia masih memujuk Arkish sepanjang perjalanan pulang. Arkish hanya buat bodoh. Malas dah nak melayan permintaan alongnya yang tak masuk akal tu. “Angahhhhh”, panggil Rifqi lagi apabila Arkish tidak melayan percakapannya.

“Malas nak layan orang gila bagi idea gila. Bertambah-tambah gila angah nanti”, perli Arkish sambil menutup pintu kereta. “Huh! Aku pula yang dikatanya gila”, bebel Rifqi sendirian.

“Esok angah nak bertolak balik dah”, Arkish bersuara sebelum menaiki anak tangga. Rifqi berpaling pantas. “Alaa, stay la dua tiga hari dulu dengan along”, pujuk Rifqi. “Tak ada maknanya. Projek berlambak, nanti papa bising lah”, sangkal Arkish. Rifqi tarik muka.

“Yalah. Pergilah rehat, esokkan nak drive”,dia berjauh hati. Arkish tergelak kecil dengan sikap kebudak-budakkan alongnya. Terus dipanjat anak tangga dan masuk ke bilik alongnya untuk melelapkan mata.

Rifqi merebahkan badannya di sofa krim lalu menekan punat remote TV. Dilayankan sahaja CSI yang bermain di kaca televisyen sehingga dia sendiri tenggelam dalam dunia ciptaan sendiri. Wajah gadis idaman masuk ke dalam mimpi.

KAI melambai-lambai ke arah Izriel yang berada di seberang padang. Izriel memang suka melepak di hujung padang apabila dia menghafal subjek Sejarah. Hanya subjek lain dia akan mengulangkaji dengan Kai dan Ryaiz.

Edrian memang sampai ke sudah melekat dengan Miyuki. Bergaduh tapi belajar bersama. Memang pelik makhluk dua orang tu. Izriel malas nak ambil pusing. Lambaian Kai dibalas. Dia bangun lantas menyapu punggungnya dengan tangan. Berlari-lari anak mendapatkan Kai.

“Kau dah habis menghafal?”, soal Kai apabila Izriel tiba di hadapannya. Anggukan diberi. “Mana Ryaiz?”, tanya Izriel. “Ada, tengah sibuk plan nak prank birthday Edrian”, jawab Kai dengan senyuman nakal. Izriel tergelak kecil. “Tak kantoi ke? Tahun lepas kan kantoi”, Izriel teringat prank birthday Edrian sewaktu di tingkatan empat. Semua yang dirancang tak menjadi kerana mereka terlupa mengunci pintu kelas. Juga disebabkan Ellisa mulut laser. Buat penat saja mereka bertungkus-lumus.

“Harap-harap tahun ni tak kantoilah”, Kai menggaru kepala. “Aku rasa tak kantoi, sebab sekarang dia selalu study kat library dengan Miyuki masa prep malam”, Kai menyambung ayat. Izriel mengangguk mengiyakan. “Ellisa dan Adiela?”, Izriel mengingatkan. “Kalau diorang buat kacau lagi tahun ni, memang aku ajar diorang berdua”, Kai mengenyit mata. Tegelak besar kedua-duanya. Kejam betul!

“AWAK BOLEH TOLONG TAK NI?”,soal Ryaiz lagi pada Miyuki untuk kesekian kalinya. Edrian maklumkan yang dia akan lambat sedikit ke tempat belajar mereka petang itu kerana Kaunselor meminta tolongnya untuk menaip senarai nama pelajar tingkatan lima. Miyuki panggung kepala. “Dia percaya ke?”, soal Miyuki pula.

Ryaiz duduk di hadapan Miyuki. “Kalau awak, confirm Ed percayalah”, jawab Ryaiz dengan yakin. “Okey, saya buat apa yang saya boleh. Kalau kantoi jangan salahkan saya tau. Saya bukan pandai sangat berlakon ni”, Miyuki akhirnya bersetuju.

Walaupun hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi sebelum SPM, namun mereka semua tetap ingin menyambut birthday rakan-rakan mereka. Bagi mereka, tahun akhir biarlah bukan sekadar SPM menjadi kenangan.

“Baik awak pergi cepat sebelum Edrian datang. Nanti dia curiga pula”, Miyuki mengingatkan. Ryaiz bangun tersengih. Dia mengucapkan terima kasih sebelum berlalu pergi.

“EDRIAN,malam ni kita study dalam kelaslah. Haniza suruh aku ajar dia grammar English”, Miyuki bersuara setelah dia menyelesaikan soalan klon SPM. Edrian angkat muka dari buku di hadapannya. “Okay”, sepatah sahaja jawapannya.

Miyuki senyum kecil. Dalam hati dia berdoa agar segala usaha kawan-kawan Edrian berhasil. Mujur warden mereka bertimbang rasa, membenarkan mereka menjalankan rancangan ini. Lagi, kalau perlu, bak kata Ryaiz, tahun ni kita kunci Ellisa dan Adiela somewhere. Haha! Kejam betul mereka ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience