Bab 2

Romance Completed 3390

Edrian melangkah masuk ke dalam kelas bersama-sama dengan tiga orang lagi sahabat baiknya. Izriel dan Kai mengambil tempat mereka, manakala Ryaiz menuju ke papan pengumuman kelas, untuk melihat senarai buku yang perlu digunakan bagi subjek yang telah diperkenalkan pada hari itu. Edrian pula dengan selamba menarik kerusi lalu duduk dengan muka penuh macho. Habis tu, mana Yuki? Takkan Edrian and the gang tak perasankan dia? Haha! Memanglah tak perasan, dah orangnya kecil, duduk di belakang, sedang beradu pula tu.

Sebaik sahaja punggungnya menyentuh kerusi, Edrian mempamerkan reaksi pelik. Berkerut-kerut dahinya. Ryaiz yang baru hendak melangkah ke tempat duduknya di sebelah Edrian lantas bertanya, “ Kau kenapa Ed? Macam orang kena buasir saja aku tengok”. “ Tak, aku rasa basah kat kerusi aku ni”, jawab Edrian pantas. “ Dah tu, yang kau duduk juga tu apasal? Bangunlah, tu pun nak kena ajar ke bro?”, Kai pula mencelah diikuti dengan anggukan daripada Izriel.

Edrian cuba untuk bangun. Namun, agak payah. Setelah berkali-kali mencuba barulah boleh. Lantas Edrian memegang cecair yang masih bersisa di kerusi itu. “Gam???”, suaranya naik satu oktaf. Ketiga-tiga rakannya sudah gelak besar. Yuki ni betullah tidur mati. Tak bangun juga walaupun suasana sudah bertukar bingit. “Macam mana pula gam boleh ada kat kerusi kau, Ed?”, Ryaiz menyoal penuh musykil. Sebelah kening Kai dijongketkan. “Aku rasa aku tahu siapa punya kerja. Tak apa, siap dia bila dia datang nanti. Hantu punya minah!”, omel Edrian. “Datang apa kebendanya, tu hah. Dia tengah sedap mengulit mimpi di siang hari”, Izriel memuncungkan mulutnya ke arah Yuki yang sedang tidur. Laa!! Ada juga rupanya yang menyedari kehadiran Elora Miyuki dalam kelas itu. Ketiga-tiga mereka yang lain berpaling ke meja Yuki. Edrian menjongketkan keningnya.

Dengan tidak semena-mena, Ryaiz bersuara “ Comel juga new face ni” sambil melangkah ke meja Yuki. Edrian,dan Izriel terkejut muka cimpanzi, manakala Kai mengiyakan penyataan Ryaiz itu. Kai ni dari tadi lagi, asyik angguk kepala saja. Bisu ke dia ni?

“Apa yang kau merepek ni Ray?”, soal Izriel pula. “Macam tu kau kata comel, aku ingatkan playboy adalah high taste rupanya kau ni playboy tak ada taste langsung”, perli Edrian pula. Namun sindiran Edrian dan Izriel tidak diendahkan Ryaiz. Jarinya kemudian diketuk-ketuk ke atas meja Yuki. Tujuannya adalah untuk mengganggu gadis itu yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Sejujurnya, Ryaiz agak tertarik dengan keletah perempuan itu yang berani berlawan kata dengan Edrian. Lelaki yang paling digilai di sekolah itu.

Kai melihat sekilas sebelum memandang kembali ke arah Edrian. Mahu melihat apa reaksi lelaki segak itu. Edrian mencapai air sirap yang dibeli Ryaiz di kepala kerusi. Dihirupnya sirap ais itu beberapa teguk menggunakan penyedut minuman sebelum bangun menuju ke meja Yuki. “Serves your right!”, bisik Edrian sebelum melangkah ke belakang Yuki. Sesaat, dua saat.

“Aaaa!!!! Apa ni!!!!!” jerit Yuki tiba-tiba. “Apa masalah kau ha? Tak boleh tengok orang senang ke?!”, bebel Yuki lagi. Lalu, tidak semena-mena Ryaiz yang berada di samping meja Yuki turut terkejut dengan tindakan drastik Edrian itu. Dengan tidak semena-mena sebuah penumbuk sulung hinggap ke pipi Ryaiz.

“Bukk!” ternganga semua yang berada di situ. Edrian tergamam. Itu terlalu luar biasa baginya. Belum pernah mereka melihat ada yang menyinggahkan tangan kepada Ryaiz.

Yuki turut kaku. Dia memang tidak menyedari tindakan bodohnya tadi. Dia bangun dan menghadiahkan penumbuk tepat kepada Ryaiz yang berada di hadapan mejanya. Edrian yang berdiri di belakangnya belum Yuki sedari. “Auch!”, Ryaiz mengaduh apabila merasakan rahangnya membengkak.

“Hahahahaahahaha…”, ketiga-tiga mereka bantai gelak. Ryaiz masih memandang muka Yuki. Mahu dimarahi gadis itu, dia tahu bukan salah Yuki. Tapi sakit rahangnya masih terasa. “Err..sorry. Saya tak sengaja”, beritahu Yuki. Ryaiz menghadiahkan senyuman nipis.

“It’s okay. Bukan salah awak. Drastik sangat tindakan awak tu”, gurau Ryaiz selamba. Dia ketawa dihujung bicaranya. Yuki tersenyum malu. Ketiga-tiga makhluk yang sedang melihat adegan itu buat muka meluat. “Kalau nak bercengkerama bukan kat sini tempatnya. Lu olang boleh blah!”, Izriel dan Kai berkata serentak. Edrian hanya buat tak tahu. Malas nak layan. Yuki menjeling geram.

“Diamlah kau”, marah Ryaiz. Tanpa disedarinya Yuki sudah pun melangkah ke arah Edrian. ‘Bamm!!’, tiga buah buku hinggap ke atas kepala Edrian “What the?!”, soal Edrian. Yuki hanya buat muka tak tahu lalu kembali semula ke mejanya. “Gomen'nasai” , ucapnya sekali lagi sambil membongkokkan badannya. “Gome what?”, soal Ryaiz bingung. “OH! Err.. maksud saya, maaf”, jelas Yuki.

Edrian masih lagi menggosok kepalanya. Benak sebentar otaknya akibat hempasan buku-buku tebal itu. “ kau ni memang tak serik kan? Kenapa kau berani sangat lawan aku ha?”, jerit Edrian dari mejanya. Yuki buat muka blur. Tak layan. Ryaiz sudah kembali ke mejanya. Manakala, Kai dan Izriel sudah menghilang ke lain akibat bosan melihat adegan yang ‘dilakonkan’ oleh Ryaiz dan Yuki. “Hei perempuan! Aku cakap dengan kau lah. Kau pekak ke?”, Edrian menaikkan oktaf suaranya. Elora Miyuki tetap dengan muka bodohnya itu. ‘Lantaklah kau nak cakap apa. tak kuasa aku nak layan’, desis hati Yuki. Sebuah jelingan dihadiahkan kepada Edrian sebelum kembali melelapkan mata. “Kau kacau aku kali ni, mati kau aku kerjakan”, sempat lagi dia memberi amaran kepada Edrian. “Macam aku takut, nanti kau!”, marah Edrian.

Sebatang pembaris yang berukuran satu meter diambil dari atas meja guru. Lalu dengan selambanya diketuk pembaris itu ke atas kepala Yuki. “Hoi!!” sergah Yuki sambil menarik pembaris itu dari pegangan Edrian. “Ed, sudahlah! Kau ni Ed, tak habis-habis lagi ke?”, tegur Ryaiz yang tak tahan melihat perbuatan kawannya itu. Yuki yang mendengar teguran Ryaiz itu terkedu meskipun teguran itu bukan ditujukan terus kepadanya. Terus dibatalkan niatnya untuk membalas perbuatan Edrian.

Edrian yang mendengar berasa tidak puas hati. “Apa aku pulak yang dipersalahkan? Minah tu buat hal. Aku follow up aje”, jawapan paling bodoh agaknya. Ryaiz hanya memandang kosong. “Tak pernah pun aku tengok kau gaduh dengan perempuan sebelum ni. Dengan lelaki pun tak pernah. Kau ni dah buang tabiat ke? Aku pun baru tahu kau ada bakat bergaduh”, bebel Ryaiz panjang lebar. Dah ada gaya mak-mak ni.

“Dan aku baru tahu jugak kau ada bakat membebel”, balas Edrian selamba. Akhirnya ketawa meletus dari bibir Ryaiz. “Menjawab saja kerja kau ya! Mari sini, aku hempuk sikit kepala kau yang dah tak betul tu”, gurau Ryaiz pula. “Apalah kau ni Ray, aku rasa kalau aku tak bergaduh dengan minah tu, sampai bila-bilalah agaknya aku tak tahu bakat terpendam nan berharga kau tu”, ketawa pecah dari mulut Elora Miyuki yang pada mulanya terkedu melihat ‘perang mulut’ antara dua sahabat itu.

Ryaiz yang melihat ketawa yang meletus dari mulut Yuki turut ketawa akhirnya. Edrian memandang dengan muka menyampah. Ryaiz hanya memandang sekilas lalu digelengkan kepalanya beberapa kali. “Apa geleng-geleng?”, sergah Kai dan Izriel yang tiba-tiba menerjah masuk ke dalam kelas. Terkejut dengan sergahan itu, Yuki membaling pembaris itu tepat mengenai muka Kai. Ryaiz ketawa pecah, diikuti dengan Edrian. Hanya Yuki, dan Izriel tergamam melihat Kai. Nasib baik pembaris plastik. Yuki rasa malu. Hari pertama disekolah baru, sudah pelbagai insiden yang terjadi.

Tanpa pengetahuan mereka yang berada dalam kelas itu, kelas prep pada petang itu telah pun dibatalkan kerana semua pelajar dikehendaki bergotong-royong menghias dorm pada hari pertama di ketiga di asrama dan hari pertama di sekolah. Patutlah tiada orang selain mereka berlima di sekolah itu. Apalah…. Hahaha…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience