Bab 6

Romance Completed 3390

“Dasar beruang air betullah! Kenapalah malang sangat nasib aku. Macam mana aku nak sama-sama duduk berbincang untuk presentation tu?”, keluhnya dari atas katil. Haniza hanya menggariskan senyuman. Keputusan cikgu yang buat. Dia tidak berkuasa nak membantah atau mengubah apa-apa.

“Sabar sajalah. Kau kan memang dah biasa kena torture dengan Ed tu”, Haniza bersuara setelah lama keadaan ‘krik-krik’. Miyuki merengus. Marah lagi agaknya. Haniza sudahnya diam. Makin dilayan makin gila Si Miyuki ni. Dicapai tuala mandi di kepala katil. “Dahlah, aku nak mandi. Nak tunggu angin kau tu sejuk, sampai ke maghriblah jawabnya.”, Haniza berkata dengan nada memerli. Miyuki hanya tersenyum. Cepat betul sejuk hatinya dek lawak bodoh Haniza.

ELORA MIYUKI mengenakan sepasang baju kurung biru air laut untuk kelas prep pada malam itu. Wah! Cantik. Miyuki memuji dirinya sendiri di hadapan cermin. Seketika kemudian, dia ketawa terbahak-bahak. Haniza yang sedang menyarung tudungnya melihat dengan pandangan yang pelik. “Kau ada salah makan ubat ke,Yuki?”, tanyanya dengan separuh mengejek.

Pap! Tak pasal-pasal kepalanya ditimpa sikat yang digunakan Miyuki tadi. “Woi!”, marahnya. Elora Miyuki hanya buat tak tahu. Dia terus melangkah ke katil untuk memakai telekung solat dan mencapai beg sekolah untuk ke kelas prep malam ini. “Kau marah ke tak? Dengan senyuman tu , harimau pun jatuh chenta dengan kau”, meledak ketawa Elora Miyuki sekali lagi.

Haniza mencebikkan bibir kecilnya itu. “Sengal! Kau memang nak kena,ya? Tak apa, malam ni aku doakan kau jatuh depan Edrian and the Gang! Padan muka kau!”, marah Haniza separuh bergurau lalu berlari menuju ke arah surau.

“Haniza!!!!”, jerit Miyuki dan mengejar Haniza. “Eh! Apa berlari ni. Semangat nak pergi surau ya? Bagus-bagus”, tegur Ustazah Rohani apabila Miyuki dengan tidak sengaja terlanggar bahunya. ‘Alahai! Nasib baik ustazah tak marah’, lalu Miyuki menghadiahkan senyuman manis bergula pada ustazah dan meneruskan langkahnya dengan sopan-santun.

“EDRIAN! TU HAH! MAKWE KAU DAH DATANG”, jerit Boy atau nama sebenarnya Saiful kepada Edrian yang sedang mencurahkan air ke atas meja tulis Miyuki. Mendengar sahaja laungan Saiful, segera dia berlari ke tempat duduknya. Botol yang berisi air disimpan dalam laci meja. pelajar-pelajar lain hanya mampu menggelengkan kepala. Tak nak masuk campur dengan Perang Dunia Ke-10 mereka tu. Entahlah! Mereka semua pun tak faham dengan manusia berdua ni. Walaupun sekumpulan dalam presentation Biologi yang akan datang, tapi mereka tetap tidak bekerjasama.

Masing-masing berkeras dengan idea sendiri. Akhirnya, mereka berdua ditugaskan untuk membuat presentation berdua. Maknanya, mereka tidak akan berkumpulan dengan Eyman, Shaqila dan Lisa. Padan muka! Itulah, bergaduh saja kerjanya.
Haniza melangkah masuk diikuti dengan Elora Miyuki dari arah belakang. Seisi kelas bagaikan menanti adegan yang bakal terjadi seterusnya. Dengan senyuman, Miyuki menyapa Kai yang berada di tempat duduknya. Matanya dikenyitkan. Sengaja ingin mengusik. Kai membalas kembali. Mereka berdua memang selalu begini. Namun, tiada apa yang istimewa antara mereka. Miyuki jarang bercakap tetapi perbuatannya sahaja cukup menunjukkan bahawa dia seorang yang baik hati dan peramah.

Mujurlah Kai ni memahami. Kalau silap orang, boleh jatuh cinta dengan perangai nakal Miyuki ini. Semuanya bermula selepas insiden pembaris ‘mencium’ kepalanya pada hari pertama persekolahan dulu. Ryaiz juga mempunyai hubungan baik dengan Elora Miyuki walaupun salam perkenalan mereka agak ‘thrill’ sedikit. Dengan penumbuk pula tu. Parah betul cara Miyuki buat kawan. Hahaha!

Sampai sahaja di hadapan meja, senyuman yang melebar bertukar menjadi marah yang meluap-luap. Dia tahu siapa punya kerja. ‘Apahal mamat ni suka sangat cari pasal dengan aku!!!’, jeritnya dalam hati. Beg sekolah dihempas ke atas kerusi. Haniza di sebelah sudah kecut perut. Dia tahu, sudahlah Miyuki masih bengang dengan Edrian pasal terpaksa pair untuk pembentangan itu. ‘Yang si Edrian ni pun. Nak bergurau tak kena masa. Pandailah kau tanggung’, keluh Haniza sendirian.

Belum sempat dia menghalang, Elora Miyuki sudah melangkah ke arah tempat duduk Edrian. Edrian pura-pura sedang menelaah buku rujukan Biologi yang sedang terbentang luas atas mejanya. Tanpa sebarang amaran, buku-buku yang terdapat di atas meja Ryaiz di sebelah Edrian sudah selamat mendarat di belakang badan Edrian. ‘Bedebab!’, wah! Kuat sungguh bunyinya. Lagi sakit pada yang kena tu kan?

Edrian membetulkan belakang badannya yang terasa sengal dek hempasan buku-buku tersebut. dengan marah Edrian bangun dan memanah anak matanya tepat ke dalam mata Elora Miyuki. “Kau apahal?”, bentaknya.

“Amboi kau! Kura-kura dalam perahu, jangan nak berlagak tak tahu! Kau nak apa sebenarnya dari aku?! Aku nak belajar kat mana dengan meja yang basah tu?”, marah Miyuki pula. ‘Ceh! Kau ingat aku tak beranilah nak tinggi suara dengan kau mentang-mentang kau tu lelaki?’, sempat lagi Elora Miyuki berkata-kata dalam hati. Seisi kelas terdiam. Semua tertumpu pada mereka berdua.

Edrian masih berlagak bodoh. “Aku tak fahamlah apa kau cakap ni”, dalihnya pula. “Tak faham ya? Jadi, nak tak nak kau kena kongsi meja dengan aku!”

“Apaha..”, belum sempat Edrian menghabiskan ayatnya , Elora Miyuki sudah mencapai kerusi Kai dan duduk di hadapan Edrian. “Woi,perempuan! Kau tak malu ke? Tiba-tiba duduk tak dijemput”, Edrian kembali menyinga.

“Kau tak nak mengaku ke? Mengaku jelah, aku penatlah macam ni”, keluh Miyuki pula. Kepalanya dilapangkan ke atas meja Edrian. Dia berpaling menghadap kea rah Ryaiz. “Thanks buku tadi”, kemudian kepada Kai pula. “Sorry, awak boleh ambil kerusi saya tak? Saya nak kena perhatikan beruang liar ni”, ujarnya separuh mengusik.

“Anything Princess”, ujar Kai pula. Ketawa kecil Miyuki dibuatnya. Edrian melihat dengan hati yang benci. ‘Boleh pula kau senyum dengan kawan-kawan aku!’, lalu dia menarik kerusi dan duduk menghadap Miyuki.

“Okeylah~, sekarang daripada buang masa baik kita bincang pasal presentation tu”, ujar Miyuki dengan suara ceria yang dibuat-buat. Edrian hanya membiarkan dia bercakap seorang diri. Itu lebih bagus daripada terpaksa bertekak dengannya.

SELESAI sahaja perbincangan yang tenang itu, Elora Miyuki dan Edrian menutup buku rujukan Biologi yang berada di hadapan mereka. Tidak berapa lama kemudian, Miyuki bersuara, “Encik Edrian, saya tak nak sebab kita bergaduh, markah pembentangan kita paling teruk sekali. Jadi, mari bekerjasama sebagai rakan kerja yang baik ya?”, ujarnya dengan separuh menggedik. Sengaja dia ingin menyakiti hati Edrian.

Seisi kelas juga hairan perbincangan mereka tidak diselangi sebarang pergaduhan langsung. Ha! Kan bagus macam tu? Aman saja dunia orang lain. Maknanya, mereka berdua ini jenis professional.

“Ada aku kisah?”, jawab Edrian dengan sinis. Loceng 10:30 malam berdering. Itu bermakna pelajar-pelajar sudah dikehendaki pulang ke asrama dan bersiap-siap untuk bacaan surah Al-Mulk yang akan diketuai oleh wakil Ahli Badar melalui corong pembesar suara dari bilik PA.

Serentak itu , Edrian menolak kerusinya ke belakang dan mencapai beg sekolahnya yang tersangkut di kepala kerusi. Kakinya segera melangkah keluar kelas tanpa menoleh ke belakang lagi. Telinganya dah penat mendengar celoteh Elora Miyuki itu dalam masa hampir dua jam ini,

"Aku bukan bodoh nak biar kita tercorot", ujarnya sambil melangkah pergi. Elora Miyuki yang hanya mendengar mengukir senyuman lega tanpa berpaling ke arah Edrian. hanya sebaris ayat itu dia dapat rasakan keikhlasan Edrian. Sebelum ini, semuanya menjengkelkan sahaja!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience