Markas Kumpulan Black Dahlia Murder(Lokasi Rahsia)
Hisham termangu seorang diri di bilik besar yang telah mengorbankan tiga nyawa itu. Dia hanya mampu duduk tanpa melakukan apa-apa. Kapak besar di tangan kanannya masih kemas dalam genggamannya. Hati lelakinya masih berasa takut untuk melakukan perkara yang diarahkan oleh ketuanya.
Sekujur tubuh rentung terbaring di hadapannya ditenung kosong. Salah seorang suspek yang terlibat dalam kejadian kebakaran asrama yang mengorbankan anak saudaranya lima tahun dahulu. Dia akui, berasa puas melihat bagaimana terseksanya suspek-suspek itu dikerjakan oleh mereka. Tetapi ketika ini entah kenapa datang pula perasaan takut sewaktu melihat mayat rentung ini.
'Aku tak boleh buat. Aku tak boleh', getusnya di dalam hati.
"Hoi!", tiba-tiba, Nawawi dan Mazlan muncul daripada belakang lalu menyergah Hisham menyebabkan lelaki bertubuh gempal itu menjerit terkejut. Lantas wajahnya segera menoleh ke belakang. Ketawa sakan dua lelaki itu melihat riak wajah cemas Hisham.
"Sial lah korang. Buat terkejut aku sahaja", bentak Hisham dengan nada marah. Bagaikan ingin tercabut jantungnya ketika ini.
"Alahai, relaxlah. Kenapa kau terkejut sangat? Takut nak buat ke?", soal Mazlan sambil tertawa kecil. Sinis bunyinya.
"Gila kau kalau tak ada rasa takut langsung. Aku mana pernah potong orang. Kalau setakat sembelih lembu, ayam di kampung itu boleh lah. Tapi, kalau potong orang ini. Ish, kau lah buat Lan", ucap Hisham masih dengan nada cemas. Kapak di tangan kanannya diserahkan kepada Mazlan namun lelaki itu hanya tertawa sahaja.
"Harap badan sahaja besar tapi penakut. Kau buat, orang tua itu suruh kau buat kan. Jadi, kau yang buat", balas Mazlan tidak mengambil serahan kapak itu. Hisham menoleh pula ke arah Nawawi namun reaksi sama diperolehinya. Hisham hanya mampu mengeluh sahaja.
"Jangan mengeluh macam itu. Anggap sahaja kerja ini sebagai tuntutan bela kau untuk anak kau itu. Kau kena ingat apa dosa si sial ini", kata Mazlan lalu meludah ke atas mayat rentung itu.
"Sebenarnya, yang mati itu bukan anak aku. Tapi anak saudara", kata Hisham menyebabkan mereka berdua terkejut mendengarnya. Mereka sangka Hisham adalah bapa kepada salah seorang mangsa kebakaran itu.
"Kenapa kau yang sertai kumpulan ini, bukan mak ayah arwah?", soal Nawawi pula. Kini mereka bertiga duduk bersila di hadapan mayat rentung itu.
"Mereka yang tak nak. Waktu Fattah datang rumah adik aku itu, aku dengan isteri aku ada sekali ketika itu. Jadi bila Fattah ajak mereka berdua atau salah seorang sertai kumpulan ini, mereka tolak mentah-mentah. Katanya, biarlah undang-undang yang laksanakan hukuman itu".
"Tapi pada aku, tak perlu tunggu undang-undang. Kau tahu kan macam mana proses nak jatuhkan sesuatu hukuman itu. Bicara itu, bicara ini. Kemudian dibebaskan atas jaminan lah, dibebaskan kerana mengaku tak bersalah lah. Jadi, esok itu aku hubungi pembantu dia nak minta buat temu janji dengan Fattah tapi aku cakap nak bincang pasal kelas saham dia itu. Selepas itu, hmm... Kau tahu lah kan", kata Hisham dengan panjang lebar.
Nawawi dan Mazlan hanya berdiam diri sahaja mendengar cerita daripada Hisham. Tahulah mereka kini bagaimana Hisham boleh menyertai kumpulan ini. "Dah lah, cepat buat kerja kau. Nanti bising pula orang tua itu kenapa lama sangat", ucap Mazlan.
Hisham masih teragak-agak untuk melakukan kerja itu. "Jangan takut Sham, kami berdua ada menemani kau", giliran Nawawi pula memberikan kata-kata galakan.
Hisham menarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan-lahan. Segala rasa sakit, perit atas kehilangan insan tersayang itu dikumpul sedalamnya. Kapak di tangan kanannya mula menjulang tinggi lalu dihayun ke atas leher mayat rentung itu.
Pak! Pak!
Mazlan dan Nawawi setia memerhatikan rakannya melakukan kerja-kerja memenggal kepala manusia seperti yang diarahkan oleh Fattah.
***
Hospital Besar, Kuala Lumpur
Empat anggota polis lengkap berpakaian baju T serta bip berwarna hijau itu berjalan laju di kawasan hospital itu. Mereka yang diketuai oleh Inspektor Zailani telah mendapat perkhabaran positif daripada pihak hospital bahawa Farhan, pemandu trak polis semalam telah stabil dan mula menunjukkan tanda-tanda positif. Oleh sebab itu, mereka bergegas untuk menemui Farhan bagi mengetahui punca kejadian serangan itu.
"Assalamualaikum, saya Inspektor Zailani dari IPD Bukit Aman. Kami nak melawat pesakit yang bernama Mohd Farhan bin Zainal di wad 5E. Di mana ya wad itu?", soal Inspektor Zailani kepada penjaga kaunter hospital itu.
"Waalaikumsalam tuan. Tuan kena naik ke tingkat 5. Wad itu terletak berhadapan dengan wad 5F, iaitu wad bahagian kanak-kanak. Lepas tuan keluar daripada lif, tuan belok ke kanan dan tuan akan nampak wad 5E dan 5F", kata penjaga kaunter itu memberi penerangan dengan teliti.
"Baiklah, terima kasih".
"Sama-sama".
Mereka berempat terus bergegas ke arah lif yang diperkatakan. Nombor 5 pada punat lif itu ditekan lalu mereka dibawa ke tingkat berkenaan. Selepas 5 minit, mereka telah tiba di wad 5E dan menemui Farhan yang berbaring di atas katil hospital itu sambil ditemani oleh seorang wanita.
Walaupun terbaring lemah, namun Farhan mampu mengukirkan senyuman pada empat rakannya itu sewaktu mereka berjabat salam antara satu sama lain. Farhan turut memperkenalkan wanita di sebelahnya adalah isterinya iaitu Mazlida.
"Macam mana keadaan kau sekarang?", soal Inspektor Zailani.
"Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berbakti di bumi Allah ini. Aku terkilan Jai dengan kematian rakan-rakan kita semalam", kata Farhan dengan nada suara perlahan. Panggilan Jai digunakan sebagai singkatan nama daripada perkataan Zailani.
"Syukur Alhamdulillah, kau sahaja yang selamat dalam kejadian serangan semalam. Kecederaan kau macam mana?", soal Inspektor Zailani lagi. Farhan menceritakan tentang keadaan fizikalnya yang cedera itu. Oleh sebab dia tersepit di tempat duduk pemandu, kaki kirinya tersepit manakala sebelah lagi kakinya retak. Beliau hanya mengalami cedera ringan pada anggota fizikal yang lain iaitu di bahagian kepala dan badan.
"Aku tak sangka Jai, kejadian semalam boleh berlaku. Kumpulan mana entah yang menyerang kami semalam sampaikan tujuh suspek itu dilarikan oleh mereka", sambung Farhan lagi selepas menerangkan siri kecederaannya.
"Macam mana perkara itu boleh berlaku?", soal Inspektor Zailani. Farhan menoleh ke arah isterinya, memberi isyarat supaya beredar namun ditahan oleh rakannya itu. "Biarlah dia teman kau di sini", katanya. Mazlida hanya tersenyum tunduk memandang Farhan.
Farhan menyambung semula ceritanya sambil isterinya di sisi hanya mengusap lengan suaminya itu. "Semuanya berlaku terlalu pantas. Sewaktu dalam perjalanan itu, tiba-tiba trak kami ditembak...", Farhan meneruskan cerita yang berlaku semalam. Inspektor Zailani mendengar dengan penuh minat.
***
Markas Kumpulan Black Dahlia Murder(Lokasi Rahsia)
Fattah bersama konco-konconya masuk ke dalam bilik tahanan yang menempatkan empat banduan remaja itu. Bilik tahanan itu dikawal oleh empat lagi anak-anak buahnya iaitu Joe, Riko, Sharif dan Manaf. Sewaktu masuk, kelihatan Riko dan Sharif sedang seronok mencucuh rokok ke atas puting dada dua banduan itu.
"Hei", Fattah bersuara menyebabkan mereka berdua berhenti daripada terus menyiksa Panjang dan Kimi. Dua remaja itu kelihatan tertungkup kepalanya dengan baju jingganya sudah carik di bahagian hadapan.
"Aku nak bagitahu korang berempat ini. Tiga kawan kau dah selamat ke alam bazrah dah termasuk si Alang itu. Sekarang, hanya korang berempat sahaja yang tinggal untuk kami habiskan. Ikutkan hati aku, aku nak habiskan semuanya hari ini juga tapi macam tak seronok pula kan", kata Fattah dengan nada suara perlahan dan lembut namun masih tegas bunyinya.
"Jadi, bermula esok setiap seorang akan dihukum mati. Tapi sebelum itu, aku nak tanya dulu, siapa dalam kalangan korang berempat ini yang jadi ketua dalam kejadian itu?", soal Fattah sambil melihat wajah setiap seorang daripada mereka. Sepi, tiada sebarang jawapan.
"Oh. Tak nak mengaku ya. Ingat aku tak tahu siapa ketua korang? Aku dah tahu dah tapi aku nak orang itu sendiri yang mengaku", katanya lagi. Namun begitu, sekali lagi sepi tanpa sepatah kata. Fattah tersenyum sinis sahaja. "Baiklah, tak nak mengaku ya. Tak apa, budak aku ada tiga orang yang kenal dan tahu siapa ketua korang".
"Amir, Luqman, Manaf. Tunjuk sikit siapa ketua mereka ini", laung Fattah memanggil tiga konconya. Tiga remaja yang disebut namanya itu pantas meluru ke arah seorang banduan berbadan gempal dan tinggi itu lalu merenung tajam. Manaf tanpa sepatah kata terus meludah ke wajah Abot manakala Luqman dan Amir menolak kepala remaja itu dengan kaki.
"Nampak? Kan aku cakap, kami kenal kedua korang tapi sengaja kami diam sebab nak korang mengaku sendiri. Tapi korang bodoh. Kalau P. Ramlee ada Enam Jahanam, korang pula aku gelar Tujuh Bodoh. Ops, lupa dah tinggal empat", kata Fattah sambil tertawa. Dia kemudiannya bangun daripada cangkungnya.
"Mesti korang pelik, macam mana mereka bertiga itu tahu. Hmm, kerja korang itu belum cukup bagus lagi. Tak semua budak dalam itu mati waktu itu. Ada beberapa orang yang terselamat antaranya itu, tiga orang itu. Jangan tanyalah kenapa mereka bertiga terajang si Abot itu".
Tiga daripada mereka iaitu Panjang, Aboi dan Kimi terkejut mendengar kenyataan itu. Raut wajah mereka jelas cemas sewaktu bertentang mata dengan tiga remaja itu. Melihatkan nafsu amarah tiga anak buahnya yang semakin menggila, Fattah segera menegah supaya berhenti.
"Jadi Abot, kau ketua kan. Jadi kau jadi orang terakhir yang akan dijatuhkan hukuman nanti", kata Fattah lagi.
"Oh ya, sebelum aku terlupa", Fattah melihat raut wajah setiap seorang daripada mereka sebelum menyambung semula ucapannya; "Malam ini, korang akan tidur di sini tanpa pengawasan kami. Korang tak akan dapat lari daripada bilik ini sebab keadaan korang pun dah macam orang cacat dah".
Fattah meminta sesuatu daripada Hisham. Bagaikan mengerti, Hisham menyerahkan satu bungkusan besar kepada lelaki tua itu. Fattah mengambil bungkusan berkenaan lalu dibuka balutan itu perlahan-lahan.
"Korang jangan risau, sebab korang akan tidur dengan kawan korang juga".
Empat banduan remaja itu terkejut bukan kepalang selepas melihat benda yang berada di tangan Fattah. Hanya dengan senyuman sinis, Fattah melepaskan benda itu lalu ianya jatuh bergolek ke arah mereka berempat. Semakin kuat jeritan mereka yang ketakutan itu.
Semua ahli di dalam bilik ini ketawa besar melihat reaksi empat banduan berkenaan. Jeritan dan raungan mereka berempat sukar berhenti disebabkan rasa terlalu takut. Benda yang jatuh bergolek itu adalah kepala rakan mereka, Alang yang sudah rentung kehitaman!
Share this novel