Markas Kumpulan Black Dahlia Murder(Lokasi Rahsia)
Enam ahli lelaki kumpulan itu masuk ke dalam bilik tahanan yang menempatkan enam suspek remaja berkenaan. Masing-masing masuk dengan memegang seutas rotan bertali yang agak tebal. Lazimnya, rotan itu digunakan untuk menyebat binatang ternakan seperti lembu dan kerbau.
"Hei, bodoh! Bangun", tempik salah seorang lelaki daripada enam orang itu iaitu Farid. Enam suspek remaja yang terbaring di atas lantai berkenaan mula memberikan tindak balas namun tubuh mereka masih terbaring lesu dengan bahagian kaki berlumuran dengan darah.
Latiff pergi ke arah Sepet yang masih belum sedar daripada tidurnya. Tanpa menunggu lama, tubuh remaja itu disebat dengan kuat menggunakan tali rotan berkenaan. Sepet yang terjaga mula merengek kerana ketakutan di samping kesakitan pada bahagian kakinya yang masih belum hilang.
"Dah, bangun! Masa kau dah sampai", katanya dengan nada suara keras. Sepet yang masih terbaring itu hanya mampu menangis. Tanpa sempat berkata apa-apa, tubuhnya sekali lagi disesah oleh Latiff menyebabkan dia menyeringai kesakitan.
"Tolonglah pakcik, saya tak larat sangat dah ini. Kaki saya sakit, macam mana saya nak jalan", rintih Sepet. Enam lelaki berkenaan hanya tertawa sahaja melihat akan reaksi remaja itu. Tubuhnya menggengsot ke arah salah seorang daripada enam lelaki itu.
"Haa, itu boleh pula bergerak. Alasan kau sahaja kan. Cepat, pergi ke bilik tahanan tadi", kata Shafie lalu melibas bahagian belakang tubuh Sepet dengan rotan bertali itu. Sepet yang mengengsot terhenti seketika pergerakannya disebabkan kesakitan. Matanya terpejam namun digagahkan juga untuk bergerak dalam keadaan seperti ini.
Hatinya mula panas mendengar ketawa daripada enam lelaki itu. Sesekali bahagian belakangnya masih lagi dilibas oleh salah seorang daripada enam lelaki itu. Dengan saki baki tenaga yang ada, Sepet gunakan untuk merangkak dengan lebih laju. Hasilnya, dia berjaya sampai di pintu keluar tahanan itu.
Sepet meneruskan semula pergerakannya sambil diekori oleh tiga lelaki berkenaan manakala selebihnya sedang mengunci pintu bilik tahanan itu. Suasana agak hening seketika namun sesekali kesunyian itu dihiasi dengan bunyi libasan rotan ke atas tubuh belakang Sepet. Setelah puas memerah keringat yang ada, akhirnya dirinya berjaya sampai ke bilik tahanan sama yang telah mengorbankan seorang rakannya siang tadi.
Di bilik tahanan yang maha luas itu, kelibat beberapa lagi ahli kumpulan Black Dahlia Murder yang berpakaian serba hitam itu sudah menunggu kedatangan mereka bertujuh. Suasana agak kelam di dalam bilik tahanan itu namun ianya masih tampak bercahaya dengan api lilin yang telah dipasang di sekeliling bilik berkenaan. Di bahagian lain bilik itu, kelihatan beberapa ahli sedang sibuk memasak sesuatu menggunakan dapur jenis kayu. Ada tiga dapur kayu yang digunakan dengan bahagian atas dapur itu terdapat tiga jenis periuk yang besar.
Menyedari kemunculan Sepet, mereka ketawa berdekah melihat akan pergerakan remaja itu. Ada yang mula mengejek remaja itu dengan membuat gaya memanggil kucing. Tiba-tiba, Joe datang ke arah Sepet yang masih dalam keadaan merangkak itu dengan memegang sebatang kayu kecil yang entah daripada mana sumbernya. Kayu kecil itu disuapkan ke bahagian mulut Sepet.
"Haa, mari sini ya. Meh lah, woff woff", kata Joe yang melabuhkan punggungnya di atas lantai. Kedudukan mereka berdua agak jauh sedikit. Seluruh ahli kumpulan berkenaan tertawa besar melihat akan reaksi Sepet yang mengigit kayu kecil itu. Lagaknya tidak ubah seperti seekor anjing yang bermain dengan tuannya.
Pandangan remaja yang sepet itu ditujukan tepat ke arah Joe yang masih tertawa besar. Kayu kecil yang dikemam di bibirnya diludahkan ke bahagian sisi. Lantas, Sepet mengambil kayu kecil itu lalu melemparkan tepat ke arah Joe sekaligus menghentikan ketawanya. Joe yang terkejut dengan tindakan balas daripada remaja berkenaan hanya mampu tersenyum sinis sahaja.
Lelaki itu bangun daripada duduknya lalu mengambil kayu kecil tadi. Langkahnya ditujukan ke arah Sepet sambil tertawa sinis. Kini, Joe berdiri betul-betul di hadapan Sepet yang masih dalam keadaan merangkak itu. Beberapa suara sumbang mengejek remaja itu mula kedengaran.
"Dia nak tunjuk dia punya kepala angin lah itu".
"Alahai, marah ke awak? Wolf", ejek Zubir yang menggosok-gosok kasar rambut Sepet. Tidak semena-mena, Joe yang sudah lama berdiri di hadapan Sepet terus melepaskan sepakan kuat tepat ke bahagian dagu remaja itu.
Sepet yang tersungkur itu terus menerima nasib yang lebih malang lagi. Tubuhnya dipijak secara berjemaah pula oleh lapan lelaki lain ketika ini. Sepet meraung meminta pertolongan agar berhenti daripada terus menyiksanya namun kata-kata itu tidak diendahkan. Ahli lain yang sedang fokus kepada dapur kayu itu hanya tersenyum sinis sahaja.
Fattah yang berada bersama ahli dapur kayu hanya memerhatikan segala adegan itu dengan senyuman sinis sahaja. Rokok jenama Dunhill yang tersemat di jarinya dihisap beberapa kali sebelum dia melangkah ke arah anak-anak buahnya yang masih seronok memijak tubuh Sepet itu.
"Sudah-sudah lah itu. Mati pula dia nanti. Kita nak dia mati dengan Cara panas, bukan macam ini. Sudah", Fattah bersuara sambil kakinya melangkah ke arah kumpulan berkenaan. Mendengarkan suara ketuanya, lapan lelaki itu berhenti melakukan perkara berkenaan dan bersurai bagi memberi laluan kepada Fattah.
Sepet terbaring dalam keadaan fizikalnya yang terlalu lemah. Beberapa siri kecederaan yang diterimanya menyebabkan dia menjadi tidak bermaya lagi. Fattah kemudian melihat keadaan remaja itu dengan lebih dekat lagi.
Dalam keadaan mencangkung, Fattah kemudian menghembuskan asap rokok tepat ke arah wajah Sepet. Selepas itu, Fattah meludah pula wajah remaja itu beberapa kali sambil tersenyum melihat keadaan Sepet ketika ini. Perkara itu diulang beberapa kali sebelum dia bangun semula dan beredar ke dapur kayu tadi.
Sambil melangkah, Fattah bersuara; "Buat ikut perancangan kita petang tadi. Sementara nak tunggu benda ini siap, siapa nak main dengan dia main lah dulu sebelum dia jadi arwah. Ingat, jangan melampau sangat", katanya dengan asap rokok yang berkepul-kepul dihembus ke udara.
***
Sepet telah didudukkan di sebuah kerusi besi sambil bahagian kaki serta tangannya diikat rapi dengan seutas rantai besi. Selepas itu, setiap ahli mula berbincang siapa yang ingin memulakan dahulu. Tidak semena-mena, lelaki bertopeng di wajahnya melangkah ke arah Sepet.Tangannya memegang satu pemetik api dan sebatang lilin.
"Biar aku pula yang main dengan dia", kata lelaki bertopeng itu. Dia kemudian mencangkung di hadapan Sepet lalu merentap seluar berwarna jingga remaja itu. Tompokan darah pada bahagian lutut seluar itu langsung tidak memberikan kesan geli kepada lelaki bertopeng ini. Sesekali Sepet menyeringai kesakitan disebabkan kecederaan ditembak di bahagian lutut kakinya masih terasa lagi.
Seluar dalam Sepet berwarna coklat juga ditarik kasar. Kini, remaja itu dalam keadaan separuh bogel dengan kemaluan lelakinya terdedah ketika ini. Lelaki bertopeng itu tertawa sinis sambil jarinya menjentik punai kecil kepunyaan Sepet.
"Huh, kecut. Dasar penakut. Tapi, kau jangan risau sebab aku bukan gay. Kalau aku gay sekalipun, aku tak nak ada pasangan sampah macam kau", kata lelaki bertopeng itu dengan nada sinis. Dia kemudiannya menghidupkan api pada pemetik api yang dipegangnya.
"Aku nak tengok tahap kejantanan kau macam mana. Sebab kau berani buat perkara yang tak semua orang boleh buat. Bakar tahfiz, bunuh 18 orang. Bagi aku dah cukup untuk labelkan kau sebagai anak jantan tapi kita tengok sekarang ini macam mana".
Ahli kumpulan lain hanya memerhatikan sahaja apa yang mahu dilakukan oleh lelaki bertopeng itu. Lelaki bertopeng itu masih lagi tidak diketahui tentang identitinya sejak dari awal lagi mereka menjejakkan kaki ke markas ini. Sudah pasti, lelaki bertopeng itu mempunyai kaitan dengan peristiwa hitam lima tahun lalu.
Api yang dihidupkan itu disuakan ke bahagian kepala punai kepunyaan Sepet. Sepet mula resah kerana bahang kepanasan itu dapat dirasakannya lebih-lebih lagi mengenai kemaluannya. Dia bersuara agar lelaki bertopeng itu menghentikannya namun individu itu hanya tertawa sahaja.
"Kenapa? Panas ke? Aduhai, tak jantan lah macam itu. Baru panas sikit dah suruh berhenti. Kau tak fikir pula macam mana budak-budak itu rasa malam itu. Api waktu itu lebih besar daripada lighter ini. Malulah weh", kata lelaki bertopeng itu sambil ketawa. Pemetik api itu dicucuh berkali-kali kepada kepala punai Sepet.
Sepet hanya mampu merintih namun lelaki bertopeng itu masih ketawa terbahak-bahak. Selepas itu, pemetik api itu digunakan pula bagi menyalakan sebatang lilin yang masih berada di pegangan tangan kirinya. Setelah lilin itu menyala, lelaki bertopeng itu memandang tepat ke arah Sepet yang sudah menangis.
"Shhh, ini penghabisan punya. Kali ini tak panas sangat", lelaki itu mengiringkan batang lilin tadi di atas kepala punai Sepet namun ianya masih dalam genggaman lelaki bertopeng itu. Tidak lama kemudian, titisan air lilin itu jatuh tepat ke kepala punai Sepet. Sepet menjerit sedikit kerana panas.
"Panas ke? Mana ada panas. Kan sedap itu", kata lelaki itu sambil tertawa. Beberapa lagi titisan lilin itu dibiarkan jatuh mengenai kepala merah punai kepunyaan Sepet.
Setelah puas menyiksa Sepet, lelaki bertopeng itu bangun daripada cangkungnya lalu melepaskan satu tumbukan tepat ke wajah remaja itu lalu beredar daripada situ. Fattah hanya tersenyum sinis sahaja melihat tindakan lelaki bertopeng itu yang berjalan ke arahnya.
"Dah puas?", soal Fattah. Lelaki itu hanya mengangguk sahaja.
"Okay, ada sesiapa lagi tak nak lepaskan kemarahan korang kepada dia?", soalan Fattah dibiarkan sepi. Faham dengan jawapan itu, lelaki tua berkenaan memberikan isyarat agar menjauhkan diri daripada Sepet.
Satu periuk besar di atas dapur kayu itu telah dibuka penutupnya. Empat lelaki memegang periuk besar itu menggunakan beberapa helai kain yang dijadikan sebagai pelapik di bahagian sisi periuk itu. "Okay, jom". Serentak itu, mereka berempat berjalan laju dengan memegang bahagian sisi periuk itu menuju ke arah Sepet.
Sepet yang melihat perkara itu mula berasa cemas. Dia dapat merasakan nasibnya akan bertambah parah lagi. Matanya dipejam menantikan penyiksaan yang seterusnya. Empat lelaki yang telah berada terus menjirus sesuatu yang banyak isi kandungannya ke atas tubuh Sepet.
"ARGH! PANAS! SAKIT!"
Sepet menggelepar di atas kerusi itu. Tubuhnya menerima jirusan minyak panas daripada dalam periuk besar itu. Kesakitan dan kepanasan yang tidak terperi menjalar ke seluruh tubuhnya. Suaranya kuat menguasai seluruh bilik tahanan ini. Periuk besar itu kemudian dicampakkan di bahagian tepi.
"Lagi. Jirus dia lagi".
Empat lagi lelaki lain juga melakukan perkara yang sama seperti tadi. Periuk besar itu yang mengandungi minyak panas dijirus ke atas tubuh Sepet buat kali kedua. Sekali lagi remaja itu menggelepar bukan kepalang menerima jirusan berkenaan. Tubuhnya yang basah dengan minyak panas itu mula menunjukkan kesan melecur yang agak teruk.
"SUDAHLAH ITU. SUDAH! AKU MENYESAL DENGAN PERBUATAN AKU", tempik Sepet. Namun ianya sia-sia.
Empat lagi lelaki meluru ke arah Sepet dengan memegang periuk besar yang ketiga yakni periuk terakhir. Sepet sekali lagi menggelepar sehingga hilang suaranya. Tubuhnya sudah terlalu basah dengan lumuran minyak panas itu. Kesakitan dahsyat yang tidak pernah dirasainya selama ini menguasai segala ruang tubuhnya.
Setelah selesai semuanya, Sepet dibiarkan seketika untuk sesi seterusnya. Fattah dan yang lain hanya merenung kosong ke arah remaja yang sudah melecur hampir 80 peratus fizikalnya. Satu kepuasan yang tidak ada tolok bandingnya dalam diri masing-masing. "Kita biarkan dia sekejap, lepas itu baru kita bakar dia".
Sepet yang lemah tidak bermaya itu hanya mampu berdiam diri sahaja. Tidak ada apa yang boleh menyelamatkan keadaannya ketika ini. Bayangan wajah ahli keluarganya yang sedih menerima berita tentang perilakunya dahulu terlintas di benak fikirannya.
'Maafkan Fizi mak, maafkan Fizi', getusnya di dalam hati sebelum pandangannya kabur tidak sedarkan diri.
Share this novel