Bab 5

Action Series 13414

Markas Kumpulan Black Dahlia Murder(Lokasi Rahsia)

Tubuh Adik dicampakkan di tengah ruang bilik besar itu umpama membaling satu tin kosong. Tanpa menunggu lama, enam daripada ahli kumpulan Black Dahlia Murder telah menyepak dan memijak tubuh Adik secara berjemaah. Meraung hebat remaja itu dibuatnya.

"Ampunkan saya, semua. Ampun", rintih Adik namun ianya tidak bermakna. Tubuhnya tetap disepak dan dipijak. Rayuannya tidak dipedulikan langsung.

Saki baki ahli kumpulan itu mula memasuki ruang bilik besar berkenaan dengan separuh daripadanya membawa enam lagi suspek sementara yang lain mengambil beberapa peralatan seperti seutas rantai besi, tali pinggang kulit, getah paip air, serta rotan. Alat-alat itu dicampakkan ke arah mereka berenam yang masih seronok memijak tubuh Adik.

"Nah, korang mula dulu. Dah puas nanti, jaga budak-budak ini pula. Kami pun nak juga belasah si sial itu", kata Zainuddin, salah seorang ahli kumpulan berkenaan.

Riko, salah seorang daripada enam lelaki yang memijak tubuh Adik itu mengambil seutas rantai besi. Saiz rantai itu agak besar dan panjang. Wajahnya tersenyum sinis sambil merenung tajam ke arah Adik yang sudah lemah itu. Kedengaran bunyi batuk daripada remaja berkenaan.

"Buka baju dia, kemudian tiarapkan", arah Riko kepada lima rakannya. Empat daripada mereka iaitu Manaf, Luqman, Rashid dan Hisham menarik baju serta seluar pada tubuh Adik dengan kasar. Kini, remaja itu sudah berbogel dengan tangannya masih bergari. Kemudian, tubuh Adik ditiarapkan lalu terdedah bahagian belakang tubuhnya. Manaf dan Luqman memegang kedua belah tangan Adik yang telah diluruskan ke atas kepalanya.

Tanpa menunggu lama, Riko terus menyebat bahagian belakang tubuh Adik itu dengan rantai besi yang dipegangnya. Meraung-raung Adik dibuatnya menerima pukulan demi pukulan di tubuhnya. Riko tidak mengendahkan jeritan berkenaan malah dia semakin bersemangat memukul remaja yang telah membakar anaknya lima tahun dahulu.

"Aarrrgghh, sakit. Tolong. Saya dah menyesal. Berhenti bang. Aduh", jeritan Adik begitu kuat memenuhi ruang bilik besar ini. Seorang lagi ahli iaitu Hisham telah mengambil getah paip yang telah dipotong agar pendek sedikit. Dia berdiri di sebelah Riko lalu menyebat bahagian punggung serta bahagian kaki Adik dengan getah paip berkenaan.

Semakin kuat jeritan Adik menerima pukulan demi pukulan daripada dua lelaki itu sehingga tergeliat tubuhnya. Bahagian belakang tubuhnya sudah mula menunjukkan kesan luka yang agak besar.  Luqman dan Manaf masih setia memegang kuat tangan remaja berkenaan supaya tidak terlepas.

Enam lagi suspek yang melihat situasi itu mula berasa takut. Riak wajah masing-masing jelas menunjukkan segala-galanya. Fattah yang berdiri di hadapan tersenyum sahaja melihat wajah enam remaja berbaju jingga itu. Hatinya terasa lucu melihat riak wajah suspek-suspek itu yang ketakutan.

"Siapa nak lagi budak ini boleh tampil ke arahnya. Ingat, jangan lebih-lebih sangat. Buatnya  Adik itu mati awal, tak sempat kita nak bagi dia rasa erti kepanasan dibakar", kata Fattah sambil menyalakan sebatang rokok di mulutnya. Dia kemudian berjalan menuju ke arah enam lagi suspek yang dikawal oleh ahli lain.

"Itu baru sedikit kami bagi. Ada yang lebih dahsyat yang bakal korang rasa nanti. Nasiblah siapa yang kena", katanya sambil tersenyum lalu duduk mencangkung merenung seorang suspek yang tunduk ke memandang lantai. Tangannya merentap kasar kepala remaja itu lalu didongakkan memandang ke arahnya.

"Bila kita buat satu perkara tanpa berfikir panjang, pasti akan ada kesan dan akibatnya. Umur korang masa itu muda sangat, boleh buat macam-macam perkara yang menyeronokkan tapi korang pilih untuk membunuh nyawa yang tak bersalah. Mesti sekarang kau menyesal gila kan", bisik Fattah sambil merenung tajam dengan tangannya masih menggenggam rambut suspek yang bernama Abot.

Mulut lelaki tua itu berdecit seketika sambil menggeleng. "Itulah orang kata, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi", katanya sebelum melepaskan kepala Abot dengan kasar. Dengusan nafas daripada Abot yang sedikit menyinga itu jelas kedengaran. Fattah yang baru sahaja bangun untuk beredar berhenti seketika lalu menoleh semula ke arah remaja itu.

"Tahu pula marah ya, tak apa. Masa kau akan tiba nanti", Fattah berjalan meninggalkan enam suspek itu lalu melihat keadaan Adik yang semakin lemah selepas teruk dibelasah oleh sembilan lelaki secara bergilir-gilir. Keadaannya kini amat menyedihkan dengan tubuhnya penuh dengan dibasahi dengan darah.

"Sudah, bakar dia", kata Fattah mengarahkan anak-anak buahnya membakar tubuh Adik yang terbaring ketika ini. Sembilan lelaki itu mula bergerak dengan mengangkat tubuh Adik dan mengambil sebuah kerusi lalu didudukkan tubuh remaja itu.

"Tak apa ke kalau kita bakar dia dalam bangunan ini?", soal Kamaruzzaman kepada Fattah.

"Tak ada apa pun sebab ruang bilik ini besar dan tinggi. Ini kan memang bilik untuk hukuman mereka. Jadi tak perlu risau", balasnya yang sudah selesai menghisap rokok.

Tubuh Adik telah didudukkan di atas kerusi sambil kedua-dua belah kakinya diikat pada kaki kerusi kayu berkenaan. Nawawi serta Joe mengikat tubuh remaja itu dengan seutas tali panjang. Zubir serta Nizam mula mengambil botol besar berisi minyak petrol lalu dicurahkan ke tubuh Adik. "Mampus kau sekejap lagi. Rasakan apa yang anak-anak kami rasa dulu", jerit Nizam yang mencurahkan minyak petrol berkenaan ke atas tubuh Adik.

Ahli wanita seperti Fatihah, Hakimah, dan Maria hanya melihat sahaja adegan itu. Jauh di sudut hati mereka tidak sabar untuk melihat pembakaran berkenaan. Nyawa harus dibalas dengan nyawa. Kematian insan yang tidak berdosa harus diadili dengan cara yang sama.

"Ini sebagai hukuman atas apa yang kau dah lakukan dahulu. Kau cakaplah apa pun, kau sekadar ikut sahaja ke, atau kau jaga keadaan di luar ke, pergi mampus semua itu. Sekarang, kau akan mati. Kau nak minta ampun ke apa, kau minta ampun dengan orang yang kau bunuh dulu. Itu pun kalau jumpa".

Fattah memegang sebatang kayu yang sudah dibalut dengan sehelai kain berwarna putih pada bahagian hulu kayu itu. Kain berkenaan sudah lencun dengan minyak petrol yang telah disiram sebelum ini olehnya. Pemetik api dinyalakan, lalu dihalakan ke arah kain putih yang sudah diikat itu.

Lelaki tua itu tertawa selepas api berkenaan sudah menyala. Fattah merenung tajam ke arah Adik yang semakin gelisah melihat api itu cuba meronta untuk melepaskan diri namun tidak berjaya. Ikatan berkenaan terlalu kuat.

"Jangan pakcik. Tolong, sa...saya mera...merayu sangat. Ampunkan saya pakcik", kata Adik dengan suara yang terketar-ketar. Bayangan maut semakin menghampirinya. Fattah tersenyum sinis lalu mencampakkan kayu berkenaan ke tubuh Adik yang sudah basah dengan minyak petrol itu.

"ARRGGGHHH, PANAS! TOLONG! PANAS!".

Fattah merenung tajam melihat keadaan Adik yang meraung itu. Tubuh bogel remaja berkenaan mula dijilat api daripada bahagian bawah tubuhnya sebelum naik ke bahagian dada. Adik berterusan meraung meminta pertolongan disebabkan kepanasan yang dahsyat. Kini, api itu sudah mula membaham bahagian kepalanya.

Ahli kumpulan lain memandang kosong ke arah Adik. Api berkenaan semakin marak membakar jasad seorang manusia sambil disaksikan oleh mereka serta enam lagi rakan suspek yang lain. Ada reaksi puas pada raut wajah setiap ahli kumpulan berkenaan.

Enam lagi suspek terkedu sambil menutup mata sewaktu mendengar jeritan berkenaan. Layanan yang diterima ketika ini lebih dahsyat daripada berada di sekolah juvana dahulu. Rasa menyesal mula terbit dalam diri masing-masing namun ianya sudah terlambat.

Setelah 20 minit, jeritan daripada Adik sudah tidak kedengaran lagi namun api masih lagi menjulang membakar setiap inci tubuh berkenaan. Bob, Ashraf serta Latiff segera mengambil alat pemadam api untuk memadam api itu. Tiba-tiba, kerusi berkenaan patah lalu tubuh Adik yang masih berapi itu terjatuh. Tiga lelaki berkenaan pantas bertindak memadamkan api berkenaan.

"Selepas ini, tanam mayat ini di sekitar kawasan sini. Kalau buang di dalam laut atau sungai, bahaya. Tak pasal-pasal orang jumpa mayat ini nanti dan buat siasatan. Sekarang kes ini tengah panas ini. Jadi, tanam sahaja di kawasan markas kita. Korang bincang sesama korang kemudian", kata Fattah sambil menyepak mayat Adik yang hitam rentung itu.

"Nasib korang berenam akan diketahui nanti. Malam ini, tepat jam 11.30 malam. Kita akan jalankan hukuman untuk seorang lagi iaitu Sepet. Kali ini, kita akan sediakan seksaan yang lebih dahsyat berbanding tadi", kata Fattah lagi sambil berdiri di tengah ruang bilik itu. Pandangannya ditujukan ke arah enam suspek secara satu persatu.

"Ini baru rasa api dunia. Belum lagi api dekat sana, lebih dahsyat kepanasannya. Selepas ini, bawa enam jahanam ini ke dalam bilik tahanan yang kita dah buat. Tempat lutut mereka setiap seorang supaya mereka tidak lari. Mana yang terlibat dalam mesyuarat dengan saya sebelum ini, ikut saya. Kita nak bincang tentang rancangan seterusnya", kata Fattah lagi memberikan arahan kepada anak-anak buahnya.

Selepas itu, mereka mula bersurai meninggalkan ruangan bilik ini. Lelaki bertopeng itu berjalan ke arah mayat Adik yang sudah rentung itu bersama tiga lagi lelaki. Dia dan tiga lelaki itu akan menguruskan mayat ini yang akan ditanam di belakang markas mereka.

'Mampus kau, puas hati aku', getus lelaki bertopeng itu di dalam hati.

***

Lapan lelaki itu menghumban enam remaja berkenaan ke dalam satu bilik. Bilik berkenaan tidak ada sebarang tingkap dengan hanya mempunyai satu pintu jenis besi. Enam remaja itu mengengsot cuba untuk bangun.

Tiba-tiba, Rahman, salah seorang ahli yang berada di dalam bilik ini mengeluarkan sepucuk pistol jenis Glock 19 daripada belakang tubuhnya. Bagaikan mengerti maksud itu, dua lagi rakannya meluru ke arah Panjang lalu memegang tubuh remaja itu.

Rahman mengacukan pistol itu ke arah lutut Panjang. Remaja itu tercungap-cungap menahan rasa gentar sambil dahinya basah dengan air peluh yang keluar daripada kepalanya. Dua tembakan dilepaskan di dua lutut kakinya menyebabkan dia menyeringai kesakitan sehingga menggeletek tubuhnya.

Individu seterusnya adalah Alang. Reaksinya sama seperti Panjang setelah menerima dua das tembakan pada bahagian lututnya. Kemudian kedengaran esakan kecil daripada setiap remaja yang menerima tembakan itu.

Lima daripadanya sudah terbaring sambil meraung kesakitan. Hanya Abot sahaja yang masih belum ditembak lagi. Riak wajahnya kosong seolah-olah tidak ada rasa gentar dalam jiwanya. Rahman serta yang lain mengerumuni Abot sambil tertawa.

"Wah, ada orang itu macam tak takut langsung ya. Tengok muka dia", kata Sharif sambil tertawa kecil. Wajahnya sengaja mendekati muka Abot yang masih merenung tajam ke arah mereka berlapan.

Tuih! Sharif terkejut selepas wajahnya diludah oleh Abot. Ketawanya tadi terus mati sambil tangannya mengelap kesan air ludah di mukanya. Reaksi Abot itu mengundang ejekan daripada ahli yang lain.

"Dia nak tunjuk berani pula di sini ya. Baik, kita tengok tahap keberanian dia macam mana", kata Mazlan yang memegang kedua-dua kaki remaja itu. Sharif pula mengeluarkan senjata api jenis sama seperti kepunyaan Rahman.

Kini, tubuh Abot dipegang erat dengan kakinya diluruskan. Tanpa membuang masa, Sharif terus melepaskan dua das tembakan pada kepala lutut Abot. Riak wajah remaja itu sedikit berubah namun suaranya tidak keluar seperti lima lagi rakannya. Sharif tersenyum sinis.

Bam!

Bam!

Bam!

Bam!

"Aarrgghhhh", akhirnya Abot menjerit kesakitan. Kesakitan yang dirasainya terlalu perit. Empat das tembakan dilepaskan di seluruh bahagian kakinya. Dua daripada di bahagian pergelangan, dua lagi di bahagian sisi betis.

"Hahaha, tadi acah berani sangat. Tengok weh, sampai basah seluar dia".

Kata-kata daripada Amir itu mengejutkan rakan-rakannya. Oleh sebab terlalu sakit, Abot terkencing di dalam seluar lalu mengundang ketawa besar daripada ahli kumpulan itu. Tubuh gempal remaja itu disepak berulang kali oleh Sharif yang masih berang dengan insiden tadi.

Kesemua enam remaja itu terbaring lemah sambil masih lagi menangis. Mereka berjalan di sekeliling bilik itu untuk melihat keadaan enam remaja berkenaan. "Malam ini, kita akan jumpa semula untuk sesi seterusnya. Sepet, kau adalah yang seterusnya. Bolehlah buat persiapan sebab mati dah nak dekat kan", kata Amir sambil tertawa.

Mereka keluar daripada bilik itu lalu mengunci pintu berkenaan serapatnya. Sementara enam remaja tadi terbaring lesu sambil mengenang nasib mereka selepas ini. Kedengaran tangisan penyesalan dilepaskan sekuatnya oleh Sepet kerana dia tahu, malam ini tubuhnya akan menerima siksaan yang dahsyat seperti Adik sebelum ini.

"Ampunkan aku, ampunkan aku", bisiknya di dalam tangisan kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience