BAB 3

Romance Completed 4088

“My dear, Bukan semua perempuan macam tu”Bentak Xera Camilia.

“Ok sorry. I tarik balik statement I” Jawab Mikael sambil tersenyum. Dia terpaksa mengalah apabila melihat kedua-dua orang perempuan dihadapannya mula menyinga.

“Bukankah itu Zacky Karl, senior kita” Xera Camilia menunding jari kearah kelibat lelaki yang lalu di kaunter pembayaran.

“Rasanya betullah” Tasha mengangguk. Mikael hanya memandang dengan riak yang kurang senang. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu ada lelaki lain di meja itu.

Tasha melambai kearah Zacky Karl sebaik melihat dia membawa dulang minuman ke meja. Dia mengambil begnya di kerusi bersebelahan bagi memberi ruang kepada pemuda itu.

“Tunggu orang ke?” Tanya Tasha sebaik pemuda tersebut duduk. Tergoda juga dia melihat Zacky Karl yang berimej sederhana tetapi kemas. Sesuai dengan imejnya dulu sebagai seorang fasilitator.

“Tak tunggu sesiapa pun. Just nak minum jer. Ok ke kalau saya join ni”

“No problem bro. Bukan senang nak dapat bersembang dengan senior ni” Mikael menyampuk. Rasa tidak selesanya masih kelihatan. ‘Kenapa pulak girlfren aku macam suka pula kat mamat ni?’.

“Sekarang ni buat apa? Dah habis grad kan?” Soal Xera Camilia.

“Memang dah grad. Sekarang ni tengah running business sendiri” Zacky Karl mengeluarkan business kadnya dan menyerahkan kepada Xera Camilia.

“Aik!! Buat printing pulak. Bukan ke Abang ambik kos undang-undang?”

“kalau ikut, memang kerja tersasar sikit, tapi matlamat hidup tetap sama. Abang memang minat business”

“Kalau nak buat kad kawin ker, banner ker, boleh call abang” Iklan Zacky Karl sambil menghirup minuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience