BAB 19

Romance Completed 4088

“Ok. Kalau dah macam tu. I tak nak cari gaduh. But remember, I’ll be watching you. Apa-apa yang jadi pada Monroe nanti, I akan cari you” Ugut Dato’ Uwais. Pengawal peribadi yang dibawanya turut masuk ke dalam pejabat setelah mendengar arahan dari Zacky Karl tadi. Dato’ Uwais menahannya dari mengambil apa-apa tindakan. Dia tidak mahu perkara buruk terjadi.

Mereka berdua meninggalkan pejabat Z. K STYLE PRINTING dengan seribu pertanyaan di kalangan staffnya.

Datin Monroe memberhentikan keretanya di petak parking yang paling hujung. Dia mengeluh juga kerana restoran yang dipilih oleh Zacky Karl terletak di kawasan yang sibuk. Mujur ada petak yang dikosongkan sebaik dia sampai.

“Lama dah tunggu?” Tegur Datin Monroe, melihatkan setengah gelas jus oren telah dihabiskan oleh Zacky Karl.

“Baru setengah jam jer. Jem teruk ke tadi” Balas Zacky Karl bersahaja. Dia dapat mengagak alasan yang akan diberikan oleh Datin Monroe. Yang diterima hanyalah anggukan setuju.

“Apa yang penting sangat ni, Yang. Sampai tak sempat saya nak balik tukar baju dulu”Datin Monroe sudah berani menggunakan perkataan “Yang” kepada Zacky Karl. Itupun jika berduaan dengan buah hatinya itu. Kalau tidak dia hanya berbahasakan nama atau “I” dan “you” sahaja.

“Dato’ Uwais datang pejabat saya pagi tadi. Buat kacau sikit” Cerita Zacky Karl.

“Tak sangka pulak sampai ke pejabat dia sanggup cari Yang. Sebelum ni memang dia ada cakap nak kenal-kenal macam tu je. Inilah perkara yang I paling tak suka” gumam Datin Monroe. Nada suaranya bergabung dengan kemarahan. “ I dengan dia tak ada apa-apa pun. Cuma kawan arwah dulu je”

“Saya harap bab kacau mengacau ni habis pagi tadi sahaja. Tak ada sambung-sambung dah. Penat kalau nak layan perkara macam ni”

“ Perkara macam ni pun dah stress nampak. Dah tu macammana nak jaga rumahtangga nanti” Datin Monroe sempat menguji.

“ Itu lain. Ini hal lain. Saya tak suka bermusuhan dengan orang”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience