BAB 26

Romance Completed 4088

“Boleh tak you berhenti dari menjadi saka suami I dulu” soalan serius mula menjengah Zacky Karl.

“Sepanjang kita berkawan, I nampak you memang nak jadi macam Dato’ Suhaimi”

“Saya tak mungkin rapat dengan datin kalau saya tak jadi macam ni” Jelas Zacky Karl.

“Yes. Mula-mula dulu memang I teruja melihat balik personality suami itu tu datang semula dalam hidup I. Tapi bila difikirkan balik, semua ni macam lakonan sahaja. Better you jadi Zacky Karl yang sebenar”

Zacky Karl terdiam sebentar.

“Macammana you boleh kenal sangat dengan late husband I tu?”

“Zanief yang bagi Diari arwah kepada saya. Dia sendiri yang minta saya tolong jagakan datin”

“Dua beradik ni memang sekepala.” Ulas Datin Monroe. Dia masih lagi tersenyum.

“Soalan saya hari tu masih lagi belum berjawab. Apa status kita sekarang ini?”

“Macam I umumkan tadi. Kita semua akan bercuti di Mekah. Di sana nanti, I cadang nak buat isthikarah di Jabal Rahmah, masjid Nabawai dan tempat-tempat mustajab yang lain. You pun sama-sama buat. Then baru I bagi keputusan.”

“Saya nak kena juga ikut ke?”

“Kalau dah sayang. Kemana pun sanggup kan…YANG?” Datin Monroe pula memerli.

Zacky Karl hanya menggaru kepala!

“In Sha Allah” Ulasnya penuh berharap.

”Semoga aku beroleh kasih sepertinya Siti Khadijah”doanya didalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience