BAB 5

Romance Completed 4088

Datin Monroe menyemak sebutharga yang diletakkan diatas meja oleh setiausahanya. Dokumen-dokumen yang penting selalu disemaknya lebih awak sebelum beralih ke kerja-kerja yang lain. Fokus otaknya dirasakan lebih tajam di sebelah pagi.

Kalau mesyuarat pula biasanya dibuat selepas pukul 10.00 pagi. Tidak boleh lewat seminit dua. Kalau ada yang terlewat maka terpaksalah menunggu sehingga mensyuarat selesai kerana dia akan mengunci bilik mesyuarat. Displin Kerjanya itu sudah difahami oleh semua kakitangan Teratak Holding.

“Datin, pagi ni bunga lagilah?” Asyikin yang merupakan setiusaha Datin Monroe mengetuk pintu sambil tersenyum. Dia sempat menghidu jambangan bunga yang berhias indah itu. “Hmmm…wanginya”

“Dari siapa pulak kali ni?” Datin Monroe membuka kad yang disertakan bersama jambangan bunga itu.

“Secret Admirer lagi ke Datin?” Asyikin memang faham sangat akan perangai bossnya itu. Sudah beratus surat dan jambangan bunga yang diterimanya untuk memikat hatinya. Tidak ada satu pun yang menarik perhatiannya.

“Dari siapa Datin” Asyikin masih lagi cuba mengorek rahsia.

“Kamu tak payah tahu lah. Pergi sambung kerja tu” Datin Monroe memasukkan kad yang diterimanya itu di dalam laci meja.

“Bunga ni macam mana?”

“Kalau kamu suka, ambil sajalah”

Asyikin girang membawa keluar jambangan bunga tersebut dan meletakkannya diatas mejanya. Dia pasti akan ada rakan sekerjanya yang cemburu kerana menyangka dia yang menerima bunga tersebut.

Datin Monroe memang menjadi perhatian kerana penampilan dan kecantikannya. Walaupun umurnya hampir mencecah 40an,tetapi penampilannya masih kelihatan seperti wanita 20an.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience