BAB 16

Romance Completed 4088

Datin Monroe turut hairan dengan gerak laku dan penampilan Zacky Karl. Sedikit sebanyak mempunyai ciri-ciri tingkah laku arwah suaminya dahulu. Dari segi berpakaian, corak yang digunakan lebih kepada yang berpetak-petak. Jenama minyak wangi yang digunakan. Tidak merokok dan suka kepada kanak-kanak. Selain itu, semangat untuk berniaga yang ada dalam dirinya juga tidak boelh dipandang remeh. Beberapa kontrak kerja dengan kerajaan dan swasta berjaya direbutnya dalam masa terdekat ini sahaja.

Zacky Karl pula menjadi lebih matang apabila berpasangan dengan Datin Monroe. Dia menjadi lebih hormat kepada wanita yang mempunyai displin yang tinggi, bijak dalam perniagaan dan pandai menjaga tatasusila sebagai seorang wanita. Jauh sekali jika dibandingkan dengan rakan-rakan perempuan sekuliahnya dahulu. Jurang umur antara mereka juga tidak begitu dirasakan. Datin Monroe dapat berubah selari dengan perkembangan semasa. Dari hanya berperasaan sebagai kawan, kini ada bibit-bibit kasih yang mula berputik dihatinya. Walaupun terikat dengan janjinya untuk mengenakan Xera Camilia, jauh disudut hatinya mahu mengenali datin Monroe dengan lebih dekat.

“Popcorn” Bunyi suara Harul Karl berbisik. Datin Monroe menyambut bungkusan popcorn dan meletakkannya diatas riba. Debaran untuk menonton lakonan Shah Rukh Khan semakin terasa sebaik mendengar musik filem itu berkumandang.

“Ini syarikat Z. K STYLE PRINTING kan?” tanya seorang lelaki separuh baya berada berhadapan dengan kerani penyambut tetamu. Seorang lelaki berbadan tegap mengekor di sebelahnya.

“Ya tuan. Apa tujuan tuan kemari” kerani tersebut pula menyoal.

“Aku nak jumpa dengan Zacky Karl ” Lelaki tersebut menjawab dengan lagak sombong.

“Minta tuan tunggu sebentar. Biar saya tanyakan boss dahulu. Siapa Nama Tuan?”

“Cakap pada dia, Dato’ Uwais dari RGH Holdings nak jumpa”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience