BAB 21

Romance Completed 4088

Zacky Karl merayau di sekitar kafe mencari kelibat Xera Camilia. Dia tahu yang rakannya itu tidak akan menjawab jika dia yang menelefon. Apa yang berlaku diantara dia dan Ibu Xera Camilia telah menjadi jurang dalam persahabatan mereka.

Kelibat gadis manis itu dikesan berada di kedai buku berhampiran. Zacky Karl bergegas ke sana sebelum bertembung dengan Mikael.

“Nak kemana Bro, kelam kabut nampaknya?”

“Nampak Xera tak, ada hal sikit aku nak sembang dengan dia” Ujar Zacky Karl.

“Dia dekat kedai Fotostat sana” Mikael menunjukkan arah.”Selesai hal sini nanti,aku ke sana”

“So, my future father, apa yang ayahanda mahu” Xera Camilia mengejek. Semenjak ibunya mengaku yang hubungannya semakin akrab dengan pemuda ini. Dia mulai rasa menyampah. Walaupun semua perkara yang berlaku berpunca dari dirinya.

“Jangan cakap macam tu, Please. Saya cari Xera pun sebab mahukan kepastian. Boleh atau tidak saya nak meminang Mama Xera ?”

Xera Camilia cuba mengelak dari memberikan jawapan. Dia sendiri masih buntu untuk memikirkan hal yang berlaku di dalam keluarganya. Asal sahaja perkara melibatkan mamanya, dia akan mendiamkan diri. Biarlah ibunya sahaja yang memberikan kata putus.

“Kenapa ni?” Tanya Mikael sebaik melihat riak wajah Xera Camilia. Zacky Karl masih berdiri menunggu jawapan.

“Jom balik”

Suasana di dapur agak sibuk. Ada beberapa juadah telah disiapkan dan sedia untuk dihidangkan. Datin Monroe telah mengupah seorang chef professional untuk membantu menyiapkan hidangan makan malam. Set makan malam yang dipilihnya terdiri daripada hidangan masakan melayu. Dua orang pembantu rumahnya pula ditugaskan untuk membersihkan rumah dan membantu apa yang perlu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience