BAB 20

Romance Completed 4088

“Yang penting, bukan kita yang mulakan permusuhan. Apa yang orang nak buat, kita tak mampu nak halang” Ulas Datin Monroe.

“Satu sahaja yang saya yakin dapat selesaikan perkara ini dari berulang. Kita nikah sahaja Monroe ” Zacky Karl sendiri telah menghilangkan perkataan “Datin” dari ungkapan lamarannya ini.

Datin Monroe menghabiskan minuman yang ada dihadapannya. Mulutnya belum mampu untuk memberi apa-apa keputusan.

“Dengar tak apa yang saya cakapkan tadi?”

Datin Monroe hanya mengangguk.

“Dah fikir masak-masak?” Soalnya kembali.

Hanya keluhan terdengar dari Zacky Karl. Dia sendiri belum pasti apa yang diutarakannya itu baik atau tidak. Tangannya mula menggaru kepala yang tidak gatal.

“Mula-mula kita nak mainkan perasaan orang, akhirnya perasaan kita pula yang kena main. I pun tak sangka hubungan ni boleh sampai ke tahap ni.” Keluh Datin Monroe.

Zacky Karl menelan air liur sebelum meneruskan percakapan.

“Saya ikhlas suka dan sayangkan Monroe. ”

Ayat-ayat poyo Zacky Karl menguntum senyum di bibir Datin Monroe. Dia yakin bahawa apa yang sebenarnya terbuku dihati Zacky Karl lebih besar lagi. Dia sendiri merasa serba salah dengan keputusan yang bakal dibuat. Sebelum apa-apa janji dibuat, dia akan merujuk kepada dua individu yang paling penting dalam hidupnya, Zanief Ariff dan Xera Camilia.

“Oklah Yang, Saya kena pergi sekarang. Kita akan cakap hal ni bila You dah benar-benar yakin dan I benar-benar sedia. Take care”

Datin Monroe menghabiskan minumannya sebelum meninggalkan Zacky Karl yang dalam kebingungan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience