BAB 17

Romance Completed 4088

Zacky Karl bangun dan membuka pintu bagi menjemput tetamunya masuk. Kedatangan individu seperti Dato’ Uwais ini memang tidak dijangka.

“Selamat datang ke Z. K STYLE PRINTING Dato’. Apa yang kami boleh bantu?” Zacky Karl memulakan perbualan.

“Dah lama buka bisnis ni?” Dato’ Uwais pula mengemukakan soalan. Dia mahu mengenali pemilik perniagaan ini terlebih dahulu.

“ Hampir setahun Dato’. Setakat ni Alhamdullillah. Semuanya berjalan ikut perancangan” Ujar Zacky Karl. Dia merasa kurang senang dengan gaya percakapan dan renungan Dato’ Uwais. Lelaki itu seolah-olah ada perasaan marah terhadapnya. Dia tidak dapat meneka apakah punca kemarahan tersebut kerana inilah pertama kali mereka bersua.

Dato’ Uwais menghulurkan satu kertas cadangan kepada Zacky Karl.

“I nak offer you projek ni. At least you boleh dapat RM 100K” Ulasnya ringkas.

“Banyak tu Dato’. Saya kena teliti dulu apa yang patut dibuat” Zacky Karl menyemak satu persatu kertas cadangan dari RGH Holdings.

“Kalau You boleh buat, banyak lagi projek yang akan menyusul” Sambung Dato’ Uwais lagi. Kali ini dia tersenyum melihat keterujaan Zacky Karl terhadap kertas cadangannya.

“Dato’ pun tahu kan. Company saya pun masih baru. Mungkin ambil masa sikit untuk selesaikan semua ni”

“Just take you time. Kalau diikutkan pun bukannya sekarang RGH nak launch promotion to. Lagi empat bulan.”

“So, bagaimana?. Nak join RGH supplier team tak?” Dato’ Uwais terus mengumpan.

“Saya berminat sangat Dato’. Tapi saya perlukan masa untuk meneliti semua ni dulu”

“That’s good. I suka cara you bekerja. Teliti”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience