BAB 25

Romance Completed 4088

Zacky Karl hanya tersenyum. Dia juga menjangkakan ada pengumuman tentang dirinya tetapi telahannya tidak menjadi. Ada bayangan kekecewaan dalam hatinya.

Mikael pula memberanikan diri berbual dengan Datin Monroe. Tenyata dia berjaya membuatkan ibu teman wanitanya itu tersenyum. Tujuannya adalah untuk mendapatkan keizinan untuk terus berkawan dengan Xera Camilia.

“Mama boleh benarkan kamu berkawan dengan Xera. Bukan Mama tak tahu pun yang kamu memang rapat selama ini. Cuma Mama mahu kamu tahu batas-batas pergaulan. Dan jangan sesekali malukan Mama” Nasihat Datin Monroe yang membahasakan dirinya mama. Xera Camilia dan Tasha hanya memerhatikan dari jauh.

“InsyaAllah Mama” Janji Mikael.

“Dan kalau kamu berminat, boleh ikut Mama ke Mekah sekali. Memang Xera dan Zanief Mama akan bawa.”

“Nanti saya fikirkan” Ucap Mikael seraya meminta diri untuk berbual dengan Xera Camilia dan Tasha.

“Saya orang terakhir yang Datin nak ajak berbual” perli Zacky Karl sebaik Datin Monroe menghampirinya. Sengaja dia berada di satu sudut yang agak jauh dari orang ramai.

“Kenapa? Cemburu ke?” Balas Datin Monroe sambil menghulurkan minuman.

“Tak takut ke dengan kawan-kawan dan anak-anak Nampak?” tembak Zacky Karl lagi sambil menyambut minuman.

“Tak kisah ke kalau Xera dan Zanief panggil papa dan kawan-kawan I panggil pakcik” Datin Monroe masih belum mengalah.

“Takkan sampai ke situ punya. Orang dah tak sudi dengan kita”

Datin Monroe tersenyum. Apa yang dipakai oleh Zacky Karl pada malam ni sememangnya pakaian kegemaran arwah suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience