BAB 11

Romance Completed 4088

“Saya baru bercakap dengan anak lelaki saya tadi. Pasal Xera dan rancangan kamu tu. So, dia suruh saya keep on playing my part. Maknanya dia mahu saya berlakon sukakan Zacky ”

“Wow..ni dah lain ni. Datin nak kenakan Xera ke?”

“Macam tu lah cadangnya. Nak bagi dia insaf sikit” Datin Monroe terbatuk sedikit. Suaranya diperlahankan agar tidak didengari oleh anak perempuannya.

“Apa yang patut saya buat Datin?”

“Kita akan buat macam orang tengah bercinta. Apa-apa yang boleh buat Xera assume kita bercinta, Kita akan cuba buat”

“Ok, saya cuba. Datin tak takut ke kalau orang mengata nanti”

“Itu biar I yang handle. Taulah nanti macam mana I nak cover”

“kalau macam tu, saya on sahaja. So what is our first step?”

“Start Calling I darling” ujar Datin Monroe sambil tertawa kecil. Panggilan yang sudah lama tidak didengarinya. Itulah panggilan manja dia oleh arwah suaminya dahulu.

“Yes, darling” Balas Zacky Karl yang turut tertawa. Pertama kali dalam hidupnya dia memanggil seorang perempuan sebagai darling. Lucu sekali.

“and start calling Me by 8.00 tommorow. Waktu kami berdua having breakfast” Sambung Datin Monroe yang masih ketawa.

“Ha..ha..I’ll do that. Idea datin memang lucu”

Setelah memberikan beberapa arahan lagi, Datin Monroe menamatkan perbualannya. Sudah lama dia tidak ketawa selama itu. Begitu juga perbualan telefon dengan lelaki pun tidak pernah selama itu.

“Mama berbual dengan siapa tadi. Seronok sangat nampaknya?’ Tanya Xera Camilia sebaik mereka memasuki kereta. Semasa di meja makan tadi mereka tidak berkesempatan berbual. Telefon Puan Monroe sentiasa melekat di telingannya. Ibunya makan sambil berbual di telefon. Memang nampak kurang sopan. Kalau dia buat begitu, sudah tentu memanjang syarahan yang akan diterimanya sepanjang perjalanan ke kolej.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience