BAB 23

Romance Completed 4088

“Patutlah, Ada tetamu istimewa lain rupanya.” Xera Camilia seakan mengejek. Dia ke sinki untuk membasuh gelas minumannya.

“Kamu pun boleh ajak Mikael kalau mahu”

Xera Camilia berhenti sebentar dari membasuh gelasnya. Telinganya dapat menagkap dengan jelas percakapan Mamanya. Cuma dia kurang yakin.

“Betul ke Mama nak ajak Mikael sekali?” soal Xera Camilia mahukan kepastian.

“Iya. Mama pun nak kenal dengan kawan kamu tu” Balas Puan Monroe.”Ajak Tasha sekali”

“Kalau begitu, Xera nak beritahu diaorang sekarang..” Xera Camilia bergegas ke biliknya untuk menelefon.

Zacky Karl sampai awal untuk makan malam di rumah Datin Monroe. Dia sempat menjinjit sebungkus buah limau sebagai buah tangan. Itu sahaja yang sempat dibeli sepanjang perjalanannya tadi. Walaupun bertandang ke rumah orang berada, dia masih berpegang kepada adab berkunjung ke rumah orang seperti yang diajarkan oleh ibu dan bapanya. Itu juga antara daya tarikan yang menyebabkan Datin Monroe memilih dirinya.

Kelibat Zanief Ariff yang berbual mesra dan ketawa berpanjang semasa berbual dengan Zacky Karl menimbulkan pertanyaan pada Xera Camilia. Seolah-olah mereka berdua memang berkawan rapat. Dia menyangka yang abangnya juga akan turut menentang perhubungan antara Mamanya dan Zacky Karl. Nampaknya dia terpaksa bersendirian kali ini. Kedatangan Mikael dengan sejambak bunga sedikit sebanyak menghakis rasa tidak puas hati yang berbuku dihatinya.

Datin Monroe segaja memilih pakaian dari rona merah hati, warna kegemaran Zacky Karl. Dan dari tadi juga mata si jejaka itu sentiasa mengekori geraknya yang sibuk mengatur persediaan makan.

Semua yang hadir dijemput oleh D atin Monroe untuk ke meja makan. Hidangan selera kampung yang disediakan membuat semua orang tidak sabar-sabar untuk menjamah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience