BAB 1

Romance Completed 4088

Bahang panas terasa memijar, memanggang setiap tubuh yang melintas dibawah sinaran matahari. Mereka yang terlindung pun masih boleh merasa sisa-sisa kepanasan.

"Panas betullah hari ni. Dahaga betul. Dah dua gelas fresh oren aku order" Xera Camilia mengomel sambil memegang gelas minuman di tangan sebelum menghirupnya dengan penuh kelegaan.

"Memang sekarang ni musim panas, sampai bulan Jun katanya " Sampuk rakan di sebelahnya, Tasha. Dia bersyukur sangat kerana mereka duduk di tempat yang berhampiran kipas siling.

“You all ni, panas pun komplen, sejuk pun komplen. Semua ni kuasa tuhankan. Redha jer la” Mikael bersuara. Bahasa Melayunya sudah sebaik pelajar tempatan. Pelajar dari Algeria ini tidak begitu terasa memandangkan cuaca di negaranya kadangkala lebih panas. Saat-saat sebegini kadangkala mengundang rindunya kepada kampung halaman.

“You dah biasa cuaca macam ni. That’s why you say like that”Xera Camilia meningkah. Teman lelakinya itu itu kadangkala membuat dia terasa perbezaan budaya. Tasha hanya tersenyum melihat tingkah mereka berdua.

“Mama I tu semakin hari semakin teruk la dia. Dia tak macam dulu. Latest, dia dah tak bagi I dari berkawan dengan Damien, Lepas dia jumpa gambar selfie kami berdua dalam my phone. Belum masanya lagi nak bercouple katanya.” Luah Xera Camilia sambil meneguk minumannya lagi. Antara tujuan dia mengajak kawan-kawannya ke kafe tersebut adalah untuk membincangkan hal Mamanya.

“Why not you tak bawa I jumpa Mama you. Mungkin dia boleh chill sikit bila dah kenal I” Mikael memberikan idea.Dia memang berhajat untuk berkenalan dengan bakal mertuanya.

“You tak kenal Mama I. So, jangan kita nak cari pasal. Silap-silap nanti you kena free lecture and I pulak kena pindah kolej”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience