BAB 10

Romance Completed 4088

“Jangan cakap macam tu. Semua orang cakap Mama Zanief ni still maintain macam anak dara. Just do it for fun Ma. Ada sikit aktiviti masa lapang Mama”

“Kalau kamu kata macam tu. Mama pun rasa nak ajar si Xera tu. Biar dia tahu langit tinggi ke rendah”

“Macam tu la Mama. Berani sahut cabaran. Anything, Mama cerita kat Along tau” Zanief Ariff membakar lagi semangat ibunya. Dia terus menyambung cerita tentang aktivinya di sana.

“ Salam. Can We chat” Zacky Karl terkejut menerima satu mesej misteri dari aplikasi Whatappsnya.

“Salam. Siapa ni?”

“ Datin Monroe ni. Sorry sebab tak kenalkan diri terlebih dahulu”

“Ok. Saya tak sangka Datin sudi chat dengan saya” Zacky Karl merendah diri. Namun dia masih curiga dengan individu yang mahu bersembang dengannya itu. Ada kalanya ada rakan-rakan yang suka menggunakan aplikasi itu untuk mengenakan orang lain. Kesudahannya orang itu akan menjadi bahan ketawa seluruh kolej.

“Kenapa Datin tak telefon sahaja?” soalnya lagi mencari kepastian.

“OK. Saya call sekarang” Jawapan balas Datin Monroe membuatkan Zacky Karl segera menekan butang remote televisyen bagi memperlahankan bunyi. Dia beralih duduk berhampiran balkoni untuk jelas mendengar suara.

“Assalamualaikum” suara lembut Datin Monroe menjengah telinga Zacky Karl. Yakin sekali dia yang usahawan wanita itu yang menelefonnya.

“Waalaikum salam Datin”

“Tak menggangu ke saya telefon malam-malam ni”

“Saya Ok jer. Apa halnya Datin telefon ni”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience