BAB 22

Romance Completed 4088

Malam ini adalah malam yang penting bagi Puan Monroe. Pertamanya kerana anak sulungnya Zanief Ariff, pulang bercuti ke Malaysia. Dan yang keduanya, dia telah menjemput Zacky Karl pertama kali berkunjung ke rumahnya. Dia teruja untuk menyediakan hidangan malam yang menjadi pilihan anak lelakinya. Zanief Ariff telah beberapa kali menceritakan tentang rindunya kepada masakan kampung. Selain itu, selera Zacky Karl pula memang tertumpu kepada jenis masakan tersebut. Oleh kerana dia sudah lama tidak memasak, Chef Puteh yang merupakan pakar masakan kampung di sebuah hotel telah diupah untuk menjadi tukang masak mereka seketika.

Kawan-kawan rapat Datin Monroe turut diundang selain jiran-jiran yang berdekatan.

“Hai, anak dara baru nampak muka?” tegur Puan Monroe sebaik melihat Xera Camilia di pintu dapur. “Tak bolehkan tolong-tolong sikit di dapur ni?”

“Dah penuh dapur ni Mama. Ramai dah assistant Chef Puteh tu. Xera tak nak ganggu kerja-kerja kat dapur ni. Mama pun tahu kan, skill Xera ni takat mana jer” Jawab Xera Camilia sambil meneguk jus oren dari bekasnya.

“Kalau ye pun macam tu. Jenguk-jenguklah kat dapur ni. Takkan nak buat hal sendiri jer” sambung Datin Monroe lagi.

“Mama ni, memang suka sindir Xera kan. Kalau Abang tu, buat apa pun tak salah”

“Ai..abang kamu tu baru jer sampai. Bagi dia rehat. Nanti kita makanlah sama-sama”

“Yang mama masak banyak-banyak ni, nak buat kenduri ke nak makan malam untuk kita jer?”

“Untuk kita jer. Cuma Mama masak banyak untuk abang kamu. Dia rindu sangat kat masakan kampung ni.”

“Kalau tengok ni, dah boleh panggil orang masjid join sekali ni. Lagipun abang bukannya nak balik esok. Seminggu lagi dia kat sini kan”

“Mama jemput Zacky Karl makan sekali dengan kita”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience