BAB 12

Romance Completed 4088

“Kawan yang telefon”

“Kawan mama yang mana?, Tak pernah pun Mama sembang lama-lama macam tu.” Xera Camilia masih belum berpuas hati. Kereta yang dibawa oleh pemandu bergerak keluar dari perkarangan rumah.

“Adalah” Balas Datin Monroe pendek, menyebabkan Xera Camilia terus berteka teki.

Datin Monroe disapa oleh semua staff sepanjang jalan ke pejabatnya. Yang mana sempat dijawab, maka dijawab. Yang lainnya hanya sempat menerima senyuman. Sebelum sempat membuka pintu pejabatnya, Asyikin sempat menahan.

“Datin, nanti sekejap. Ada orang nak jumpa. Dia baru sampai tadi” Jelas Asyikin.

“Ok, Sekejap lagi saya ke sana” Datin Monroe masuk ke pejabatnya untuk membuka lampu dan menyimpan beg sebelum keluar semula.

“Hai Monroe, How are you?” satu suara yang pernah dikenalinya suatu ketika dulu menyapa.

“Hai Dato’ Uwais. I’m Fine. Dato’ macam mana pula?” Datin Monroe berbahasa.Dato’ Uwais merupakan salah seorang rakan arwah suaminya.

“I’m fine too. Actually I sebenarnya nak ajak you breakfast sekali pagi ni” Jelas Dato’ Uwais.

“Kenapa tak beritahu awal-awal. Saya dah breakfast di rumah dengan Xera tadi”

“I call tadi pun asyik engaged sahaja. That why I terus datang office”

“ada hal penting ke sampai Dato’ nak jak saya breakfast ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience