BAB 13

Romance Completed 4088

“Ada la sikit. Jom temankan saya, Kalau tak nak makan pun tak apa.” Ajak Dato’ Uwais. Datin Monroe hanya menurut.

Dato’ Uwais membawa Datin Monroe ke Delima Cafe, sebuah coffee house hotel yang terletak berhampiran. Dia telah memilih tempat yang ekslusif untuk berbual-bual dengan rakan lamanya itu. Mereka memilih tempat yang terletak berhampiran dengan dinding cermin. Sesekali mereka boleh memandang kearah kesibukan trafik dan orang yang lalu lalang.

“Datin Seha bagaimana? Lama dah tak dengar berita dari dia?” Datin Monroe memulakan perbualan sementara menanti hidangan dan minuman.

“Hmmm..you tak tahu lagi rupanya. Kami berdua dah empat bulan divorce. Dia dah bawa anak-anak I balik kampung” Umum Dato’ Uwais. Nada suaranya agak sedih.

“Kenapa jadi sampai macam tu. I tengok you berdua memang very nice couple. I susah nak percaya la”

“Dia yang minta. So, I pun bagi la. Tak mahu panjangkan cerita”

“That why I dah lama tak jumpa dia”

“sebenarnya, I ajak you ke sini sebab I ada hajat besar” Dato’ Uwais bercakap sambil memandang tepat kearah Datin Monroe. Sempat juga dia menghela nafas.

“Dah lama sebenarnya I pendamkan perkara ini. Kalau I tak luahkan memang I menyesal” Dato’ Uwais menyusun ayat. “I berhajat sangat nak mendirikan masjid dengan you, Monroe.”

Datin Monroe kehilangan kata-kata sebentar. Nalurinya dapat menghidu niat rakan suaminya itu dari awal lagi. ‘Ini lagi satu masaalah besar. Pantang hidup aku untuk ambil suami kawan-kawan’.

Dalam kepalanya berfikir jalan terbaik untuk mengelak dari lamaran ini.

“I ada bawakan cincin untuk You. Buat cincin tanda” ujar Dato’ Uwais sambil mengeluarkan kotak cincin berwarna hitam dan menyerahkan kepada datin Monroe. “ I tempah khas untuk you tau ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience