BAB 4

Romance Completed 4088

“Awal lagi kalau nak buat kad kahwin ni. Hmmmm….. Abang ada jual calon suami tak. Si Tasha ni dah lama mencari” Seloroh Xera Camilia, sebelum menjerit kerana kakinya sakit ditendang di bawah meja. Mikael hanya tersenyum.

“Kenapa tak beli abang jer. Abang pun tengah solo sekarang ni” Jenaka Xera Camilia disambut oleh Zacky Karl. Dia memang suka menyakat kalau ada peluang.

“Jangan nak mengarut. Selagi belum kerja, kita tak akan ada boyfriend.” potong Tasha, sebelum jenaka mereka berterusan.

“Abang suka tak perempuan yang berumur” Xera Camilia mengeluarkan pertanyaan yang membuat Zacky Karl hampir tersedak. Tasha dan Mikael masing-masing menggelengkan kepala meminta Xera Camilia tidak meneruskan pertanyaan tersebut.

“Suka sangat. Mak Abang, nenek Abang, Makcik-makcik…semuanya berumur” Zacky Karl tersenyum menjawab, Dia menyangka itu hanya sebahagian dari jenaka Xera Camilia.

“Bukan yang macam tu, maksud saya untuk dijadikan teman wanita”

Tasha dan Mikael hanya tersenyum kelat. Mereka sudah membaca apa yang mahu dicadangkan oleh Xera Camilia.

“It dependla…kalau macam Cik Ta ke…Erra Fazira ke…Abang Ok jer”

“Kalau orang tu Mama saya.. Ok tak” sekali lagi Zacky Karl hampir tersedak. Dia sempat menelan gumpalan air didalam kerongkongnya. Tidak menyangka cadangan Xera Camilia sejauh itu.

“Awak serius ke ni Xera ?. Nak suruh saya jadi AYAH awak”

Pecah ketawa antara Mikael dan Tasha mendengar jawapan Zacky Karl. Ketawa mereka yang berpanjangan membuat Xera Camilia memuncungkan bibirnya.

“Macam ni la Xera..Kalau setakat nak berkenalan tu Abang tak ada masaalah. Setahu Abang, Mama Xera pun bukan calang-calang business woman. Mana tahu, mungkin boleh dapat job dari dia” Zacky Karl menenangkan keadaan. Dia masih lagi tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience