BAB 9

Romance Completed 4088

“What? And…why” Datin Monroe terhenti sebentar dari menjamah makanan. Tiba-tiba dia tersenyum sendirian.

“This is too much Xera Camilia ” ucapnya separuh berbisik.

Rumah Agam yang mengadap matahari naik itu kelihatan keemasan disinari cahaya matahari senja. Itu antara saat-saat yang sering diingati oleh Datin Monroe ketika bersama-sama dengan arwah suaminya. Mereka akan sama-sama duduk melihat matahari terbenam sebelum menunaikan solat Maghrib.

Sebaik selepas melipat sejadahnya dia segera mendail nombor telefon anak sulungnya.

“Assalamualaikum Mama, kenapa tiba-tiba sahaja telefon ni?” Suara Hezruf Ariff terdengar di hujung talian.

“Waalaikum salam. Tak ada yang urgent, Cuma ada perkara sikit Mama nak beritahu pada kamu”

“Apa cerita pulak kali ni. Ni mesti melibatkan adik ni. Apa yang dia dah buat kali ni?”

“Dia nak kenenkan Mama dengan kawan kolej dia”

“Laa… ingatkan apa? Hensem tak budak tu? “Zanief Ariff mengejek.

“Kamu ni..serious la sikit. Mama tak sukalah dia buat macam tu”

“Ada la sebab adik buat macam tu. Lagipun Mama ni pun dah lama sangat solo”

“Ingatkan kamu nak support Mama. Rupanya nak kenakan Mama pulak”

“Gurau je Mama. Actually apa salahnya Mama pula play by her game. Tengok macammana reaksi Xera nanti”

“Mama dah tua la untuk benda-benda macam tu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience