BAB 6

Romance Completed 4088

Seringkali dia menerima pelawaan untuk berkahwin sekali lagi,terutama dari kalangan dato-dato yang dahulunya adalah sahabat arwah suaminya. Semuanya ditolak dengan baik.

Kesetiaanya pada keluarga tidak berbelah bagi. Tidak ada seorang pun yang dapat memikat hatinya sebagaimana arwah suaminya, Datuk Suhaimi dahulu.

Cuma sekarang dia banyak menghabiskan masa bersendirian. Kedua-dua anaknya sudah dewasa dan mampu berdikari. Anak sulungnya, Zanief Ariff berada di United Kingdom menyambung pelajaran disamping menguruskan cawangan perniagaan mereka di sana.

Anak keduanya Xera Camilia pula masih di kolej dan tinggal bersamanya. Kalau diikutkan, memang dia sering merasa kesunyian. Terutama apabila anak-anaknya sibuk dengan hal masing-masing.

Sebab itu dia sering menyibukkan diri dengan kerja dan persatuan-persatuan kebajikan. Masanya banyak dihabiskan di pejabat dan berjumpa kawan-kawan.

“Lunch nanti Datin nak ke kafe atau nak saya tapau jer” Asyikin bertanya sebaik menyerahkan proposal yang diminta. Dia memang mengambil berat tentang makan minum bosnya itu. Kalau dibiarkan, Kemungkinan Datin Monroe atas terlepas waktu makan tengah hari kerana sibuk dengan tugasan pejabatnya.

“Kejap lagi saya lunch dengan client.” Beritahu Datin Monroe “Ingatkan yang lain untuk ke bilik mesyuarat pukul tiga nanti. Sebab saya plan untuk buat presentation untuk client ni selepas lunch nanti”

“Baik datin “ Balas Asyikin tanpa banyak soal sebelum keluar dari bilik itu.

“Nanti dulu, Saya nak tanya sikit. Siapa yang hantar bunga dahlia putih tu?” soal Datin Monroe sebelum sempat Asyikin melepasi pintu keluar.

“Yang tu baru sampai tadi. Tak sempat nak beritahu Datin. Saya tak pasti pulak siapa yang bagi.”

Datin Monroe segera membaca kad berwarna ungu yang disertakan bersama. Tiba-tiba dia tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience