BAB 7

Romance Completed 4088

“Kenapa Datin ?”

“First time saya terima kad lunch invitation with a business card printed together. Good marketing strategy. Pandai budak ni”

“So, Datin nak join tak?”

“Please check my schedule for tomorrow. Kalau free masukkan sekali lunch ni dalam agenda.” Arah Datin Monroe.

“Yes, Datin” Asyikin patuh menjawab sambil jarinya pantas menaip di telefon bimbitnya.

Zacky Karl masih berdebar sekalipun orang yang ditunggunya belum hadir. Bukan pertama kali dia makan tengahari di restoran hotel sebegini, Cuma kedatangan orang yang diundangnya itu sedikit sebanyak mengundang rasa bimbang.

Takut kalau-kalau dia tersalah cakap atau penampilannya sekarang ini tidak begitu memuaskan. Sudah dua kali dia ke bilik air bagi membetulkan gaya sikatan rambutnya.

Datin Monroe tiba di restoran dengan memandu sendiri. Dia tidak suka menggunakan khidmat pemandunya sekiranya ke tempat-tempat yang berdekatan dengan kawasan pejabatnya.

Walaupun terpaksa menempuh jalan yang sesak, dia lebih suka untuk merasai sendiri keseronokan memandu.

“Ini En Zacky kan” tanya Datin Monroe sebaik sampai di meja. Zacky Karl mengiyakan sebelum bangun untuk menarik kerusi untuk Datin Monroe duduk.

“It’s Ok. I can do it myself” Datin Monroe menolak lagak gentleman Zacky Karl.

“So, Lama dah tunggu” Sambung Datin Monroe sambil menanti pelayan restoran datang membawa menu.

“Saya pun baru sahaja sampai. Terima kasih sebab Datin sudi makan bersama”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience