BAB 24

Romance Completed 4088

“Sedap masakan malam ni” Puji Tasha sambil menjamah pengat pisang yang disediakan. Puas dia mengatur susunan menunya sendiri memandangkan semua makanan tersedia di depan mata. Zanief Ariff pula sememangnya begitu berselera. Dia masih lagi makan walaupun semua orang sudah mula berhenti. Seolah-olah melepaskan rindu dendam pada masakan kampung.

“Assalamualaiakum semua” Datin Monroe memulakan ucapannya sebaik melihat semua orang sudah habis makan. Cuma ada diantara mereka yang masih menikmati pencuci mulut.

“terima kasih kerana sudi datang ke majlis makan malam yang tak seberapa ini. Majlis ini pun dirancang secara tergesa-gesa bagi menyambut kepulangan anak sulung saya, Zanief.”

“Yang ada di sini pun hanyalah teman-teman rapat saya dan kawan-kawan anak saya.” Dia berhenti sebentar sebelum menyambung.

“Saya berharap semua berpuas hati dengan hidangan malam ni. Terima kasih banyak-banyak kepada Chef Puteh yang sudi menyediakan hidangan. Malam ni pun dia tak sempat nak hadir. Ada catering lagi yang di kena handle”. Cakap-cakap dari jauh banyak yang memuji hidangan yang disediakan.

“Ada lagi satu perkara penting yang saya nak kongsikan”

Xera Camilia bersedia untuk menahan telinga dari mendengar pengumuman dari ibunya. Dia memang menjangkakan yang ibunya akan memperkenalkan Zacky Karl kepada semua yang hadir.

“ Untuk pengetahuan semua, Ramadhan dan hari Raya tahun ini saya tidak akan berada di rumah. Saya ingin menyambutnya di Tanah Suci Mekah. “ Umum Datin Monroe, disambut dengan perasaan yang berbaur di kalangan mereka yang berada di disitu. Zanief dan Xera memang terkejut dengan pengumuman tersebut.

“ Oleh itu di kesempatan yang ada ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan yang telah saya lakukan. Sekian terima kasih.” Datin Monroe mengakhiri ucapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience