BAB 15

Romance Completed 4088

Zacky Karl menarik tangan Datin Monroe untuk turut sama beratur.

“ I segan la. Macam mak dengan anak” Datin Monroe cuba mengelak. Namun dia terpaksa mengalah apabila Zacky Karl menarik muka masam. “Tadi kan dah janji” ungkitnya.

Semenjak hampir tiga bulan berkawan, itulah kali pertama mereka keluar menonton wayang. Itu pun sebab cerita hindustan yang diminati oleh Datin Monroe ada mula ditayangkan. Segaja Zacky Karl mengambil keputusan untuk beratur dari membeli tiket secara online. Dia mahu Datin Monroe itu merasai pengalaman itu.

Secara zahirnya penampilan Datin Monroe tidak jauh bezanya dengan semua perempuan yang ada di situ. Walaupun bertudung, fesyen yang digayakannya selari dengan peredaran semasa. Zacky Karl sendiri mengakui perkara tersebut. Tidak ada seorang pun dari rakannya yang pernah bertanyakan umur ‘girlfriend’nya itu. Semua menyangka yang mereka hampir sebaya.

Bukan senang juga untuk Datin Monroe melangkah keluar dari rumah. Dia pula yang perlu melaporkan diri kepada Xera Camilia. Dan apa syarat-syarat yang dinyatakan olehnya dahulu kepada Xera Camilia jika keluar bersama kawan-kawan, itulah juga nasihat dan pesanan yang diterimanya. Sebelum pukul 12.00 tengah malam, dia harus pulang ke rumah.

Datin Monroe masih berasa segan untuk berhadapan dengan orang ramai yang berada di situ. Kalau tidak kerana janjinya kepada Zacky Karl, sudah pasti dia tidak mahu datang.

“Kenapa suka Hindustan?” Zacky menyoal sebaik duduk di bangku. Datin Monroe membetulkan dahulu kedudukan kerusinya. Dia terpaksa berasak-asak juga tadi untuk sampai ke kerusi tersebut.

“Jiwa orang lama katakana. Filem lakonan Shah Rukh Khan ni memang meruntun emosi kalau tengok. Sebab tu saya suka layan” Jelas Datin Monroe. Slanga inggerisnya akan diketepikan jika bersama dengan Zacky Karl. Pemuda itu sedikit sebanyak telah membuka matanya tentang adab berbahasa. Begitu juga dengan perkara-perkara lain dalam kehidupan sehariannya. Dia sudah mula dapat memahami dunia baru remaja seperti Xera Camilia dan perubahan-perubahan dunia terkini. Kalau dahulu dia hanya mendengar, kali ini dia pula yang terlibat sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience