SENGAJA

Drama Series 5506

Keesokannya Gabriel menghubungi aku. Dia bagitahu Caira bersalah atas tuduhan memceroboh dan cubaan membunuh ku. Apa yang Gabriel rasakan ketika dia bercakap dengan aku. Bersalah atau tidak atas tuduhan dia, atas penyeksaan dia terhadap aku. Tapi aku dengar suaranya seperti biasa. Pasti dia tidak percaya dengan bukti yang jelas dia terima.

Amira pula dia dengan bangga kerana Ayah memberikan dia sebuah project besar untuk di uruskan. Dia tidak tahu aku yang suruh Ayah berikan kepada dia. Dia mula mahu menentang aku di office kerana dia sudah melebihi aku.

Aku mula boring dengan suasana pejabat sebab itu bukan dunia aku. Aku buat semua kerana terpaksa.

Ketika aku sedang merawat pesakit di hospital. Gabriel datang bertemu aku. Dia meminta rawatan pada aku. Dia mengadu alat sulitnya gatal. Setelah dia buka seluar aku mula melihat apa yang menyebabkan kegatalan.

Aku membelek dan menunjukkan alat kelamin dia sedikit bengkak dan merah. Aku menanggalkan sarung tangan aku dan memandang Gabriel yang sedang terbaring di katil rawatan. “What happened?”

“Masa aku kerja, aku kena tendang dekat situ. Mula-mula aku tak rasa pape. Lepas dua hari baru aku rasa gatal. Aku punya ni bermasalah ke?” Gabriel kelihatan risau.

“Pakai seluar” aku ke meja aku dan menulis sesuatu di report. “Gatal biasa je. Ni list ubat boleh ambil dekat farmasi”

Gabriel melangkah keluar setelah mengambil kertas dari aku. Dalam banyak doctor kenapa dia datang mencari aku untuk di rawat. Jika malu dengan doctor perempuan lain. Doctor lelaki ramai lagi. Termasuk kawan dia sendiri seorang doctor.

Dalam diam aku mengikut belakangnya. Dia tidak ke farmasi tetapi ke bilik Nazri. Aku bersandar di pintu untuk dengar perbualan mereka berdua.

Sebaik masuk Nazri terus bertanya soalan pada Gabriel. “Macam mana kau layan Aina sekarang?”

“Apa maksud kau?”

Nazri merasakan Gabriel seperti tidak berpuas hati dengan soalannya. “Tak ada apa-apa. Saja tanya. Kenapa dengan kau punya tu” Nazri memandang ke arah alat kelamin Gabriel. “Sebab kau melanggan pelacur jadi macam ni”

“boleh tak kau fikir baik pasal aku. Aku tak pernah ambik pelacur walaupun terdesak. Aku lebih rela cari Aina daripada pelacur”

Aku menyelukan tangan di poket baju doctor aku. Dengar setiap bait kata Gabriel. Sebab tu kau datang bertemu aku.

“Bukan tempat Aina dah di ganti dengan Amira. Kenapa kau cari dia lagi?” Sekurangnya apa yang Nazri katakan adalah betul. Kau lebih teruk dari anging sebab aku tak panggil kau sendiri yang datang mencari aku.

“Apa masalah kau dengan aku? Berapa Aina bayar kau untuk serang aku? Apa dia janjikan dekat kau untuk kau sokong dia?” soalan bertubi Gabriel berikan kepada Nazri.

“Tiada apa-apa perjanjian. Tiada sebarang bayaran” jujur Nazri berikan jawapan.

“What the reason?”

“Aku suka Aina”

Terdiam Gabriel mendengar jawapan dari Nazri.

“Kenapa kau terkejut sebab aku sukakan dia. Sukakan orang yang kau anggap setaraf pelacur. Bagi aku Aina baik cuma kau saja yang buta”

Gabriel berkata sambil tersenyum. “Mesti dia dah bermanis mulut, racun fikiran kau”

“Entah. Aku nak tahu juga kalau betul dia buat macam ni. Tapi rasanya tak ada”

Aku dengar setakat itu sahaja. Aku terpaksa kembali semula ke bilik aku untuk menyambung kerja semula.

Tidak lama kemudian Nazri datang bertemu aku. Dia senyum pada ku. “Kau curi dengar tadi?”

“What?” aku buat-buat tidak tahu.

Nazri duduk di hadapan aku dan menyandarkan badannya di belakang kerusi. “Jangan nak tipu aku. Nurse cakap kau datang jumpa aku tadi. Kau dengarkan apa aku katakan pada dia”

“No. What you say to him?” aku buat-buat bertanya walaupun tahu.

Nazri berikan senyuman pada aku. “Putus dengan dia. Datang dekat aku” Nazri bangun dan melangkah pergi.

Aku tak tahu kenapa Nazri berkata begitu Gabriel. Sengaja mahu buat Gabriel cemburu atau Nazri memang menyukai aku.

 

Sebelum balik kerja aku menerima panggilan telefon dari Amira. “I will dinner with Gabriel at home tonight. You want to join”

Aku senyum sinis dapat panggilan dari Amira. Tanpa berfikir panjang, balik sahaja kerja aku ke rumah Ayah.

Sebaik sampai aku melihat Ayah sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Mata ku memandang ke arah bilik Amira.

Aku melangkah naik ke bilik aku. Melihat tiada sesiapa aku menukar arah masuk ke bilik Amira. Aku lihat laptop Amira terbuka di meja kerjanya. Dengan pantas aku mengambil data mengenai project yang sedang dia uruskan.

Sebaik habis memindahkan data. Aku terdengar tapak kaki sedang berjalan ke arah bilik Amira. Aku mahu keluar tetapi pasti akan bertembung dengan Amira. Aku menyorok di belakang katil Amira dan dengan tidak sengaja pendrive aku terjatuh di sisi katil.

Aku melihat ada empat kaki di hadapan mata aku.

“You duduk dulu. I tukar baju dalam bilik mandi” Suara mengoda Amira kedengaran lalu kakinya melangkah ke bilik mandi.

Hanya tinggal Gabriel sahaja di dalam bilik ini.

Aku berhati-hati untuk mengambil pendrive aku semula tetapi dengan tidak sengaja Gabriel telah memijak belakang tanganku semasa dia sedang berjalan melihat sekeliling bilik Amira.

“What are you doing?” Gabriel terkejut melihat kehadiran aku di bilik Amira.

“Gabriel you cakap dengan siapa?” Suara Amira kedengaran di dalam bilik mandi.

Aku bangun berdiri dan menolak badan Gabriel untuk pergi. Aku tidak sempat keluar dari bilik Amira, Amira terlebih dahulu keluar dari bilik mandi.

DANIEL busy dengan dunia hakiki tak boleh update hari-hari. sorry ye.. harap yang membaca tak bosan menunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience