DUA RUMAH

Drama Series 5506

Ketika aku sedang berseronok berangan akan kemenangan Mama dan Aku. Aku di ganggu oleh panggilan dari Gabriel. “Jumpa aku sekarang”

“Sorry I'm busy” aku menolak tanpa berfikir panjang.

“Aina. Aku ada video nak tunjuk dekat kau”
Dari nada suaranya aku menduga video yang ingin di tunjuk itu sangat penting. Aku memaksa pergi untuk melihat. Ketika dalam perjalanan aku dapat panggilan lagi sekali dari Gabriel.

”Aina kau tunggu aku sampai aku balik. Aku dapat panggilan kerja”

Aku turutkan sahaja.

Sekarang aku berada di rumah Gabriel. Rumah Gabriel dan aku selepas berkahwin. Walaupun rumah ini hanya apartment, ketika dulu aku tidak kisah untuk tinggal bersamanya. Semua keperluan aku dia cuba berikan walaupun tidak semahal seperti mana yang sudah aku miliki.
Rumah ini penuh dengan kasih sayang antara aku dan Gabriel. Sebelum Gabriel mempunyai dua personaliti.

Aku sedikit gementar kerana tidak tahu video apa yang Gabriel mahu tunjukan kepada aku. Aku cuba untuk hilangkan gemuruh aku dengan berjalan dan melihat sekeliling apartment yang telah lebih tiga tahun aku tinggalkan.

Tak ada satu pun tanda-tanda seperti ada orang duduki rumah ini. Semuanya bersih.

Aku tolak pintu bilik utama. Alas katil cantik tersarung tidak ada sedikit pun kesan kedutan seperti katil itu didiami. Ada sepasang selipar. Langsir tertutup semua menjadikan bilik kelihatan suram.

Aku buka langsir dan aku terlihat balkoni rumah sebelah aku terkaku seketika. Aku sangat kenal dengan pasu pasu kecil yang tertanam pokok kaktus yang berada di balkoni rumah sebelah. Kerana aku yang membeli kaktus itu semua.
Aku beli kaktus kerana senang di jaga. Bukan ke sepatutnya kaktus tu semua ada di sini.

Aku berlari keluar dan mengetuk pintu jiran sebelah. Aku ingin tahu siapa yang tinggal di situ. Tetapi seperti tiada sesiapa yang akan menyahut ketukkan aku.

Aku melangkah ke belakang dan melihat number rumah yang tertampal di pintu. Aku menjadi keliru.

Aku merasakan aku seperti ada sesuatu yang aku lupa.

Aku sudah keluar dari rumah ini tiga tahun. Hanya kembali jika Gabriel memanggil aku atau Gabriel yang menyeret aku ke sini.

Selalu jika aku ke sini aku hanya melihat pada number rumah sahaja. Tetapi rupanya rumah lain. Pintunya masuk rumah bersebelahan. Rumah Gabriel adalah di sebelah kiriku. Jadi rumah yang selalu aku datang sepanjang 3 tahun ini adalah rumah orang lain.

Tapi mustahil. Pasti ada orang yang menukar number rumah ini, tapi siapa.

Aku turun ke pejabat pengurusan dan bertanya dengan pekerja di situ akan plan rumah di tingkat rumah Gabriel dan semuanya sama.

Aku kembali semula ke rumah Gabriel, aku masuk ke dalam bilik utama untuk melihat balkoni rumah sebelah. Aku tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya.

Aku kembali ke ruang tamu dan duduk di sofa untuk memikirkannya sehingga Gabriel menolak pintu utama.

“Aina. Aku ada video nak tunjuk dekat kau. Aku nak kau terangkan lepas kau tengok”

Gabriel buka laptopnya dan tunjukan kepada aku. Rakaman itu menunjukan kejadian ketika setelah sekian lama Gabriel bertukar dengan personaliti lain di dalam kereta.

“Aina janji dengan aku, kau tak akan tinggalkan aku lagi” wajah aku dipegang oleh Gabriel.

Kemudian menampakkan rakaman Gabriel yang menarik aku masuk dalam pelukkannya. Aku di peluk dengan erat. “Aina pergi mana. Kenapa tinggalkan abang lama sangat. I miss you so much sayang”

Gabriel melihat rakaman itu tanpa berubah perwatakannya. Tetap juga dingin. Dia memandang aku dan bertanya “Kau sayang sangat aku ke sampai kau buat macam ni”

“Explain dekat aku” Gabriel bercakap dengan nada dingin.

“Kau nak aku explain apa? Kau nampak tak. Kau yang peluk aku. Kau yang panggil aku sayang. Sepatutnya aku yang tanya pada kau”

“Kadang aku tertanya Gabriel” Aku buat seperti merenung ke hadapan mengingati masa silam. “Kau kadang kala berubah seperti orang lain. Kau ada dua personality ke?. Macam schizophrenia, seorang terlalu lembut dan baik. Dan lagi sorang tidak mempunyai perasaan. Maybe kau kena jumpa psychiatrist..”

“Shut up” merah wajah Gabriel tidak puas hati dengan jawapan aku. “Ariel.. Siapa Ariel?”

“I don’t know”

“Kau yang panggil aku Ariel kenapa kau boleh tak tahu?”

“Aku sebut Gabriel tapi mungkin sebab suara aku perlahan tak dengar sebab tu kau dengar Ariel” Aku menipu lagi.

Ariel adalah Gabriel sendiri. Nama yang aku berikan kepada Gabriel pada waktu kecil ku. Aku ketika itu tidak berapa boleh menyebut perkataan Gabriel dan aku memanggil dirinya Ariel. Hingga aku bertemu kembali dengannya pada umur aku 18 tahun. Ketika itu aku tetap memanggil namanya Ariel walaupun aku sudah boleh menyebut Gabriel.

Aku sandarkan badan aku dan melihat Gabriel. Aku dapat melihat dengan jelas matanya sedang menjelajah merenung tubuh badan aku. Dari kaki hingga ke bahagian dada aku. Aku tidak perdulikan renungan matanya itu.

Aku hanya fikirkan. Mungkin ini adalah pembalasan yang terbaik untuk Gabriel. Aku akan buat mental dan fizikal dia keliru. Dan membuatkan kedua personaliti Gabriel menjadi satu semula. Kau akan kembali sihat semula. Kau akan ingat kembali apa yang kau pernah buat pada aku.

Kau akan menyesal seumur hidup kau.

“Sayang” Gabriel seperti bercakap seorang. Dia juga seperti sedang mengelamun sesuatu.

“Kau jangan salah anggap dengan layangan baik aku pada kau” Gabriel yang mengelamun kembali ke reality semula apabila dengar aku bersuara. “Sebab kau tak ingat semua yang berlaku. Itu tandanya kau ada masalah mental. Aku sarankan kau pergi jumpa doctor. Mungkin kau ada identity lain yang kau sendiri tak tahu”

Gabriel menutup matanya lalu di buka balik memandang pada bahagian paha aku. Aku faham dengan pandangan matanya.

“Jangan jadi macam binatang. Kalau kau tak tahan sangat jumpa tunang kau sana. Aku rasa dia suka kalau kau dapat puaskan dia”

Aku tahu akan sikap Gabriel. Dia tidak akan cari orang lain untuk memuaskan nafsunya kecuali aku. Walaupun dia anggap aku pelacur dan anjing. Tetap dia akan mencari aku.

Kau sendiri tidak tahu kenapa aku jadi pilihan kau. Sebab aku isteri kau. Isteri yang kau tidak pernah terfikir kau sudah menikahi aku. Walaupun badan kau mahu mencari wanita lain tapi ada sesuatu yang menghalang kau dari meniduri wanita lain. Iaitu fikiran kau.

Gabriel tidak memperdulikan kata aku. Dia bangun dan dekati aku. Baju yang aku pakai di tanggalkan olehnya. Aku terpaksa melayanannya walaupun tanpa rela. Dia tetapi berkasar dalam mengauli aku.

Aku memakai pakaian aku semula dan melihat Gabriel yang sedang duduk berehat. “Kau kenal jiran sebelah rumah kau?”

Matanya terpejam di buka dan memandang tepat pada ku. “Kenapa kau tanya?”

Aku berikan senyuman pada Gabriel. “Aku ada nampak pokok kaktus dekat balkoni diaorang. Aku rasa design luar rumah diaorang cantik”

“Tu rumah aku” Gabriel berkata.

Aku terkejut. “Kau tahu. Tu rumah kau?”
Gabriel mengangkat kening melihat aku. “Ye. tapi aku tak duduk situ lagi”

Adakah kau cuba untuk lupakan semua. Aku dapat duga isi di dalam rumah masih sama seperti aku duduk dengannya dahulu.

Jika di dalam rumah tidak berubah, Gabriel pasti tahu hubungan dia dan aku, tetapi dia sendiri tidak mahu membuka kenangan itu. Itu tandanya dia langsung tidak mempunyai perasaan pada aku.

Aku harap kau akan sembuh satu hari nanti. Aku nak kau rasa, bagaimana sakit yang pernah jiwa aku alami.

Gabriel bangun dari duduknya. “Teman aku jumpa doctor”

Lagi sekali aku terkejut. Bukan ke dia tidak sukakan aku. Kenapa perlu aku yang teman dia untuk berjumpa dengan doctor. Aku tetap bersetuju “Okay”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience