Aku dan Gabriel pergi ke pusat pakar psychiatrist terkenal. Ketika namanya di panggil untuk masuk ke dalam dia menyuruh aku untuk menunggu sahaja di luar.
Aku menunggu dengan sabar seperti yang Gabriel suruh. Setelah 40 minit menunggu dia keluar dari bilik doktor pakar. Wajah kelihatan pucat, Gabriel seperti tidak percaya dengan kebenaran yang berlaku padanya.
“Encik Gabriel” Aku memanggil dengan nada lembut.
Dia sedar dari lamunan dan memandang aku dengan mata merah menyala. “Kau dah tahu aku ada dua identity?”
“Aku hanya menduga” Aku mengeling kepala. “Tapi tengok kau macam ni. Jadi dugaan aku betul. Apa Doktor cakap?”
Gabriel hanya menjeling dan meninggalkan aku.
Aku mengejar dia. “Aku pernah jumpa the other side your identiti. Dia terlalu baik. Dia yang aku suka”
Gabrial memusingkan badan dia dan melihat aku dengan renungan tajam “So what?”
“The other side sentiasa bercakap lembut dengan aku” Aku berikan senyuman pada Gabriel.
“Tu bukan aku” Gabriel mengingatkan aku. “Dia silap. Dia ingat kau kesayangan dia. Aku tak tahu apa kau cakap dengan dia. Apa kau buat dekat dia sampai dia berlembut dengan kau. Tapi aku ingatkan kau. Jangan ambik kesempatan lagi atas diri aku”
Memang aku adalah orang kau sayang Gabriel.
“Encik Gabriel, kau ugut aku? Aku rasa kerja kau sebagai polis tak lama. Atasan kau tahu kau ada masalah mental, mesti kau…..”
“Nurul Aina!” suara Gabriel menjadi keras memarahi aku. “Kau jangan nak jadi jahat. Baik kau simpan rahsia ni dalam perut kau je. Kalau kau bocorkan, aku tak teragak musnahkan kau”
“Encik Gabriel marah sebab malu ke. Malu sebab ada mental problem” aku memang sengaja jadi tidak berhati perut. Kata aku membuatkan wajah Gabriel bertambah pucat.
Gabriel melangkah pergi tanpa melihat aku.
Aku pusing ke belakang dan masuk ke bilik doktor pakar.
“Aina” Doctor Michelle menyapa aku dengan mesra.
“Thank you so much doctor” Aku duduk di hadapan Doktor Michelle dan tersenyum.
Doktor Michelle adalah kawan Mama ku sendiri. Aku sudah mengadu banyak kali mengenai Gabriel padanya. Tapi aku tidak sangka Gabriel memilih doktor Michelle untuk ketahui lebih lanjut mengenai sakitnya.
“Doktor tak cakap apa-apa hubungan saya dengan dia”
Doktor Michelle mengeling kepala dan berkata “Saya dah dengar banyak kali mengenai dia. Tapi kali ini pertama kali saya melihat dia. Saya boleh nampak di seorang yang bengis, tidak mempunyai simpati dan zalim”
“Doktor boleh buat sesuatu?” Aku berharap Doktor Michelle dapat membantu.
“Kita masih perlu mencari sebab kenapa dia mempunyai dua personality”
Aku melepaskan nafas dengan berat. Sehingga sekarang aku tidak tahu apa penyebab Gabriel mempunyai dua personaliti.
“Jangan putus asa Aina” Doktor Michelle menegur dengan lembut. “Suruh dia datang lagi jumpa dengan saya. Saya akan pujuk dia buat hypnosis”
“Hypnosis boleh buat kita tahu sebab dia jadi begini ke?” aku seperti tidak percaya.
Doktor Michelle membetulkan cermin mata yang di pakai dan tersenyum. “Bukan mudah. Tapi hypnosis merupakan salah satu terapi yang boleh di gunakan selain dari ubatan. Mungkin dengan hypnosis kita boleh wujudkan kembali memori yang Gabriel lupa tanpa dia sedar. Macam hubungan Aina dengan dia. Tapi semua bergantung pada nasib”
Semua bergantung pada nasib. Jika tuhan tidak mahu Gabriel pulih bermakna selamanya aku adalah orang yang paling dia benci.
Setelah selesai urusan aku dengan Doktor Michelle. Aku ke hospital tempat aku bekerja. Aku menyerahkan surat berhenti kerja pada Nazri.
“Kenapa tiba-tiba nak berhenti?” Nazri terkejut dengan keputusan aku.
Bukan secara tiba-tiba. Aku ingin meninggalkan tempat yang mempunyai kenangan pahit dalam hidup aku setelah urusan aku selesai. Aku akan mengikut Mama pindah ke Dubai untuk tinggal bersama Datuk aku.
“Segala urusan aku sudah selesai”
Nazri tersenyum tawar. “Okay approved. Kau free malam ni? Jom dinner dengan aku. Aku belanja”
Nazri telah menolong aku untuk mematikan signal telefon Gabriel tempoh hari dan aku masih belum menigucapkan terima kasih. Jadi ini mungkin peluang untuk aku berterima kasih padanya.
“Boleh nanti bagitahu aku dekat mana?”
Aku masuk ke dalam restoran yang telah Nazri tentukan. Aku melihat dia tidak berseorangan. Aku kenal mereka semua. Kawan-kawan dia dari golongan berada. Dan Gabriel turut ada. Pasti Nazri yang menjemputnya.
Nazri berdiri menyambut kedatangan aku. Tangannya melingkari pinggang aku “Hari ni Aina belanja. Jangan malu-malu order apa saja korang nak” Nazri ketawa selepas habis berkata.
“Duduk Aina” Nazri pelawa aku duduk di sebelahnya.
Sebaik aku duduk aku mendapat satu soalan yang tidak di sangka dari orang yang duduk di hadapan aku. “Bukan tu kau punya boyfriend?”
Aku melihat arah yang di tunjuk kepada aku. Aku melihat Aiman sedang datang ke arah meja kami duduk dengan berpimpin tangan dengan seorang wanita. Semua orang ingin aku dan Gabriel sudah berpisah dan Aiman adalah kekasih aku sekarang ini.
“Ya” aku mengaku.
“Aiman!” lelaki di hadapan aku melambai tangan menegur Aiman.
Aiman yang dengar dirinya di panggil menoleh dan dia ternampak kelibat aku. Gengaman tangannya pada wanita itu dengan pantas di lepaskan. Dia jalan ke arah aku “How my lovely girl here?
“Siapa dia ni?” aku mengambil gelas berisi air putih dan disisip sedikit sebelum meletakkan semula di atas meja. Semua orang tahu Aiman dan aku adalah pasangan kekasih. Jadi aku terpaksa berlakon sedang menangkap dia curang dengan aku.
Aiman memandang aku dengan cuak “Adik I”
“kau ada dua ada?” Lelaki di hadapan aku menyampuk. “Aku nampak kau dengan perempuan lain semalam.”
Wajah aku yang suram membuatkan Aiman teragak untuk duduk di sebelah aku. “I tak curang my love. Betul dia adik I” Aiman memegang tangan aku untuk membela diri.
Aku yang risau akan timbul masalah. Aku menolak tangan Aiman dari menyentuh aku. Aku bangun dan memandang dia. “come with me”
Aku menarik tangan Aiman agar mengikut aku. Aku berjalan melepasi Gabriel yang memandang dingin ke arah aku.
Sebaik sampai di luar restoran aku melepaskan tangan Aiman. “Aiman. Aku ni girlfriend kau. Boleh tak jaga perilaku kau sikit. Aku tak kisah kau nak keluar date dengan sesiapa pun. Sekurangnya jaga perilaku kau”
Pinggang aku di sentuh oleh kedua tangan Aiman “My love.. sorry.. next time I tak buat lagi. You pukul la I sebagai denda”
Aku perasan ada tidak kena dengan gaya percakapan Aiman. Aku memandang belakang dan aku melihat Gabriel berada di belakang aku. “Lepaskan dia” Gabriel merenung tajam pada Aiman.
Aku berharap Aiman tidak melepaskan aku tetapi Aiman menghampakan apa yang aku mahu. “My love sorry I tertinggal wallet dalam kereta. Tunggu ye”
Aku memandang Aiman pergi meninggalkan aku.
Gabriel masukan tangan dalam poket seluarnya. “Tu boyfriend kau?”
“Yes”
Aku menutup mata aku untuk menikmati suasana malam di bandaraya Kuala Lumpur.
“Kau cakap kau sukakan aku Aina. Berapa banyak suka kau pada aku sebenarnya?” Gabriel bersuara sungguh lembut tidak seperti tadi.
Aku terkaku dan merasa pelik. Ini kali pertama Gabriel menanyakan soalan sebegini pada aku.
“Encik Gabriel tanya soalan ni sebab mencari kebenaran cinta aku atau Encik Gabriel mempunyai perasaan pada aku”
Gabriel melarikan pandangan matanya dari tidak melihat aku. “Jangan perasan”
Aku senyum sinis “Jadi Encik Gabriel tak ada hak untuk bertanya. Kalau Encik Gabriel nak tahu jawapannya. Yes. Aku suka. Aku sukakan kau Gabriel. Nurul Aina sukakan Gabriel Mikael”
“My love!!”
Aiman memanggil aku.
“You curang dengan I”
Aku mahu tergelak ketika itu tapi aku cuba bertahan dengan hanya mendiamkan diri.
Gabriel menjeling melihat Aiman. Dia datang dekati aku. Pinggang aku di rangkul dan menolak badan aku ke hadapan untuk terus berjalan meninggalkan Aiman.
Pintu kereta di buka untuk aku. “Encik Gabriel ambil berat dekat aku”
“Kau jangan nak berangan”
Aku masuk ke dalam kereta dan mendiamkan diri. Aku merasakan tangan aku di sentuh. Tangan aku dan Gabriel berpaut kukuh.
Gengaman tangannya menghangatkan badan aku yang sejuk ketika itu. Aku mengeratkan gengaman tangannya. “Kau tak akan tahu apa yang dia pernah katakan pada aku”
Gabriel melihat aku dengan tanda tanya. “Tahu apa?”
Aku melambaikan tangan aku di hadapannya dan tersenyum bahagia. “Dulu. Aku pernah berkahwin. Cincin ni cincin pernikahan aku. Aku terima lamaran dia tapi aku tak sangka…”
“Kau terlalu muda masa itu” Gabriel memotong apa yang ingin aku ceritakan.
Ketika itu aku baru berusia 19 tahun ketika di lamar oleh Gabriel. Setelah sekian lama tidak bertemu. Kami berjumpa semula pada usia aku 18 tahun. Sejak pertemuan itu aku dan Gabriel menjadi rapat. Walaupun dia bekerja biasa tetapi aku suka cara dia melamar aku. Aku suka dia berusaha menghalalkan aku. Teringatkan kenangan lama membuatkan aku tersenyum.
“Ye. Pertama kali aku merasa gembira tidak terkata kerana mencintai seseorang dan aku di cintai. Aku memberikan seluruh jiwa dan raga aku pada dia” Hanya Gabriel sebenar merasai sama seperti aku.
“Mana dia sekarang ni” nada suara Gabriel seperti cemburu.
Aku meleraikan gengaman tangan Gabriel “Meninggal sebab kemalangan”
“Kemalangan apa?” Gabriel masih bertanya.
“Kau nak buka luka dalam hati kau?”
Wajah Gabriel sentiasa serious. Pasti orang lain tidak sangka dia dulu seorang yang penuh dengan kelembutan dalam katanya. Penuh dengan kasih sayang apabila bersamanya.
Malam ini merupakan kali pertama aku melihat Gabriel dalam keadaan baik. Dia tidak memaki hamu aku seperti sebelum ini.
kalau ada typo maaf ye.. mood typo sedang melanda..
Share this novel