Di muka pintu Amira melihat Gabriel menghantar aku balik. “Kau memang babi”
Aku hanya diam sahaja.
Aku menoleh ke belakang dan melihat wajah Gabriel seperti terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Amira. Amira yang tersedar dengan ayat yang tidak sepatutnya keluar dari mulutnya dengan cepat datang dekati Gabriel dan mula tergedik. “Gabriel. Kenapa you hantar Aina balik?”
Pandai dia berlakon seperti wanita terbaik sedunia.
Sebelum aku melangkah masuk ke dalam rumah aku sempat berpaling melihat Gabriel dan menjelirkan lidah padanya.
Kemudian aku dengar Amira berkata. “Kenapa you tiba-tiba senyum”
“Tak ada pape. I balik dulu”
“Kenapa you tak nak masuk dulu. Masuk la dulu” Aku dengar Amira memujuk Gabriel. Sepanjang menjadi kekasih Gabriel berapa kali sahaja mereka keluar bersama. Aku rasa aku lebih banyak keluar dengan Gabriel walapun dia membenci aku.
“Tak boleh Amira. I ada kerja dekat balai”
Sampai di situ sahaja aku dengar. Kerana aku telah masuk ke dalam dan pergi ke kolam ikan yang berada di tepi rumah.
Aku dengar tapak kaki menapa mendekati aku. aku berpaling dan melihat Amira sedang memeluk tubuh memandang aku. aku berikan senyman pada Amira. “Gabriel tolak perlawaan you. I nak bagitahu you satu rahsia. Gabriel cakap dia akan kawin dengan I semula” Aku saja berkata begitu untuk buat Amira marah.
Seperti aku duga. Jelas sekali wajah Amira yang bengis sedang marahkan aku. “Kau jangan nak buat cerita. Gabriel tu tunang aku. Dia akan kawin dengan aku sorang. Jangan berangan la Aina. Dia tak akan jilat balik ludah dia”
Aku mengangkat kening aku. “Really?”
“Aina!! Kenapa kurang ajar?” Ayah muncul dan menegur aku.
Hanya ayah sahaja yang akan menangkan Amira dan aku di bebeli. Mungkin dalam ingatan dia hanya Amira anaknya. Aku ni hanya anak pungut mungkin. Walaupun Amira yang mulakan. Amira yang terang bersalah. Tetap aku yang di persalahkan.
Pada mulanya aku sakit hati apabila ayah melayan aku seperti anak tiri. Sekarang aku tidak merasai apa-apa. Aku buat muka tidak ambil kisah dengan apa yang ayah aku katakan. Apa yang dia cakap pun aku tidak dengar.
Jelas wajah Amira tersenyum sinis memandang aku. menandakan dia telah menang. Tapi sedikit pun aku tidak terasa.
Melihat ayah aku sudah senyap aku mula tersenyum manis. “Dah” aku terus bergi meninggalkan Amira dan Ayah untuk masuk ke bilik. Sebelum aku pergi sempat aku melihat muka Amira dan Ayah yang sedang sakit hati dengan sikap aku yang buat tidak tahu saja.
Jangan risau. Tiba masa aku akan pergi tinggalkan Ayah dengan anak kesayangan Ayah sahaja. Termasuk Gabriel akan aku tinggalkan.
Keesokannya apa yang aku rancang mula memberi kesan pada Ayah dan Amira. Pagi-pagi lagi aku sudah dengar kekecohan di dalam rumah.
Ketika aku tiba di tangga untuk turun aku melihat Amira kelam kabut berlari turun. Aku ketawa. membuatkan Amira menoleh memandang aku. “Pergi date ke?”
Amira memandang aku dengan renungan tajam. “Boleh tak mulut kau tu diam. Kau ingat sekarang masa nak bersenang. Maklumat Project Mega ada orang bocorkan. Ayah suruh aku pergi office sekarang. Aku tak ada masa nak bergaduh dengan kau”
Aku buat terkejut dan bertanya kembali untuk kepastian. “What document?”
Amira tidak hiraukan pertanyaan aku. dia terus melangkah pergi. Kemudian aku dapat pesanan ringkas dari Nazri.
“Semua berjalan lancar. Musuh company kau dah dapat maklumat sekarang diaorang beli semua material untuk project mega. Sekarang hanya dia sumber utama. Kalau Amira tak dapat supply dalam masa yang di tetapkan. Pelabur akan menarik diri. Estimate kerugian lebih dari 500juta”
Aku tersenyum puas. Aku kembali semula masuk ke bilik untuk bersiap dan ke hospital untuk uruskan pemberhentian aku.
Ketika berjumpa Nazri dia memberitahu aku tentang perkahwinan Amira dan Gabriel akan di percepatkan. Aku hanya memandang kosong Nazri dan membalas “Ohh”
“Kau tak kisah” Nazri terkejut melihat reaksi aku.
“Suka hati diaorang nak buat apa. Tak ada kaitan dengan aku” mereka berdua tidak akan dapat berkahwin. Sebab itu aku tidak ambil kisah. Tiada sesiapa tahu yang aku masih isteri Gabriel. Semua orang ingat Gabriel sudah ceraikan aku. Padahal Gabriel sendiri tak tahu dia sudah bernikah dengan aku.
Tidak pernah sekali pun Gabriel melafazkan talak kepada ku. Bagi Gabriel aku hanyalah seorang perempuan simpanan yang dia boleh sesuka hati hendak buat apa. Walaupun aku sudah banyak kali bagitahu aku isterinya. Dia tetap tidak percaya. Dia fikir aku kuat berangan yang dia akan jadi suami aku.
Kerana aku tidak tinggal sebumbung lagi dengan Gabriel dan bermusuhan, semua orang menganggap kami sudah bercerai. Pandai mereka semua membuat andaian.
Nazri tersenyum pada aku “Ni macam bukan kau Aina”
“Perlu ke aku menangis merayu? Atau musnahkan wedding diaorang? Aku dah tak ada apa-apa perasaan dekat dia. Kosong sama sekali. Aku tak nak mensia-siakan kehidupan aku pada Gabriel. Mungkin lepas ni aku akan tinggal dekat Dubai dan tak balik sini lagi”
“Kau nak pergi selamanya” Nazri bertanya kerana terkejut. Mungkin sebelum ini dia ingat aku hanya duduk di Dubai untuk seketika waktu sahaja.
Aku senyum dan mengangguk kepala.
Dan tiba-tiba pintu bilik Nazri di buka tanpa sebarang ketukan. Aku memusingkan badan aku dan melihat Gabriel yang cedera. Keadaannya agak teruk.
Gabriel tidak melihat aku langsung. Aku pun tidak mengambil pedulik lalu keluar dari bilik Nazri.
Ketika aku melangkah keluar dari hospital aku dapat panggilan dari Ayah. Ayah bertanya pada aku dalam keadaan marah “Aina ada masuk bilik Amira ke?”
Aku dapat menduga apa yang Amira mengadukan pada Ayah. Amira mana pernah mengaku kesalahan dia. Yang tiada kaitan dengan aku pun pasti aku yang menjadi mangsa. “Buat apa Aina nak masuk bilik dia” Aku buat tidak bersalah.
Ayah diam seketika dan kembali bersuara. “Ada confidential document leaked last night. Amira cakap Aina pernah masuk bilik dia sebelum ni”
“Ayah fikir Aina ke yang bocorkan? Aina pemilik shared 30 percent. Kalau company loss. Aina juga dapat kesan. Aina cuma berdiri depan pintu bilik dia je. Gabriel pun ada time tu. Amira nak jatuhkan semua kesalahan dia dekat Aina. Ayah pun sama macam dia. Tapi ayah kena ingat. Dia tak ada satu sen pun shared dekat company. Ayah patut fikir mungkin dia memang dia yang buat semua ni”
Sekarang syarikat akan mengalami kerugian besar. Memang bodohlah aku kalau aku mengaku aku yang buat semua ni.
Aku dengar ayah mengeluh. “We will loss half billion”
“Documenr leaking. Amira kena bertanggungjawab sendiri sebab kecuaian dia”
Suara ayah berubah seperti mahu membela Amira. “Nanti ayah settledkan”
Aku memberi amaran pada Ayah. “Jangan lupa ayah. Aina naib presiden. Kalau ayah tak ambil tindakan, Aina tak akan berdiam diri”
.
Share this novel
Dalam chapter ni naib president bukan naik president