DON'T LEAVE ME AGAIN

Drama Series 5506

Dalam keadaan tidak sedarkan diri Aina meracau-racau memanggil Gabriel. “Abang”

Gabriel yang melihat Aina semakin teruk racaunya menepuk pipi Aina agar sedar dari tidurnya. Melihat Aina tersedar Gabriel mengengam tangan Aina. “Maaf sayang. Abang buat sayang sakit lagi”

Aina sedar personality Gabriel yang sayangkan dirinya telah muncul.

Seperti sebelum ini. Setelah dia menyakitkan Aina. Ariel akan muncul dan meminta maaf kerana telah mencederakan dan menyakitkan Aina.

Gabriel cuba memeluk aku dengan pantas aku menolak badannya.

Aku bersandar pada belakang kerusi dan menangis. Aku menangis sepuasnya hingga menyebabkan Gabriel merasa bersalah.

Gabriel mahu menyentuh Aina tetapi dia tidak berani apabila Aina telah menolak dia sebentar tadi. Gabriel akhirnya tekad dengan menyentuh wajah Aina. Tangannya mula mengesat air mata yang mengalir. Pipi Aina di usap lembut dengan ibu jarinya apabila Aina tidak menolak sentuhan darinya seperti tadi.

Aina mengangkat wajahnya mengadap Gabriel. Mata bertentang mata. Bau darah kuat terhidu di hidung Aina. Aina menolak tangan Gabriel dari terus menyentuhnya. “I want to break up. Kita cerai”

Gabriel mengeling kepala. “Abang tak setuju”

“Kita dah bercerai pun. Saya tak perlukan persetujuan Abang” Aina menundukkan kepala melihat cincin di jari manisnya. Cincin yang Gabriel berikan ketika melamarnya menjadi isteri. Cincin itu tidak pernah di tanggalkan.

“Kita rujuk balik sayang. Kita rujuk ye sayang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang. Abang sayang sangat dengan sayang” Kedua tangan Aina di pegang semula. “Maafkan Abang sayang”

“Kalau Abang sayang Aina. Jangan tinggalkan Aina lagi”

aku sendiri tidak mampu untuk pergi dari Gabriel. Kerana aku sememangnya sayangkan dia sepenuh hati aku. Aku juga bencikan Gabriel sepenuh hati aku. Apa yang dia lakukan selama ini pada aku, bukan atas kerelaan dirinya. Dia sendiri tidak tahu.

Gabriel mendengar kata Aina, Gabriel terus memeluk Aina dengan erat sekali. Wajah Aina berkali-kali di cium. Tidak sanggup dia kehilangan orang yang paling dia Sayang.

 

 

Setiba di rumah aku membersihkan badan Gabriel. Luka-luka yang ada di badan Gabriel aku rawat. “Sapa buat Abang macam ni?”

Gabriel ingat apa yang berlaku sebelum bertukar personaliti tetapi apabila berkaitan dengan aku. Dia langsung tidak ingat. Seperti dia memang sengaja mahu aku terus hilang dari dalam hidupnya.

Gabriel menyentuh pipi aku. “Don’t worry sayang. Just penjahat cuba melepaskan diri”

Luka di badan Gabriel seperti tidak mahu berhenti mengeluarkan darah. Barang dalam first aid tidak mencukupi untuk menghentikan darah yang mengalir.

Gabriel memegang tangan Aina yang sedang menekan perutnya untuk hentikan pendarahan “Abang takutkan sayang ke?”

Aku geling kepala “Kenapa Aina nak takut dengan Abang” Aku menipu dirinya. Aku sememangnya takut jika Gabriel lagi sorang muncul dengan tiba-tiba.

Melihat dari raut wajahnya menampakkan dia tidak percaya dengan kataku. “Cuba sayang bagitahu Abang. Kenapa sayang selalu tinggalkan Abang. Cara Aina macam Abang ni sakitkan Aina”

Gabriel mula ragu mengenai dirinya. Ada perkara yang dia lupa apa yang terjadi semalam dan sebelum ini.

Aina hanya senyum memandang Gabriel. Dia berharap sangat personality ini akan kekal sampai bila-bila dalam diri Gabriel. “Saya tak pernah tinggalkan Abang”

“Sayang selalu tinggalkan Abang. Banyak kali. Bila Abang cari, tak pernah sekali pun Abang dapat jumpa sayang. Kenapa sayang sembunyi dari Abang”

Aku tidak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada Gabriel. “Abang please believe me. Aina sayang Abang sorang sepenuh hati Aina. Aina tak pernah tinggalkan Abang”

“Aina….”

“Abang I love you”

Aku sengaja meluahkan rasa cinta aku pada Gabriel agar dia tidak lagi bertanya kepada aku. Dan membawa hasil, Gabriel tidak lagi bertanya. Dia suka dengan luahan rasa cinta aku. Wajahnya tersenyum memandang aku.

“Maafkan Abang. Sebab sakitkan sayang”

“Tak apa Abang. Saya tahu Abang tak sengaja”

 

 

Aku mengajak Gabriel ke hospital apabila lukanya masih tidak henti berdarah. Ketika mendapatkan rawatan di bilik kecemasan aku hanya menunggu di luar sahaja. Doctor lain yang merawat Gabriel.

Sebaik sudah, kain penghadang di buka. Aku melihat tangan Gabriel di pasang drip. Aku duduk di sebelahnya.

Gabriel tersenyum memandang diriku. “Sayang pergi mana tadi?”

Aku pegang tangan Gabriel. Dia terus mengengam erat. “Tak pergi mana. Ada dekat luar tunggu Abang siap rawatan”

Tangan aku di bawa ke bibirnya dan di cium dengan lembut. “Esok kita pergi rujuk ye sayang”

Aku senyum dan mengangguk kepala. “Kenapa Abang nak cepat sangat rujuk”

“Sebab Abang sayang sangat dekat Aina. Abang tak sayang pergi tinggalkan Abang lagi. Hanya sayang milik Abang sampai bila-bila”

Aku berikan senyuman pada Gabriel. Aku tidak tahu, senyuman palsu atau ikhlas dari aku. Aku teringat kesakitan yang dia beri pada ku membuatkan hati aku seperti mati. Susah untuk percayakannya.

“Tapi sayang. Abang tak ingat bila kita cerai. Abang tak pernah lepaskan sayang”

“Kita tak pernah bercerai. Maaf sebab Aina tipu Abang tadi”

“Betul?” Gabriel sedikit teruja pada masa sama merasa sangsi. “Tak apa esok kita pergi pejabat agama. Abang nak pastikan betul-betul, sayang milik Abang”

“Abang tak percayakan Aina”

“Abang percaya tapi Abang nak pastikan sendiri dengan mata Abang” Gabriel sendiri merasa sangsi dengan dirinya kerana ada beberapa perkara seperti dia tidak dapat ingat dengan jelas.

Setelah mendiamkan diri seketika Gabriel kembali mula berayat manis pada ku. Tanganku di usap lembut. “Sayang kita dah bersama 8 tahun. Kita pertama kali berjumpa masa umur sayang 18. Umur sayang 20 kita berkahwin. Sayang korbankan waktu muda sayang untuk Abang. Abang akan pastikan, sayang orang paling bahagia dekat dunia adalah sayang”

Jantung aku berdegup laju. Jika Gabriel tidak pernah menyeksa aku, pasti dengan mudah aku jatuh cinta dengan dia kembali. Tapi sekarang walaupun aku masih cintakan dia. Kata-katannya seperti tidak memberi kesan pada diri ku.

Jika aku terus jatuh padanya. Kehidupan aku akan terus musnah. Gabriel sangat membahaya.

“Saya bahagia sekarang”

Apabila mendengar kata ku. Gabriel mengusap pipi ku. Suara lembut dan menenangkan dan pada masa sama amaran dia berikan. “Sayang jangan tinggalkan Abang lagi. Sayang ulang, Abang tak akan maafkan sayang. Abang tak akan tunggu sayang lagi”

Sebolehnya aku ingin membalas kata Gabriel. Saya tak akan menunggu Abang lagi.

Aku bangun dan cium pipi Gabriel. “Sayang tak akan tinggalkan Abang. Abang orang yang paling Aina sayang”

“I love you too”

 

 

I love you all

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience