Gabriel memandang sinis pada susuk tubuh yang terbaring di atas katil kemudian dia pergi tanpa menoleh ke belakang.
Aina yang masih terbaring cuba untuk bangun duduk walaupun seluruh badannya merasa sakit. Lebam sebelum ini belum hilang sudah bertambah baru. Aina menyapu pipinya bagi membuang air mata tapi baru dia sedar. Tiada setitik pun air mata yang keluar.
Aina terkenang akan saat Gabriel melamarnya untuk menjadi isterinya. Saat bahagia bersama ketika itu. Mungkinkah di sebabkan aku buta dengan cinta di rasai manis sahaja saat itu. Apa yang Gabriel mahukan akan di turutkan sahaja. Yang penting Gabriel setiap saat bersamanya.
Adakah di sebabkan aku terlalu sayangkan kau. Kau buat aku macam ni. Aku bertahan kerana kau Gabriel. Sebab aku sayangkan kau sepenuh jiwa aku.
Aina tidak dapat fokus pada tugasnya apabila pagi tadi dengan tidak sengaja terserempak dengan Gabriel. Lima bulan tidak bertemu dan secara tidak sengaja bertemu di perkarangan parking hospital tempatnya bekerja.
Dari dalam kereta Aina sudah melihat Gabriel bersama Nazri sedang mengisap rokok di kawasan parking itu.
“Fuyooo!! Kereta sport hanya ada satu dalam Malaysia milik Doctor Aina. Anak Tan Sri Amiruddin. Dia isteri kau kan? Tapi Kenapa kau layan dia macam bukan isteri kau?” Nazri saja bertanya untuk ketahui apa yang berlaku dalam rumah tangga Gabriel dan Aina.
“Dia? Layan elok? Dia tak layak untuk semua tu” Gabriel memandang Aina yang berada tidak jauh darinya. Diberikan pandangan sinis. “Dia tu bodoh, menjijikan. Aku sepak terajang dia. Aku dah buang dia. Bila aku lambai tangan dia terus datang dekat aku macam anjing. Belum kau tengok atas katil lagi. Macam pelacur”
Aina yang dengar mengigil badannya. Sudah di tahankan hatinya agar tidak terasa dengan segala kata dan perbuatan Gabriel. Dia ingatkan dirinya kuat tetapi tidak. Hatinya terlalu sakit, membengkak kerana perasaan yang di tahan sendiri.
Tangan di bawa ke mata untuk menyapu air mata. Tetapi tiada. Air matanya telah lama kering. Tiada lagi air mata untuk Gabriel.
“kau overconfident dia Sayang kau sampai macam tu sekali”
Gabriel tersentak. “Kau rasa dia akan berubah? Dia tetap sama dan tak pernah berubah”
“Really?” Nazri bercakap dengan nada yang boleh membuatkan Gabriel merasa ragu dengan keyakinan dia.
“Kau terlalu menyebuk nak tahu hal dia. Sekarang buat kerja kau cari penawar racun dalam badan aku”
Nazri meninggalkan Gabriel selepas berbicara sepatah dua kata. Gabriel berjalan ke bilik kerja Aina. Baru beberapa langkah ke pintu bilik Aini dia terlihat Aina di meja jururawat yang terletak berdekatan dengan katil pesakit.
Aina yang melihat Gabriel datang dekati dirinya, dia memaksa diri untuk memberikan senyuman. Tanpa memberi peluang Gabriel berkata Aina terlebih dahulu bersuara. “Saya akan pergi sebelum awak pergi”
Gabriel memandang Aina dari tepi. “Jangan dekat dengan aku lagi”
Aina yang tahu di mana dia pada Gabriel “Alright Encik Gabriel”
Setelah Gabriel pergi. Aina berkata sendiri dalam hatinya. Betul apa yang Nazri cakap. Gabriel buat aku seperti aku mengejar cintanya. Tapi itu dulu. Diri aku yang dulu yang mengabadikan seluruh rasa yang ada pada dia.
Menyesal tidak sama sekali ada. Sebab semuanya adalah fakta, rasa yang sememangnya wujud dalam hatinya. Tiada sesiapa boleh memadamnya walaupun sedikit.
Sebaik masuk ke dalam kereta. Panggilan dari Mama masuk tanpa berlengah Aina jawab. “Ma dah fikirkan?”
“Yes! Mama nak Aina ikut mama”
Mama bercerai. Pada usia tua, hidup berumahtangga lama mereka boleh berpisah. Inikan pula aku yang baru setahun jagung.
“Belum tiba masa Mama. Nanti Aina ikut mama bila semua dah selesai” Bukan tidak mahu ikut. Tetapi akan banyak hak dirinya akan hilang selepas ikut Mama berpindah ke Dubai tinggal bersama Atuk yang sudah menetap di sana.
Dan salah satu sebab kerana Gabriel. Mama bertahan pun kerana dirinya. Mama tidak mahu Aina menangung derita seorang diri. Tetapi Mama tidak mampu untuk bertahan. Aina tahu apa yang Mama rasai apabila di duakan.
Pada mulanya Ayah tidak mahu ceraikan Mama tetapi Mama berkeras apabila Ayah membawa masuk isteri keduanya dan anaknya masuk tinggal bersama.
“Semua dah berakhir Aina” Mama bersuara di hujung panggilan.
“Kalau Aina pergi sekarang. Sia-sia selama ini Aina menunggu”
“Tiada guna Aina. Dia tetap akan sama. Kalau dia nak berubah sudah lama berubah tapi dia lagi menyakitkan hati Aina. Dia boleh nak kawin adik tiri Aina”
“Mama bagi Aina masa”
Salah satu sebab juga aku tidak mahu ikut Mama. Kerana Amira adik tiri ku. Kerana dia, aku kehilangan anak dalam kandungan aku. Ketika kejadian tiada sesiapa tahu. Hanya Amira seorang yang tahu. Itupun secara tidak sengaja.
Amira masuk ke dalam bilik tidur aku dan ternampak ujian kehamilan dan di ucapkan Tahniah.
Pada waktu itu lagi aku sudah merasa tidak sedap hati. Dan sebetulnya terjadi. Pada keesokan harinya Aku keguguran apabila di siasat Amira memasukan sesuatu dalam minuman pagi aku. Sejak itu Amira musuh aku.
Selepas kejadian itu. Gabriel memberitahu dia akan berkahwin dengan Amira. Pandai dia mengambil kesempatan atas Gabriel. Dan sejak itu juga aku tahu. Wajah Amira yang nampak baik rupanya melindungi dirinya yang sebenar. Syaitan bertopengkan manusia.
Bukan itu saja. Malah banyak lagi perkara dia buat untuk menjatuhkan aku hingga aku mengambil keputusan untuk duduk sendiri agar tidak melihat dia.
“Mama bagi. Tapi jangan terlalu lama. Datang hidup dengan Mama. Sementara waktu ni. Mama bagi semua saham Mama pada Aina. Aina gunakan sepanjang Aina ada dekat sini. Apa Aina mahu buat terpulang pada Aina. Mama serahkan semuanya pada Aina”
“Terima kasih Mama”
Share this novel