MASIH GABRIEL YANG BAIK

Drama Series 5506

Sebaik Gabriel tidur, aku keluar dari bilik wad. Aku menghubungi Nazri untuk meminta tolong agar mematikan signal telephone bimbit Gabriel. Aku tidak mahu di ganggu apabila bersama dengan Gabriel esok. Tiada panggilan di terima, tiada orang cuba mencarinya.

“Kau nak buat apa?” Nazri bertanya dengan nada sangsi.

“Date” ringkas jawapan aku berikan sudah boleh membuat Nazri tidak bertanya lagi.

“Untunglah boleh pergi date”

Nada suara Nazri seperti cemburu membuatkan aku ketawa halus “Nanti aku belikan hadiah untuk kau”

“Aku nak yang paling mahal”

“Don’t worry. Paling berharga aku berikan pada kau”

Setelah sudah bercakap dengan Nazri. Aku menghubungi Mama pula. Aku beritahu apa yang ingin aku lakukan tidak lama lagi.

“Aina yakin dengan keputusan Aina?” Aku tahu Mama seperti tidak percayakan aku kerana aku sentiasa berbolak hati apabila berkaitan dengan Gabriel.

Aku cuba menyakinkan Mama “Yes Mama. Aina nak hancurkan Gabriel. Aina rasa jijik dengan setiap kata dia beri. Bukan dia seorang tapi semuanya”

“Kalau itu keputusan Aina. Mama turutkan. Aina kena ingat. Mama sentiasa ada dengan Aina. Mama sayang Aina”

“Thanks Mama”

Hanya mama yang ada ketika aku dalam kesusahan. Mama yang sentiasa menjadi perlindung aku.

Aku kembali semula ke bilik Wad Gabriel. Kasut yang aku pakai, aku tanggalkan dan aku naik ke atas katil untuk berbaring di sebelah Gabriel. Kepala aku di angkat tiba-tiba dan di alas dengan lengan Gabriel membuatkan aku terkejut.

“Abang tak tidur lagi”

“Baru bangun. Sayang buat apa pergi luar”

Gabriel bercakap seperti biasa tetapi tetap aku merasa takut. Takut Gabriel yang lagi satu muncul. “Aina call mama. Rindu dekat mama”

“Mama sayang dekat Dubai kan”

“Ye. Baru pindah sana”

Aku jadi tertanya apabila ada setengah memori dari personality lain dia boleh ingat. Adakah pertunangan dia dan Amira turut ada dalam ingatannya.

Aku buat bertanya untuk ketahui. “Abang kenal Amira”

“Abang tahu dia dari sayang sebelum ni. Nazri pun ada cakap yang bekas suami dia dulu orang tua. Sekarang dia dah bertunang dengan orang lain. Kecian betul orang tu dapat Amira”

Aku mahu tergelak tapi aku tahan. Orang itu adalah dia sendiri. Tapi Gabriel langsung tidak ingat.

Jadi aku tahu bahawa bukan aku sahaja yang dia tidak ingat. Tetapi Setiap orang yang mempunyai hubungan dengannya.

“Betul. Kecian orang tu” aku membalas Gabriel.

Melihat aku membalas acuh tidak acuh, Gabriel ingatkan aku sudah letih dan mengantuk. Badan aku di peluk lebih rapat dengannya. “Jom kita tidur”

“Good night”

Dahi aku di kucup lembut “Good night sayang”

Sepanjang malam aku tidak boleh tidur kerana memikirkan esok atau lebih senang di katakan jika tiba-tiba Gabriel bertukar watak.

Pukul 5 pagi aku cuba untuk bangun dari pembaringan. Tiba-tiba aku di peluk lebih erat. “Awal lagi sayang” Gabriel bercakap dengan suara serak. Jantung aku telah berdegup laju. Tetapi dengan pantas kembali seperti biasa apabila dengar Gabriel membahasakan diri ku dengan panggilan sayang.

“Dah tak boleh tidur. Abang sambunglah tidur”

Kaki aku turunkan ke bawah dan memakai semula kasut aku.

“Sayang fikir apa sampai tak boleh tidur”

“Nothing. I nak balik rumah sekejap”

Gabriel terus bangun dari pembaringan. Dia takut jika aku pergi meninggalkan dia, seperti selalu yang di fikirkan.

“Pergi dengan Abang”

Aku mengangguk kepala tanda setuju.

 

 

Aku bawa kereta dan datang ke rumah aku sendiri bukan rumah semalam, Rumah bersama aku dan Gabriel.

“Bila sayang pindah sini”

“Dah lama. Abang tunggu sekejap ye”

Ketika aku ingin turun kereta, tangan aku di pegang oleh Gabriel. “Abang ikut sayang ya”

“Please Abang. Abang tunggu sini je. Aina tukar baju nanti Aina turun balik”

Gabriel mengangguk kepala. Aku di tarik lebih rapat dan pipi ku di cium. “Pergilah Abang tunggu”

Aku berikan senyuman sebelum melangkah pergi. Aku melihat cincin di jari ku. Gabriel yang dia kenal sememangnya seorang yang romantik tetapi lepas 3 tahun berkahwin semuanya berubah.

Aku bersiap dengan pantas kerana aku takut tapi pada masa yang sama aku ingin meluangkan masa dengan Gabriel untuk saat akhir.

Aku tidak ambil masa yang lama. Hanya 15 minit. Aku masuk semula ke dalam kereta dan memandang Gabriel. Wajah Gabriel tiada langsung senyuman. Wajah dingin seperti Gabriel yang aku benci.

“Kenapa sayang tengok Abang macam tu. Sayang kecewa dengan Abang ke? Abang ada buat sesuatu sayang tak suka?”

“Abang?” Aku teragak untuk memanggil dirinya.

“Yes. Kenapa? Dah jom pergi. Abang tak sabar nak date dengan sayang”

Aku senyum memandang Gabriel. Hati ku kembali lega. Tali pinggang aku pakai dan mula gerakan kereta. Tempat pertama adalah pejabat agama seperti yang Gabriel mahukan.

esok2 kita bagi yang sadis pula..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience