Gabriel masuk ke kelab malam, misi menjalankan intipan terhadap pengunaan barang terlarang. Ketika duduk di salah satu kerusi bar, Gabriel terdengar perbualan tentang Kasih Aina Foundation.
Tiga tahun yang lalu, sesorang gadis bernama Nurul AIna telah mendermakan semua hartanya untuk kebajikan. Semakin lama, harta yang di dermakan semakin meningkat tinggi. Banyak golonggan yang susah mendapat bantuan. Kanak-kanak dari golongan miskin yang sakit kronik dapat jalani pembedahan tanpa sebarang bayaran.
Pemegang Amanah Kasih Aina Foundation juga menjadi buah mulut mereka yang berbual kerana melaksanakan Amanah yang Aina tinggalkan dengan jujur. Dan kembangkan lagi harta kekayaan Aina agar dapat membantu lebih ramai orang. Siapa orangnya? Nazri.
“Siapa dia? Kenapa baik hati sangat?” Gabriel buat bertanya walaupun tahu siapa Aina yang menderma semua hartanya. Perasaan bertambah sakit dan kecewa apabila tiada satu pun yang Aina amanahkan kepadanya untuk menjadi wakil pemegang amanah dalam Kasih Aina Foundation. Malah Aina terus pergi jauh seperti dia mahukan hingga kubur menjadi penanda terakhir AIna dia tidak ketahui. Jelas Aina sangat kecewa dengannya hingga setiap hari, setiap saat di lalui penuh dengan hanya kekesalan.
Tiada satu tanda pun Aina tinggalkan untuknya.
Apa yang Aina mahukan agar Ayahnya jatuh dan tidak sesiapa mengenali dirinya tercapai. Hingga sekarang tiada sesiapa tahu di mana Amiruddin dan juga Amira termasuk Gabriel. Sejak peristiwa tembakan itu Gabriel telah memutuskan pertunangan dengan Amira dan tidak berjumpa dengan mereka lagi.
“DIa dah mati. Bunuh diri. Kesian, dia baik tapi ayah sendiri buang dia. Layan macam anak tiri. Adik rampas suami dia. Suami curang. Kaya hidup senang tapi tak bahagia”
“Siapa jadi suami dia tu memang bodoh, Ada permata di pilih kaca retak. Kalau aku jadi dia pun aku dermakan semua harta aku”
Air coke yang melalui tekak Gabriel menjadi kelat. Lelaki bodoh yang mereka maksudkan adalah dia. Sememangnya dia sangat bodoh. Tiga tahun hidupnya penuh dengan penyesalan dengan apa yang pernah dia lakukan pada Aina sebelum ini. tiga tahun dia dera mental dan fizikal Aina. tiga tahun dia lukakan hati dan perasaan Aina.
Gabriel bangun dari duduknya apabila anak buahnya sudah sampai untuk buat serbuan. Semua orang sudah duduk mencangkung di lantai. Wajah Gabriel nampak tenang tapi jiwa yang sentiasa bergelora tiada sesiapa tahu.
“Did I break the law?”
Seorang gadis bersuara membuatkan Gabriel berpaling melihatnya. Perlahan-lahan Gabriel dekati gadis itu. mata bertentangan mata. “What is your name?”
Jari di tunding ke diri sendiri “ME? Nurul Aina”
Gabriel tersenyum dan memalingkan badannya. Arahan diberi. “Tahan semua. Termasuk dia” Gabriel memandang Nurul Aina.
“You detained me for no reason. I have to call my lawyer” Nurul Aina bersuara. Dia pelik apabila dia seorang diri duduk di dalam bilik siasatan.
Pegawai Polis yang berada di dalam bilik siasatan bersuara. “Sorry Miss. Mr Gabriel will come to interrogate you personally. After confirm that there is no problem. We will let you go”
“Where is he?”
Nurul Aina memandang cermin besar di hadapannya. Dia menduga lelaki itu sedang memandang dirinya di balik cermin itu. Aina semakin tidak selesa kerana menunggu terlalu lama. Aina berikan kunci keretanya pada pegawai polis yang duduk dihadapanya.
“Can you help me drive the sport car over. I worried my car could be stolen”
Selepas itu pintu bilik siasatan di buka dari luar. Gabriel mengambil kunci kereta dari tangan Aina dan di beri kepada pegawainya. “Pergi”
Setelah pegawainya pergi, Gabriel pula yang duduk di hadapan Aina. Dengan tenang Gabriel bertanya “You should briefly talk about your situation first”
“What Situation?”
Gabriel buka jaket yang di pakai dan di tutup kaki Aina apabila melihat gadis itu duduk dalam keadaan tidak selesa kerana memakai skirt pendek.
“Who are you? Where are tou from? Where you go to the club? And show me you ID”
Aina mula mencari di dalam beg tangannya. Kerana terlalu banyak barang Aina mengambil keputusan untuk tuang semua isi dalam beg tangannya di atas meja. Setelah apa yang di cari di jumpai, Aina berikan kepada Gabriel.
“My name Nurul Aina Binti Amiruddin. I come here with my grandpa for a business trip. I would returned to the Dubai after a while”
“Is the passport also from Dubai?” Gabriel bertanya.
“Even if I broke the law, you should contact the Arab Emirates Embassy. But I didn’t. I just went to the bar for a dance. Not to mention that I am an adult and allowed to go club. You have no reason to detain me”
Gabriel hanya diamkan diri, melihat passport dan kad pengenalan Aina. Namanya sama, Wajahnya sama, hari lahirnya sama ketinggian sama, hanya kerakyatan sahaja yang lain.
“Sir, you should let me go”
Gabriel tiba-tiba bersuara. “My name is Gabriel”
Aina menjungkitkan keningnya sebelah. “Why?”
“My name Gabriel. You can call my name”
“Okay Mr. Gabriel”
“Where is you Home? I will send you back”
“I don’t have a home in here. My grandpa is busy. I’m going to stay at hotel until my granpa finishes his work”
Gabriel berbual mesra dengan Aina sambil menghantar Aina keluar. Gabriel menawarkan diri untuk menghantar Aina tetapi di bawa Aina balik ke rumahnya.
Rumah Gabriel dan Aina pernah tinggal bersama.
"I don't like it" Aina bersuara sebaik masuk ke dalam rumah Gabriel.
Gabriel yang memandang Aina. "Why?"
"I don't know. Maybe to small"
Gabriel bertanya lagi. "Sayang. you like big house?"
Sayang. Aina merasa pelik apabila Gabriel memanggil dirinya dengan panggilan lain. Aina sendiri tidak tahu sejak bila panggilan namanya bertukar.
"It's okay. Where I can sleep? I want room with lock. I want to protect myself from you"
Gabriel ketawa kecil dan mengusap kepala Aina yang duduk di sofa miliknya. "You are very child-like now"
Aina memandang Gabriel penuh tanda tanya. "You know me before? I have loss my memory. I don't remember it"
Dengar apa yang Aina katakan Gabriel dengan pantas jawab "I don't know. forget everything in the past"
"Everything?"
"Ya. everything. we would start it all over" perlahan suara Gabriel seperti hanya dirinya sahaja yang dengar apa yang di katakan.
"Can you speak louder? I don't hear"
Gabriel melutut di hadapan Aina. Tangan Aina di pegang lembut. "Abang hidup macam mayat tanpa Sayang. Sekarang Abang rasa kehidupan Abang sudah kembali. maafkan Abang Aina. I like you so much"
Aina pelik melihat Gabriel. bahasa yang Gabriel guna juga dia tidak berapa faham. "Are you confessing me?"
"Yes"
"We only know today. I don't like you"
Gabriel tersenyum memandang Aina yang sedang terpinga-pinga. "There will be an ample time"
Masih ada masa untuk buat Aina jatuh cinta lagi padanya. "I'm sorry Sayang. I'm was wrong"
Aina merasa pelik dengan setiap bait kata Gabriel. "You shouldn't have bring me to police station"
"I'm sorry"
Gabriel memohon maaf pada Aina.
Dia juga adalah Aina yang sangat di cintai dahulu.
Gabriel sangat bersyukur kerana di pertemukan Aina sekali lagi.
Walaupun Aina tidak mengenali dirinya. Tidak akan sesekali Gabriel melepaskan dia pergi.
Tidak kisah jika Aina tidak sukakannya sekarang ini. Masih mempunyai masa untuk buat Aina menyukai dirinya kembali. walaupun berganda usaha di perlukan untuk jadi lelaki yang di cintai.
*TAMAT*
memang suka buat cerita tergantung.. hehehe
Share this novel