NYAWA HAMPIR TERPISAH DARI BADAN

Drama Series 5506

Tendangan yang Gabriel berikan pada aku membawa kesan yang terlalu menyakitkan hingga aku terpaksa terbaring lama di atas katil. Aku yang masih lagi sakit akhirnya bangun apabila Mama menelefon aku kerana dia tidak ketemui aku di Majlis Gala yang sedang berlangsung.

Aiman setia di sisi aku. Dia yang menampung badan aku agar gagah seperti tiada apa-apa berlaku pada aku. Tetapi Mama memarahi aku dan Aiman kerana ramai mata melihat aku. Tidak elok untuk aku bersama dengan lelaki yang tiada hubungan dengan aku.

Aku dengar sahaja bebelan Mama kerana antara aku dan Aiman tiada apa-apa hubungan istimewa. Dia hanya hadir untuk menemani aku. Beberapa kali aku meminta maaf pada Aiman kerana dia turut terkena tempias bebelan Mama.

 

 

Mama balik dahulu kerana aku perlu mengambil kereta aku yang aku tinggalkan di rumah Aiman sebelum ke Majlis makan Gala.

Sebaik aku sampai, aku dengar suara pergaduhan mulut antara Mama dan Ayah. Dari pintu utama aku melihat kedua orang tua aku sedang berdiri bertentangan mata dan berbalah. Amira duduk di antara mereka dan merenung Mama aku dengan pandangan sinis.

Sebab itu Mama tidak sukakan Amira lagi awal. Mama aku sudah tahu rupanya Amira setitik kotoran yang membuatkan sebalang susu rosak.

Ayah melihat aku akhirnya merasa lega. Dia merasakan aku adalah penyelamatnya. “Aina. Mama marahkan Ayah lagi. Boleh Aina pujuk Mama. Bawa Mama rehat dekat atas”

“Ayah tahu kenapa Mama marah Ayah” aku memandang Amira seketika dan memandang Ayah semula. Aku jawab soalan aku sendiri pada Ayah dengan sopan sekali. “Ayah nak kedua isteri Ayah berbaik. Tapi Ayah sebenarnya tidak mampu. Saya kecian tengok Ayah yang mempunyai isteri pemarah like Mama”

Ayah aku berdiri dengan wajah bengis. Aku tahu dia marah dengan kata-kata yang aku berikan. “Anak kurang ajar!!”

Tangan Ayah sudah naik untuk menampar aku. Mama yang melihat telah menolak badan Ayah yang cuba mencederakan aku. Dan Mama yang kena tamparan dari Ayah.

Suasana menjadi sunyi tiba-tiba.

Aku dengan pantas menyokong badan Mama. Tangan Mama memegang pipinya yang merah akibat tamparan Ayah. “Berani Abang tampar saya. Saya akan buat Abang hancur lenyap sampai tak ada sorang pun yang akan kenal Abang”

Ayah memandang Mama tanpa rasa bersalah. Dia membawa isteri kedua dan Amira nak ke atas. Mama sedikit pun tidak di pujuk.

Pada malam ini. Mama menangis di atas bahu aku. Sepuasnya. Aku tahu perasaan sayang Mama pada Ayah. Sebab itu dia masih lagi tinggal di dalam rumah ini. Dia tidak mahu perkahwinan yang di bina hancur. “Mama tekad Aina. Mama akan pergi esok. Aina dekat sini jaga diri ye”

Aku hanya mengangguk kepala. Badan Mama aku peluk lagi sekali untuk menenangkan perasaannya.

Keesokannya Mama membawa aku bertemu dengan peguamnya untuk menandatangan pertukaran harta. Kesemua harta Mama yang ada di sini telah di berikan kepada aku.

Pada malam harinya. Mama bertolak ke Dubai. Sebelum berangkat Mama berkata pada ku. “Kalau Aina mahu musnahkan. Musnahkan semuanya termasuk Ayah Aina. Jika tidak Aina bukan anak Mama”

“Ye Mama” aku tiada niat memusnahkan Ayah aku sendiri. Aku berkata begitu untuk menyenangkan hati Mama sahaja.

Selepas menghantar Mama, aku dapat sebuah pesanan dari kawan ku. Aku mengubah arah perjalanan ku tanpa perlu berfikir.

Sebaik sampai aku di sambut oleh seorang lelaki dan lelaki itu tidak asing bagi aku. Baru aku melabuhkan punggung pintu utama di ketuk dari luar. Pekerja dari pejabat ugama datang dan semestinya aku juga terbabit dalam penahanan itu.

Cepat sungguh mereka melakukan kerja.

Gabriel yang memakai pakaian polis datang bertemu aku. Wajahnya seperti biasa tapi aku tahu dia sedang menahan amarah. Mesti kau ingat lagi kejadian ini. Aku buat tidak kenal dengan kau Gabriel atas kemahuan kau sendiri.

Tapi kau tetap memaksa aku. Kau perkosa isteri kau sendiri. Apa aku rasai ketika itu. Aku rasakan nyawaku hampir terpisah dari badan.

Gabriel. Kalau kau lupa apa yang kau buat. Aku ceritakan satu persatu. Aku harap kau ketawa gembira melihat keseksaan aku.

Gabriel menyentuh helaian buku yang sedikit kedut dan mempunyai kesan kering dari titisan air mata. “Aku ingat Aina! Maafkan aku Aina!” deras air mata Gabriel mengalir apabila menyelak helaian buku di tangannya itu.

Tangannya mengigil apabila membaca tulisan Aina. Betapa kejamnya dia dahulu. Kenapa aku tidak sedar lebih awal. Aku bodoh Aina. Aku zalim. Aku memang tidak patut dapat kemaafan dari kau Aina.

Diari di tangannya di tutup. Dia tidak mampu untuk baca lagi. Tangisan Gabriel semakin deras. Sesalan yang tidak mampu di perbetulkan lagi.

 

 

habis ke belum ni ea? perlu di teruskan atau stop.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience