Setelah Amira keluar, Aiman turut meminta diri untuk balik. Aku menghantar Aiman hingga ke keretanya. Ketika itu aku melihat Gabriel dan Amira masih ada.
“Aku hantar kau saja. Aku ada kerja lain nak buat” itu yang aku dengar dari mulut Gabriel pada Amira.
Senyuman dari bibir Amira serta merta hilang. “You kan dah janji”
“Aku dapat panggilan. You know my job. Tak tentu masa”
Aku nampak wajah kecewa Amira. “Ye. Your job more important”
Aiman yang turut melihat apa yang berlaku di hadapan kami hanya diamkan diri. Di memegang pipi aku dengan lembut agar aku tidak lagi melihat ke arah mereka berdua. “You jangan buat kerja berat. Balik dari outstation I terus datang jumpa you. You cakap je you nak apa. Nanti I belikan”
Kata-kata Aiman buat aku tersenyum. Aiman sengaja mahu menyakitkan hati Gabriel dan juga Amira. Dua mereka memandang ke arah kami. Apa yang Gabriel rasakan aku tidak tahu. Tapi Amira pasti cemburu dengan layanan Aiman padaku.
“Okay” Aku memeluk Aiman sebelum dia masuk ke dalam kereta.
Mungkin betul kata Aiman. Walaupun Gabriel tidak sukakan aku. Pasti dirinya juga terkesan kerana aku pernah bersamanya. Wanita yang pernah bersamanya sekarang ini bersama dengan lelaki lain. Yang melayan lebih baik darinya.
Setelah Aiman pergi, Gabriel dan Amira juga pergi.
Aku yang berseorangan di laman rumah ketawa sendirian apabila teringatkan reaksi Gabriel dan Amira. Aku masuk semula ke dalam rumah dan mengambil barang aku sebelum pulang ke rumah aku. Aku balik ke rumah orang tua ku, hanya untuk menyakitkan hati Amira. Dan aku berjaya.
Sebaik aku tiba di rumah. Aku dapat panggilan dari Gabriel untuk turun bertemu dengannya. Ikutkan hati aku tidak mahu tapi Gabriel mengugut ku membuatkan aku terpaksa turun.
Setiba di bawah aku melihat Gabriel sedang bersandar di pintu kereta sambil memeluk tubuh. Aku berdiri di hadapan dia dan bertanya. “Nak apa?”
“Masuk dalam kereta. Ada tempat aku nak bawa kau” Gabriel memberi arahan seperti aku akan mengikut semua katanya.
Aku mengeling kepala. “I’m busy right now”
Gabriel merenung tajam kearah ku dan berkata kasar. “Busy. Busy nak keluar dengan jantan tadi. Aina, kalau kau nak buat hati aku sakit. Jangan cari budak mentah macam tadi. Tak sesuai”
Aiman lebih muda dari aku, tapi apa masalahnya. Kening aku terangkat sebelah melihat Gabriel. “What the problem. Biarlah dia muda. He my boyfriend not you. Lagipun Encik Gabriel, hubungan kita dah putus. Jadi tak ada kaitan dengan you dengan siapa I nak keluar”
“You say with Amira. You ada kerja. Why you come here. Better you layan tunang you yang terpaksa dinner sorang-sorang. Lebih bagus you dengan dia cepat-cepat kawin”
“Aku bagi nasihat dengar!!” Gabriel memarahi aku. “Kalau jadi pape dekat kau. Kau menyusahkan aku”
“Encik Gabriel. I tak pernah minta tolong you, susahkan you. You sendiri yang datang dekat I macam anjing” Aku membalas balik kata yang dia pernah berikan kepada aku.
Gabriel tarik sahaja aku masuk ke dalam keretanya. Pintu kereta di hempas kuat. Menandakan dia sedang marah. Kau tak boleh terima hakikat yang anjing sebenarnya kau. Bukan aku.
Share this novel