PERGI TAK AKAN KEMBALI

Drama Series 5506

Aku bangun dan memperbetulkan baju aku. Aku keluarkan sijil perkahwinan aku dan aku baling di hadapan muka Gabriel dan Amira.

Gabriel mengambil sijil yang jatuh ke bawah.

Dia terkejut melihat namanya tertera di sijil kawin itu. “Aina bila aku dengan kau?”

Pada masa sama ayah menjerit pada aku. “Aina!! Stop it!! Ariel kau dah bercerai dengan Aina?”

Gabriel menoleh kepalanya melihat Ayah. “Pak Cik cakap apa?”

“Bila masa Ariel ceraikan Aina, Ayah? Mana sijil cerai menyatakan Aina dengan Ariel dah bercerai?” aku melihat ayah sudah keliru.

Aku jelaskan pada Gabriel “Gabriel. Ariel tu nama panggilan kau. Nama yang aku panggil kau sejak aku kecil. Ariel yang sayangkan aku, cintakan aku. ambik berat akan aku. satu perkara lagi aku nak bagitahu kau. Aku boleh tunggu kau selama tiga tahun. Sebab aku sayangkan kau. Aku sayangkan lelaki yang telah berkahwin dengan aku selama 6 tahun. Dia yang sarungkan cincin ni pada jari aku”

Aku pegang tangan Gabriel. “It’s okay kalau kau tak ingat hubungan antara kau dengan aku. Tapi kau boleh cek semuanya. Kau boleh tanya Mak Ayah kau. Diaorang semua tahu. Tahu hubungan kau dengan aku sebelum ini. Diaorang semua tahu kau sayangkan aku sampai kau sanggup gadaikan nyawa kau. Semua orang tahu tapi diaorang buat tak tahu, semua orang tindas aku. semua ambil kehidupan aku, ambil kebahagian aku. Kau ambik nyawa aku. Kau bunuh nyawa kedua anak aku. dia tak tahu apa-apa!!”

Gabriel melihat kedua orang tuanya. “Ayah, betul ke?”

Dia tidak ingat satu pun. Sedikit pun tidak berasa bersalah atau memohon maaf pada aku. aku merenung sijil nikah yang ada di tangan Gabriel. Aku lap air mata aku yang mengalir.

“Bukan aku yang paksa kau kawin dengan aku. 6 tahun. Kau cakap dekat aku. kau akan jaga aku. kau akan bahagiakan aku. tapi semuanya tipu!!”

Gabriel masih berdiri kaku.

Aku menyuruh orang aku berikan aku kertas dan pen. Aku duduk bersila di lantai dan mula menulis,

Gabriel bertanya “Kau tulis apa Aina?”

Aku tidak jawab.

Aku tulis surat bunuh diri.

Aku tak nak hidup lagi. Aku nak mati tinggalkan dunia penuh dengan keji.

Aku tulis semua yang aku mahukan dan baling di muka Gabriel. Semua harta termasuk saham aku. Aku dermakan. Tiada satu pun tinggal untuk mereka semua di hadapan aku.

Gabriel yang melihat apa yang aku tulis terkejut. “Aina jangan nak buat benda bodoh. Aku tak ingat langsung aku pernah kawin dengan kau”

Senang dia berkata.

Aku angkat pistol, di acukan ke dada aku dengan pantas picu di tekan.

“AIna!! jangan!!!!!!!” Gabriel menjerit

BANG!!!

Aku jatuh ke tanah dan orang Aiman sempat menahan badan aku. Tetapi Gabriel menolak mereka pergi.

Aku sentuh tangan Gabriel dan tersenyum. “Abang yang ikat AIna dari awal. Abang yang luahkan cinta abang pada Aina. Abang juga yang mula bencikan Aina. Apa abang nak Aina buat lagi? Sekarang giliran Aina untuk bagitahu abang. Aina pernah sayangkan abang dan tak pernah bencikan abang.

Aina harap satu hari abang akan ingat, Siapa Aina pada diri abang. Aina harap Abang akan menyesal dan rasa sakit sama seperti Aina rasa. Dada Aina sakit sangat”

Sakit kerana bertahan mencintai Gabriel.

Aku Nurul Aina. tak akan jatuh cinta lagi.

Tak akan lagi….

BANG!!

Aku menembak kepala aku sendiri.

“Aina Bangun!! Jangan tidur, aku tak akan bagi kau tidur” Gabriel sempat menepis tangan Aina yang cuba menembak kepala sendiri tetapi tetap mengenai tepi kepala Aina. Pipi Aina berkali-kali di tepuk agar kembali segar.

Aku cuba buka mata aku dan tersenyum memandang Gabriel. “Jawapan kau mahukan ada di sebelah rumah kau”

“Aina jangan tidur!! Aku nak kau bagitahu aku sendiri”

Kali pertama mereka bertemu pada usia Aina, 5 tahun dan Gabriel 10 tahun. Walaupun masih kanak-kanak mereka telah jatuh cinta satu sama lain. Kemudian mereka berpisah kerana Aina mengikut orang tuanya berpindah.

Gabriel berjanji akan mencari Aina suatu hari nanti. Mereka bertemu kembali selepas 13 tahun berpisah. Pada pertemuan itu, cinta mereka berputik kembali hingga membawa ke alam perkahwinan.

Kasih sayang antara mereka berdua sangat kuat dan kukuh hinggalah Gabriel mula sakit. Dia mempunya dua personaliti. Semua perkara dia ingat kecuali Aina. isterinya sendiri.

Selepas kematian Cairai, Gabriel semakin teruk. Aina di kurung, di dera fizikal dan mental. Tetapi Aina tetap bertahan dengan Gabriel.

Sekarang Gabriel melihat Aina terbaring tidak sedarkan diri. Hatinya dengan sendiri menjadi sakit. Jantungnya bergerak laju membuatkan hatinya tidak tenteram. Gabriel menangis tetapi tidak tahu kenapa dia menangis.

“Gabriel. Kenapa you nangis” Amira bertanya. Kerana Amira tahu Gabriel sangat membenci Aina.

Gabriel mengesat air matanya dan memeluk Aina untuk di angkat. “Call Hospital” Gabriel menjerit.

Ketika Gabriel baru berdiri, badannya terkaku sendiri. Semua memori datang bersatu dalam fikirannya. Sebelum dia jatuh melutut kebumi Gabriel sempat memeluk tubuh Aina dengan erat.

“Sayang. Abang minta maaf” Gabriel menangis teresak.

Selepas kehilangan Aina, dua personaliti Gabriel menjadi satu. Akhirnya dia mengingati semuanya. Saat manis bersama Aina. Saat dia menyeksa Aina. Semuanya kembali membuatkan Gabriel tidak mampu bernafas.

Gabriel bangun kembali dan dengan pantas bawa Aina ke hospital.

Melihat tubuh Aina di bawa masuk ke dalam bilik pembedahan, Gabriel menjadi takut. Takut kehilangan Aina. Dia juga tidak mampu bertenang. Tidak mampu duduk, berjalan. Semua yang dia lakukan kan akan menyebabkan dia ketakutan.

Gabriel berjanji, selepas Aina bangun dia akan melutut dan meminta maaf pada Aina. Melutut hingga Aina memaafkannya.

Nazri yang melihat Gabriel dalam kegelisahan datang untuk tenangkan. “Aina kuat, Insyallah dia dalam keadaan baik”

Gabriel hanya diamkan dia. Dia teringatkan peluru tepat mengenai dada dan kepala Aina. Mata Aina yang memandangnya juga tiada lagi sinar. Seperti Aina tekad mahu meninggalkannya.

Gabriel benci pada diri sendiri. Tiga tahun Aina di seksa. Tetapi sepanjang tiga tahun itu tidak pernah sekali pun Aina cuba meninggalkannya. Gabriel sendiri yang menyuruh Aina pergi hingga satu hari Aina membalas OK. Dan Aina tidak muncul di hadapannya lagi,

Hingga dia sendiri datang untuk melihat Aina. Ketika itu dia melihat Aina sungguh tenang melihatnya. Gabriel tidak faham, bagaimana perempuan yang tergilakannya tiba-tiba berubah membencinya.

Hatinya menjadi sakit.

Tapi tidak sekali pun Gabriel mengaku dia sayangkan AIna hingga Aina tekad untuk membunuh diri.

Lampu bilik pembedahan sepanjang malam menyala hingga keesokan harinya. Seorang doktor keluar mencari ahli keluarga Aina.

“Maaf, Kami tak dapat selamatkan Aina”

Gabriel tekejut. “Doktor cakap apa?” Sepanjang malam dia menanti Aina. Dia mahu memohon maaf pada Aina tapi semuanya sekarang mustahil dia dapat memohon ke maafkan dari Aina.

Mustahil AIna akan maafkannya,

Gabriel mahu masuk ke dalam melihat tubuh Aina yang terkaku pucat dan sejuk. “Abang minta maaf sayang” Air mata Gabriel tidak henti mengalir. Di peluk tubuh AIna yang sudah kaku itu,

“Ariel”

Gabriel memandang ke arah suara yang memanggil. Seorang lelaki lingkungan 70 an, bersama beberapa orang di belakangnya.
“I will take my granddaughter ”

Gabriel tidak kenal dengan lelaki itu, tetapi Gabriel menduga, lelaki tua itu adalah Atuk Aina yang tidak pernah dia jumpa.

Badan Gabriel di tarik ke belakang oleh orang suruhan lelaki tua itu, Katil Aina di tolak pergi. Gabriel cuba melepaskan diri untuk mengejar Aina tetapi tidak berjaya.

Hati Gabriel pedih, Sakit melihat AIna di bawa pergi. Tetapi dia tidak mempu untuk mengejar. Itulah yang terakhir sekali Gabriel melihat Aina dan tiada lagi khabar berita mengenai Aina.

Hingga kubur Aina di mana juga Gabriel tidak ketahui di mana.

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience