GOOD ACTING

Drama Series 5506

Gabriel mahukan jawapan dari aku. Tetapi aku tidak berikan kerana tiada sesiapa yang tahu akan apa yang Gabriel alami. Hanya aku seorang.

Jika aku berikan jawapan sebenar pasti Gabriel akan anggap aku menipu dia. Aku mengambil keputusan untuk simpan rahsia Gabriel sorang diri.

Aku mengoyakan senyuman paksa dan berkata “Encik Gabriel yang buat semua itu. Kenapa perlu tanya saya”

Merah wajah Gabriel dengar jawapan dari aku. Gabriel pergi dalam keadaan tidak berpuas hati. Jawapan yang dia mahukan tetapi kata sinis dari aku dia dapat.

 

Sebaik keluar dari hospital aku ke syarikat milik Mama dan Ayah. Sekarang milik aku dan Ayah. Ada perjumpaan dengan pengarah syarikat untuk memperkenalkan aku kepada mereka semua. Setibanya aku, aku terus ke bilik Ayah.

Aku anaknya pasti aku akan mencari orang tua terlebih dahulu. Tapi aku di layan buruk oleh Ayah. Jelas Ayah tidak suka dengan kehadiran aku atau kerana aku memiliki harta sama banyak dengannya. Dia terasa tergugat.

Ayah ingat, aku sengaja ingin menjatuhkan dirinya. Tapi aku tiada niat sedikit pun. Aku sayangkan Ayah aku. Mustahil aku ingin melihat Ayah aku sendiri jatuh. Aku kecewa dengan Ayah aku sendiri. Mungkin dia tidak lagi mahu aku sebagai anaknya. Mungkin anak Ayah hanyalah Amira.

Kalau itu Ayah mahukan, aku turutkan. Aina akan buat seperti Ayah selalu fikirkan untuk jatuhkan Ayah. Kerana Aina tidak melakukan apa-apa Ayah sudah menuduh. Lebih bagus jika Aina lakukan sebagaimana Ayah sedang fikirkan.

Selepas mesyuarat perjumpaan itu, aku terus melangkah pergi kerana aku tahu Ayah tidak suka dengan kehadiran aku.

“Nanti dulu Aina!”

Ayah menahan aku dari pergi membuatkan aku terkejut. Aku memalingkan badan aku mengadap Ayah semula.

“Aina penganti mama. Aina perlu selesaikan masalah yang ada sekarang ini”

Aku yang tidak mempunyai apa-apa perasaan membalas kembali kata Ayah, membuatkan dia naik angin. “Aina baru masuk hari ni. Kena selesaikan masalah besar macam ni. Dengan I tak tahu apa-apa. Ayah nak Aina musnahkan syarikat ni macam Ayah fikirkan. Kalau ye. Lagi mudah kerja Aina”

“Aina!!” Ayah cuba menahan amarah di hadapan orang ramai.

“Don’t worry. I already ask help from Nazri. Look I belum masuk kerja I dah settlekan masalah yang ada” Sempat aku menjeling pada Amira. Nazri yang bekerja sebagai doctor dan pemilik syarikat pelaburan juga telah berjumpa aku di hospital.

Nazri tahu masalah syarikat Ayah dan Mama. Dia juga tahu aku adalah pemilik baru. Sebab itu dia dengan rela hati mahu menolong. Nazri tak nak aku bersedih lagi. Dia menyuruh merawat duga aku dengan kerja. Dia mahu melihat aku senyum manis bukan senyuman paksa yang selalu aku berikan.

“Betul ke?” Ayah inginkan kepastian. Dia sedikit lega apabila dengar kataku.

Aku memusingkan badan aku dan melangkah pergi. Sebab ini ke Mama mahu musnahkan Ayah kerana Ayah lebih mementingkan harta dari keluarga sendiri.

Ketika sedang menunggu lift, Aiman menghubungi aku, bertanya di mana aku berada. Aku beritahu keberadaan aku.

“Good. Aku dekat dah dengan office. Come help me. Tunggu dekat lobby”

Aku dengan rela hati ingin menolong Aiman walaupun tidak tahu pertolongan apa yang perlu aku perlu lakukan. Kerana Aiman telah banyak menolong aku. Dia merupakan kawan ketika aku susah mahupun senang. Begitu juga Nazri.

Aku tidak menunggu lama di lobby. Kereta sports berwarna kuning tiba di lobby dan Aiman keluar untuk bukakan pintu untuk aku masuk.

“Wow handsome boy. Why you so smart today” Cara pemakaian Aiman berbeza sekali. Tiada rambut serabai dia tetapi rambut yang di kemas rapi yang di pakai. Tiada baju lusuh di badannya tetapi t-shirt yang cantik tersarung.

“My mother want me go blind date. Aku terpaksa”

Aku nampak wajah Aiman yang tidak suka dengan aturan orang tuanya. Jadi aku sudah tahu apa yang perlu lakukan. “You already have a girlfriend. Right?”

Aiman sedikit mengeluh. “Tak ada bezanya aku ada girlfriend or not”

Aku faham maksud Aiman. Aku melangkah masuk ke dalam kereta tanpa bertanya dia mahu bawa aku ke mana.

Ketika di dalam kereta aku dapat pesanan ringkas dari Amira yang menyatakan dia akan keluar untuk makan malam bersama Gabriel. Apa motif dia hantar pada aku. Untuk sakitkan hati aku. Tapi aku rasakan jiwa sudah tidak merasai apa-apa kerana orang yang aku cintai adalah Ariel.

 

 

 

Aiman menghantar aku ke rumah setelah selesai urusan kami. Aku jemput dia masuk ke dalam rumah terlebih dahulu kerana banyak lagi benda mahu di borakan dan ketika itu aku melihat Amira datang kepada ku.

Sebelum aku dia mula bercakap untuk menyakitkan hati aku. Aku terlebih dahulu bersuara. “your lipstick stuck on your teeth. Better you brush your teeth” Aku mahu ketawa ketika itu. Aku memalingkan wajah aku untuk melihat Aiman. Dia juga sama seperti aku.

Amira menutup mulutnya dengan tangan dan melangkah pergi masuk ke biliknya semula.

“How come you see. She not open mouth yet” Aiman melepaskan ketawa.

Aku turut ketawa ketika itu. Sudah lama aku tidak ketawa sebegini. “Aku tak nak buang masa dengan dia. Kau tengok dia pergi kan”

Aku merebahkan badan duduk di sebelah Aiman. Sengaja aku duduk di sebelahnya kerana sebentar lagi Amira turun akan melihat aku.

Tidak lama lepas itu. Gabriel datang untuk menjemput Amira. Tangan Aiman dengan pantas merangkul pinggang aku. Di tarik aku agar lebih rapat dengannya.

Gabriel merenung tajam pada wajah ku.

Aiman mula berbisik pada ku. Wajahnya terlalu dekat dengan wajah ku. Membuatkan tenungan Gabriel bertambah tajam. “Look your husband. Macam nak makan aku. Itu yang dia cakap tak cintakan kau”

Aku tersenyum jahat. “Good acting Aiman”

Bibir Aiman semakin dekat dengan pipi aku. Jika aku bergerak sedikit pasti melekat bibir Aiman pada pipi aku. Sebelum betul-betul terjadi Gabriel bangun dari duduknya dan melangkah pergi keluar rumah. Aiman tersenyum sinis dapat menyakitkan hati Gabriel.

Pada saat Aiman mahu cium aku. Amira juga melihat aksi kami dan mengejar Gabriel yang sudah menunggu di luar. Aku tidak akan mengejar lagi cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience