PERMULAAN RANCANGAN

Drama Series 5506

Aku nampak wajah Gabriel yang begitu gembira apabila sudah dapat kepastian dari pegawai pejabat agama yang aku dan dia masih lagi pasangan suami isteri.

Gabriel turut meminta dua salinan sijil nikah kami kerana dia tidak jumpai di tempat biasa dia menyimpan document penting. Bukan satu tapi dua. Lagi satu adalah untuk aku. Di suruh bawa ke mana-mana sahaja agar mengingatkan aku jangan melarikan diri lagi. Aku sudah bersuami.

Kalaulah dia tahu, aku tidak pergi pergi jauh darinya hingga aku sanggup menerima kesakitan di badan aku.

“Kaki sayang kenapa” Gabriel bertanya semasa kami sama-sama melangkah menuju ke kereta.

Aku melihat betis aku yang lebam. “Tak ada apa-apa. Luka sikit je”

Gabriel mencangkung untuk melihat kaki ku.

Dia yang buat kaki aku lebam. Dia boleh tertanya lagi pada aku apa yang berlaku. Berkali-kali aku di pijik di kubur Caira. Sedikit pun dia tidak fikirkan aku yang sakit ketika itu.

Tiada langsung kata maaf di berikan.

Aku benci kau Gabriel.

“Kaki sayang bengkak ni”

Aku menjarakkan diri darinya. “Jom kita nak date kan”

Gabriel bangun semula. “Jom. Sayang simpankan dulu sijil nikah kita. Abang tak bawa apa-apa takut hilang lagi”

Aku ambil dari tangan Gabriel dan masukan ke dalam handbag aku.

“Aina. Kau buat apa dekat sini?” Suara yang sangat aku kenal.

Dia bahasakan aku. Aku kau.

Sekelip mata dia berubah.

Aku memandang Gabriel dan tersenyum. “Encik Gabriel. Tak sangka jumpa dekat sini”

Gabriel melihat sekeliling dan matanya terpandang bangunan yang di jadikan sebagai pejabat agama. “Aina kau ingat boleh tipu aku”

Aku buat-buat tidak faham. “Look Encik Gabriel. Kereta aku parking sana” aku menunjukkan ke arah kereta aku. “aku nak pergi kedai emas dekat sana. But tak ada parking. Aku tengah jalan sambil masukan kunci dalam kereta beg aku. Encik Gabriel tiba-tiba tegur”

Gabriel merasa pelik. “Macam mana aku ada dekat sini?”

Aku cuba menahan rasa gemuruh aku dengan senyuman. “Mesti Encik Gabriel sedang bergurau kan. Encik Gabriel ada dua kaki. Boleh Encik Gabriel tanya saya. Encik Gabriel boleh pergi mana-mana ikut suka hati Encik Gabriel. Tak ada orang pun nak halang”

“Kau ingat aku bodoh” Gabriel datang dekatkan dirinya dengan aku.

Aku memaksa diri aku untuk tidak berganjak dan lari darinya. Jarak antara aku dengan Gabriel terlalu rapat. Bibirnya hampir mengenai pipi aku. Tangan aku di gengam kuat oleh Gabriel. Matanya menatap wajah aku.

“Aina. Setiap kali aku tak ingat apa yang aku buat mesti kau ada bersama aku. Kau boleh kata kebetulan jika hanya sekali dua. Tapi sepanjang masa mesti ada kau. Bagitahu aku, apa yang berlaku”

Aku masih buat seperti biasa. Aku melihat wajah Gabriel yang berpeluh seperti sedang menahan sakit “Encik Gabriel sakit ke? Kalau Encik Gabriel sakit baik Encik Gabriel pergi jumpa doctor”

“Kau jangan ubah topik Aina”

Apa yang terjadi pada dirinya semalam pasti dia ingat. Tapi yang yang berlaku di dalam kereta, rumah dan hospital ketika bersama aku, dia lupa semuanya.

Memory bersama aku semuanya hilang.

Aku jawab dengan jujur pada Gabriel. “I really don’t know why are you here. Jangan tanya soalan yang kau sendiri tahu jawapannya. Bukan aku”

Gabriel melepaskan aku setelah melihat aku jawab dengan yakin. Matanya memandang ke arah pejabat agama sebelum melangkah pergi.

Aku terus ke kedai emas yang aku tunjukan kepada Gabriel tadi. Aku terpaksa membeli beberapa barang kemas agar jika Gabriel cuba menyiasat kembali apa yang berlaku. Dia tidak akan curiga.

Kemudian aku balik ke rumah Ayah. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin kerana sebelum ini Mama duduk di sini. Sebaik sampai aku terus masuk ke dalam bilik dan pintu terus di kunci.

Aku keluarkan sijil nikah di dalam beg aku. Aku melihat dan menangis sepuas hati aku.

Aku kawin dengan Gabriel dengan kerelaan antara satu sama lain.

Cintakan satu sama lain.

Sekarang dia langsung tidak ingatkan aku.

Aku simpan sijil nikah dalam laci meja solek. Setelah aku puas menangis dan dapat tenangkan diri. Aku kembali semula ke rumah aku.

Aku menghubungi Nazri dan memberi data yang aku dapat dari laptop Amira. Nazri dengan rela hati mahu menolong aku. Dia akan memberikan data-data tersebut kepada persaing syarikat Ayah dengan mengunakan ID yang tidak di kenali.

“Pantas kau bertindak Aina. Sebelum kau bagi data ni. Aku boleh beli saham syarikat kau dan berikan kepada kau dengan mudah Aina”

Aku sudah penat dengan apa yang berlaku pada diri aku. “Kau buatlah apa yang kau suka Nazri”

Aku tidak kisah jika maklumat project terbesar syarikat bocor hingga bawa syarikat muflis. Kerana Mama sendiri menyuruh aku buat sehabis mungkin hingga tiada sesiapa lagi menyebut nama Amiruddin sebagai salah seorang terkaya di negara. Malah namanya juga akan terus terkubur hingga paling miskin pun tiada baginya.

Pada mula-mula Ayah menyuruh aku menjadi orang paling penting untuk project mega ini aku sudah merancang apa yang perlu aku lakukan. Aku dengan rela hati berikan kepada Amira. Di sebabkan semua perjalanan project ini sulit semestinya Amira akan di pertanggungjawab atas kebocoran maklumat.

 

Esok macam tak boleh update.. sebab malas nak menulis.. hehehe..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience