Ketika aku sedar. Aku melihat Nazri yang berada di sebelah aku. Aku melihat sekeliling. “Mana dia?”
“You mean Gabriel? Dia tinggalkan kau dekat pintu kecemasan. Lepas tu dia pergi balai, maybe dia ada kerja. But he look worries about something”
Nazri melihat kecederaan di kaki aku. Aku beritahu kebenaran kepada Nazri. “Gabriel yang pijak kaki aku”
Nazri memandang aku. “Termasuk seluruh badan kau. Gabriel yang aku kenal tidak pernah berkasar dengan perempuan. Tapi kenapa dia layan kau macam ni”
“Dia tak pernah berlembut dengan aku”
“Aku dah cakap jangan cari masalah dengan dia. Kau tengok badan kau penuh dengan kesan biru hitam. Kenapa nak seksa diri kau Aina. Tiga tahun dah. Kau tak serik ke?”
Kata Nazri teringatkan kenangan lama. Kenangan pahit yang membawa aku terseksa menanti Gabriel. Sebolehnya aku tidak mahu ingat lagi peristiwa itu. “Nazri kau ingat tak kes pecah masuk rumah aku dulu”
“Polis tak jumpa persalah and kes di tutup macam itu sahaja”
Nazri yang sedang mengupas buah apple untuk Aina terhenti tangannya. Dia memandang Aina. “Kau tahu siapa pecah masuk rumah kau?”
Aku mengangguk Kepala. “Dari dulu aku tahu. Tapi aku tak nak Gabriel merasa bersalah dan malu. Aku simpan seorang diri saja. Lagipun aku tak nak menyeksa orang yang dah mati”
“Maksud kau Caira?!” Nazri terkejut.
Aku mengangguk kepala. “Sebab Gabriel sayang sangat dengan kawan baik dia. Aku nak tengok apa dia sanggup lakukan untuk mencari penceroboh. Rupanya dia lebih memilih untuk mencari kesalahan aku atas kematian Caira”
“Aina, benda macam ni kau diamkan diri”
“Nazri handphone aku mana?”
Nazri membuka laci dan menghulurkan kepada aku. Setelah aku dapat aku berikan bukti kepada Nazri. Rakaman CCTV termasuk audio ketika kejadian. Tiada sesiapa tahu rumah persinggahan aku itu mempunyai CCTV yang tersembunyi.
Nazri melihat video yang aku beri. Berulang kali bertukar pandangan melihat aku dan handphonenya. “Kenapa dari dulu kau tak bagitahu Gabriel”
“Kau rasa dia akan berubah? Kau kenalkan pegawai yang uruskan kes aku. Kau berikan kepada dia. Aku tak nak Gabriel tahu kebenaran dari aku. Biar dia tahu dari orang lain” Jika tahu dari orang lain. Dia akan merasa bersalah terhadap apa dia telah buat pada aku.
Nazri yang faham maksud aku menyimpan semula telefon dia di dalam poket seluar. “Aku tahu apa kau mahu. Kau nak dia merasa menyesal dengan apa dia buat pada kau. Kau nak dia tahu kau tak bersalah. Tiga tahun penyeksaan dia pada kau buatkan dia tersungkur sendiri”
“Stop talking about this”
Nazri bangun dari duduknya. “Aku ada operation lagi. Aku pergi dulu. Aku akan tolong kau, apa yang aku mampu”
“Thanks Nazri”
Tidak lama selepas Nazri pergi. Aiman menghubungi aku. “Berkesan tak semalam?”
Aku ketawa. “Yes”
“I think kita boleh broken up”
“Berani kau cuba” Aku ketawa begitu juga Aiman. Tidak akan sesekali kami putuskan ikatan persahabatan yang ada.
Selepas mematikan panggilan telefon dari Aiman, aku dapat panggilan dari adik Nazri. Nazirah. Pasti dia sudah tahu dari Nazri. Dia memberikan kata semangat dan kesabaran kepada aku. Aku bersyukur ada kawan yang selalu ada dengan aku. Walaupun Ayah aku sendiri tidak perdulikan akan kewujudan aku.
Pada waktu tengah hari aku dapat panggilan dari balai polis. Mereka berkata aku perlu ke balai polis untuk memberi keterangan. Aku buat-buat tidak tahu. “Untuk apa?”
“Kes pecah masuk rumah Puan tiga tahun lepas. Kami dapat bukti baru”
Aku menyiapkan diri untuk ke balai polis. Sengaja aku berpakaian serba hitam. Sebaik aku sampai, aku melihat Gabriel sedang bersandar di pintu utama untuk masuk ke dalam. Aku melucutkan cermin mata hitam aku dan memandang ke arahnya.
Aku sudah siap sedia untuk menyerang Gabriel dengan kata-kata. Tetapi aku di tarik oleh Gabriel untuk masuk ke dalam salah sebuah bilik kosong.
Badan aku di tolak melekat pada dinding. Gabriel menindih badannya pada aku. “Encik Gabriel. Lepaskan aku”
Gabriel memandang tepat pada mata ku. “Kenapa kau tak bagitahu aku kebenaran kes pecah masuk rumah kau dulu. Kau tahu semuanya tapi kenapa kau tipu. Kenapa masa soalan siasat dulu kau cakap kau tak tahu”
Nampaknya Gabriel sudah lihat rakaman CCTV dan rakaman suara pergaduhan antara aku dan Caira.
“Masa aku jatuh dalam laut kau tak terfikir ke kenapa Caira ada bersama aku. Masa polis soal siasat aku. Caira dah mati. Kalau aku cakap benar pun, kau percaya ke? Mahu dapatkan kepastian dari Caira. Tak boleh sebab dia dah mati.
Dia yang pecah masuk rumah aku. Kaki aku patah sebab dia pukul aku dengan kayu golf. Kalau aku tak paut kau masa tu. Semestinya aku dalam kubur dah. Dia hidup terus tanpa rasa bersalah”
“Shut up!!”
Aku mahu berkata lagi tapi dengan pantas Gabriel memaut bibir aku dengan bibirnya. Aku mengumpulkan tenaga untuk menolak Gabriel. Akhirnya aku berjaya melepaskan diri.
Gabriel mengesat bibir dengan ibu jarinya. Kali ini dia melihat aku bukan dengan pandangan marah. “Sekejap lagi keterangan kau akan di ambil. Try your best”
“Encik Gabriel mahu aku berikan keterangan palsu ke mengenai your bestfriend. Caira” Aku dekatkan diri dengan Gabriel dan berbisik pada telinganya. “Remember. Three year what you do”
Aku menjarakkan diri aku semula dan berkata seperti biasa. “Mesti kau berbesar hati kerana aku menutup kesalahan Your bestfriend. Sekurangnya dia mati dalam keadaan tidak bersalah”
Aku melihat raut wajah Gabriel berbeza tidak seperti yang selalu dia sajikan kepada aku. Aku tidak tahu apa yang dia rasa tapi yang penting bagi aku kebenaran sudah terungkai.
Share this novel