DIPAKSA MELUTUT DI KUBUR CAIRA

Drama Series 5518

Sepanjang perjalanan aku dan Gabriel mendiamkan diri. Aku melihat ke arah langit yang gelap. Tiada bintang dan terlalu gelap seperti mahu hujan.

Melihat jalan yang di lalui, aku tahu ke mana Gabriel mahu bawa aku. Aku menurunkan cermin kereta lalu di keluarkan sebatang rokok untuk di hisap.

Gabriel menjeling melihat aku “Bila kau mula merokok?”

“Dah lama. Masa aku umur 16, 17”

“How come, I don’t know?” seperti selalu, nada suara Gabriel yang sentiasa mahu marahkan aku.

“Kenapa aku perlu bagitahu Encik Gabriel. Banyak lagi yang Encik Gabriel tak tahu mengenai aku. Atau lebih senang di ungkap, Encik Gabriel sendiri tidak mahu ambik tahu” Aku luahkan apa yang terbuku di dalam hati aku. Lama aku pendam.

Aku menoleh untuk melihat wajah Gabriel. Ingin melihat reaksi dirinya. Tapi hanya wajah marah sahaja tersaji untuk diri ku. Mungkin hanya ada benci sahaja dalam diri Gabriel untuk aku.

Tempat yang di tuju sudah tiba. Gabriel keluar dari kereta dan memakai baju hujan. Hujan sudah rintik keluar seperti turut bersimpati pada ku. Setiap kali kesini pasti hujan menemani aku. Alam turut bersimpati apa terjadi pada aku.

Aku di tarik keluar dari kereta tanpa berpayung. Bajuku basah dengan titisan hujan. Tangan aku di lepaskan setelah tiba tempat yang di tuju. Sengaja aku berkata sinis. “Kubur Caira”

Gabriel yang dengar aku menyebut Caira membuak perasaan marahnya. Aku di paksa melutut tetap aku cuba untuk mengikut apa yang Gabriel mahukan. Kedegilan aku membuatkan Gabriel menendang kedua-dua kaki aku dari belakang hingga aku melutut dalam keadaan terpaksa.

Aku melihat Gabriel yang berdiri di sebelah aku. “Encik Gabriel nak tahu tak. Aku masih hidup di sebabkan orang yang tidak berguna seperti Encik Gabriel”

“Dah banyak kali Encik Gabriel bawa aku ke sini. I’m boring Encik Gabriel. Jangan buang masa dengan aku Gabriel. Aku tak akan merasa bersalah pada orang yang dah mati”

Sejak peristiwa kematian Caira. Sudah banyak kali Gabriel bawa aku ke kubur Caira. Dia mahu aku merasa bersalah. Dia mahu aku meminta maaf pada Caira. Maaf dari kesalahan yang tak pernah aku lakukan.

Aku tidak pernah sedikit pun merasa bersalah mahupun meminta maaf pada Caira. Kerana semua ini adalah di sebabkan Caira sendiri. Dia yang bersalah.

Kata-kata Aku membuatkan Gabriel naik marah. Kedua betis aku di pijak. Aku yang tidak dapat menahan kesakitan terus terbaring memegang kedua kaki aku. “Kau sakitkan aku tiga tahun Gabriel. Kau puas tengok aku terseksa. Puas dapat membalas dendam kau. Kalau kau rasa dengan menyakitkan aku dapat melegakan kau. Kau patut sebaik mungkin gunakan peluang ini untuk sakitkan aku. Kau pukul lah aku sampai mati atas kubur Caira”

Gabriel menendang perut aku dengan kuat membuatkan aku meringkuk menahan sakit. Dalam kesakitan aku dengan dia berkata. “Bila kau jatuh dalam laut. Aku tak pernah terfikir kau akan mati lemas. Sebab kau boleh berenang. Boleh bertahan. Sebab itu aku cuba selamatkan Caira dulu. Kalau kau tak berpaut aku masa tu. Aku boleh selamatkan Caira dan kau. Tapi kau pentingkan diri Aina”

Sebab aku pentingkan diri sendiri.

Wajah aku bertambah pucat menahan kesakitan dan kesejukkan malam yang sedang menangis. “Kalau kau selamatkan dia. Semestinya aku akan mati masa itu”

Gabriel memandang tepat pada aku “Kau tahu berenang Aina”

Aku di tendang beberapa kali. Aku hanya mampu menahan sakit. Dan akhirnya aku tidak sedarkan diri.

Kau akan menyesal Gabriel.

 

 

Share this novel

D.A
2021-06-27 11:46:45 

pijak.. sorry typo.. betulkan sekejap

Che Da(Ayunifalin)
2021-06-27 11:41:03 

Pijam tu pijak ke pejam?


NovelPlus Premium

The best ads free experience