Di dalam bilik soal siasat aku bersama beberapa pegawai polis termasuk Gabriel melihat balik video rakaman semasa kejadian pecah masuk tiga tahun lepas.
“Caira Kenapa kau buat semua ni” Aku dalam kesakitan cuba juga untuk bertanya.
“Kau rasa kenapa? Kau tak perlu tanya kau dah tahu rasanya?” Caira menarik badan aku yang terbaring kesakitkan ke koridor.
“Aku sukakan Gabriel tapi dia kawin dengan kau. Kau rasa hanya jadi best friend dia boleh puaskan hati aku ke?” Caira cemburu apabila Gabriel lebih memilih aku untuk hidup bersama. Bukan dia yang seperti dia bayangkan selama ini.
Semasa kejadian, Caira bukan sahaja memecahkan masuk rumah aku tetapi mencederakan aku. Dan cuba membunuh aku. Ketika ini Gabriel sudah menunjukkan dirinya sedang sakit dan mempunyai dua personality tetapi personally Ariel lebih kuat dari Gabriel.
Gabriel yang biasa melayan aku.
Ariel yang terlalu menyayangi aku.
Gabriel yang membenci aku.
Gabriel yang membenci aku yang menyukai Caira tetapi Gabriel yang sebenar terlebih dahulu mengambil tindakan untuk berkahwin dengan aku. Hanya Gabriel sebenar yang tahu keadaan dirinya Dua lagi personality tidak tahu mereka hanyalah mainan minda Gabriel. Aku tidak tahu keadaan sebenar Gabriel sebelum berkahwin dengan dia.
Ketika Caira cuba menolak aku jatuh ke bawah aku sempat menarik badan dia sekali untuk ikut aku terjatuh ke dalam laut. Itu yang membawa kematian kepada Caira. Aku ke yang bersalah atas kematian dia.
Tiga tahun aku menjadi mangsa kekejaman Gabriel atas kesalahan yang tidak pernah aku lakukan.
Salah seorang pegawai polis bertanya pada aku. “Puan betul ke rakaman ini menunjukkan kejadian sebenar yang berlaku ketika itu”
Rakaman sedang menunjukkan aku diseksa oleh Caira. Jeritan aku tidak henti kerana kesakitan. Itulah yang menyebabkan kedua kaki aku patah.
Aku melihat Gabriel yang turut melihat rakaman itu. Wajahnya seperti biasa. Tetapi aku tidak memperdulikan semua itu kerana hati aku sudah lama mati untuk dia.
“Yes. Saya bertanggungjawab jika rakaman ini palsu”
“Tetapi tiga tahun lepas Puan memberi keterangan tidak tahu siapa yang mencerobohi rumah Puan. Report Puan masih lagi ada” Pegawai polis menghulurkan sekeping kertas kepadaku.
Aku melihat laporan lama dan memandang wajah Pegawai polis yang bertanya soalan kepadaku. “Tiga tahun lepas. Kerana Caira sudah mati. Aku fikirkan, aku mahu menutup aib dia. Tidak mahu orang lain tahu keburukan yang telah dia lakukan”
“Kenapa bukti baru diberikan sekarang?”
“Sebab seseorang percaya Saya yang telah membunuh Caira. Jika Saya tak berpaut pada dia, Saya masih lagi boleh selamat. Tetapi hakikatnya, kedua kaki saya telah patah di sebabkan Caira. Jika Saya tidak berpaut pada dia ketika itu. Bermakna Saya yang akan mati.
Saya tiada niat untuk membocorkan kebenaran yang saya simpan selama ini, tetapi dia terlalu benci pada saya. Setiap kali Saya mula ingin berbicara pasti Saya akan di bawa ke kubur Caira. Saya di paksa melutut, memohon keampunan pada Caira. Saya di paksa mengaku kesalahan yang Saya tidak pernah buat.
Saya cuba untuk bagitahu kebenaran kepada dia, tetapi saya takut dia tidak mempercayai Saya. Sekarang Saya ada bukti yang menunjukkan Saya tidak bersalah”
Aku menceritakan semuanya niat aku dahulu agar Gabriel tahu kebenaran.
Sebelum aku balik. Pegawai polis memberitahu aku yang video mereka terima adalah sahih. Tiada meragukan seperti di potong atau lakonan semula.
Aku melangkah keluar dari balai polis dan langkahku terhenti di halang oleh Gabriel. Aku berikan senyuman malas pada dia. “Masih tak percayakan aku”
“Kau sepatutnya bagitahu aku tiga tahun dulu”
“Kau rasa. Kau akan percayakan aku?” Gabriel hanya diamkan diri. Aku menundukkan wajah melihat cincin perkahwinan yang tersarung di jari manis aku.
“Encik Gabriel. Aku berkahwin dengan kau pada usia aku 20 tahun. Aku masih belum habis belajar. Lima tahun berlalu. Encik Gabriel ingat saya kuat ke untuk pertahankan perkahwinan ni. Kita selesaikan secara baik. Ceraikan aku. Kita bawa halauan masing-masing”
Gabriel sedikit terkejut dengan permintaan aku.
Aku di tarik masuk ke dalam keretanya. “Kau nak bawa aku pergi mana?”
Share this novel