ARIEL

Drama Series 5506

Setelah Gabriel puas menyeksa aku. Gabriel tinggalkan aku sendirian dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sepanjang aku pengsan aku tidak sedar apa yang Gabriel telah lakukan pada tubuh badan aku.

Dalam keadaan sakit seluruh tubuh badan aku kuatkan diri untuk bangun. Seluruh badan ku sakit dan di penuhi dengan kesan lebam. Tapi Gabriel sungguh licik kerana wajahku tidak sedikit pun kesan di cederakan. Dia mahu menutup apa yang telah dia lakukan atas tubuh aku.

Aku yang kesakitan melangkah keluar dari rumah Gabriel. Dinding sentiasa menjadi tongkat untuk aku berjalan. Setiba aku di bawah aku mendongak ke langit. Hari masih gelap ataupun aku sehari tidak sedarkan diri.

Telefon aku berbunyi mematikan pandangan aku pada langit yang berwarna biru gelap. Melihat jam di telefon aku menunjukkan pukul 9.45 pm. Bermakna aku tidak sedarkan diri satu hari. Tidak langsung Gabriel risaukan aku yang mungkin tidak akan sedarkan diri buat selamanya.

Panggilan Ayah aku angkat. Tanpa sebarang salam Ayah terus bertanya tentang harta Mama yang diberikan semuanya pada aku. Ayah aku menagih simpati tetapi aku buat tidak tahu. Ini membuatkan Ayah mula naik angin.

“Aina jangan nak cuba membelakangkan Ayah”

Aku tidak sedikit pun marah. “Aina tak minta lebih. Aina bukan mahu hancurkan rumahtangga Ayah. Aina Cuma minta satu. Bawa keluar isteri muda Ayah dengan anak dia sekali baru Aina turutkan kata Ayah”

Ayah menolak permintaan aku. Dia katakan mereka berdua keluarganya.

“Okay. Itu yang Ayah nak. Biar Amira sorang jadi anak Ayah. Aina boleh hidup tanpa seorang Ayah”

“Aina!! Kamu nak apa sebenarnya” Jelas suara Ayah memarahi aku.

“You know what I want” aku mematikan panggilan sebelum sempat Ayah membalas.

Aku meneruskan langkah dengan perlahan dan sebuah kereta berhenti di hadapan aku. Cermin di turunkan. Gabriel memandang tepat pada wajah ku. “Naik!”

“Sorry we not familiar”

“Kau jangan buat aku paksa kau” tegas suara Gabriel.

“Bukan Encik Gabriel katakan kita berdua tidak mempunyai apa-apa hubungan. Apa Encik Gabriel mahukan sebenarnya?”

“Naik Aina”

Suara Gabriel menjadi lembut tidak seperti Gabriel yang aku kenal. Membuatkan aku terkejut. Tetapi aku masih teragak agak untuk masuk ke dalam kereta dia.

Di dalam kereta aku lagi sekali memandang ke langit. Aku cuba memujuk hati yang sedang lara. “Saya berterima kasih pada Encik Gabriel kerana sudi menghantar saya balik. Saya harap ini tidak akan jadi salah faham pada Amira”

Gabriel hanya diamkan diri sahaja. Tidak langsung membalas kataku. Membuatkan aku turut mendiamkan diri.

“Kau ingat apa yang Caira suka sangat dengan kau”

“No” kepala aku di gelengkan.

Sebenarnya aku tidak rapat dengan Caira seperti yang Gabriel sangkakan. Aku hanya kenal dia kerana Gabriel katakan Caira merupakan kawan baiknya. Bila teringat kembali apa yang Caira telah lakukan padaku membuatkan aku lagi bertambah tidak sukakannya.

Kerana kematian dia. Aku cuba memaafkan dia.

“Dia suka dengan kebaikan kau”

Aku menoleh memandang Gabriel. “Aku yang bunuh dia. Kebaikan apa aku buat dekat dia? Kau rasa aku baik ke?” aku bertanya pada Gabriel.

Gabriel menghentikan kereta yang di pandu. Dia menangis dengan tiba-tiba dan memanggil nama aku dengan hiba sekali “Aina”

Aku yang sentiasa serious juga berubah apabila melihat perubahan Gabriel. “Are you Ariel?”

 

 

 
 

 

 

sorry la singkat sangat pula kali ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience