DI PUKUL LAGI

Drama Series 5506

Aku pandu kereta ke rumah kedua orang aku. Aku ingin menemani Mama yang masih duduk di rumah Ayah untuk menghabiskan edahnya. Di ikutkan hati aku tidak mahu jejaki lagi rumah itu.

Ketibaan aku di sambut oleh Amira. Sebaik aku keluar Amira berkata sinis pada diri ku. “Oh!! My sister Amira. Pakai kereta sport tapi kena kerja juga”

Aku menghadam setiap baik kata Amira kepada aku. Aku memandang dia dengan tegas dan berkata. “Mana orang tua kau”

“What orang tua? Kau jangan cakap mengarut boleh”

Wajah Amira menampakkan dia sedang marah. Aku hanya senyum sinis padanya. “Sekejapnya kau lupa. Bukan bapak ayam kau tu orang tua. Sebab dia bankrupt, sebab tu kau balik sini kan”

“AINA. SHUT UP!!!”

Aku tidak balas kemarahan Amira. Aku terus ke tangga untuk naik ke bilik aku. Tetapi kaki aku terbantut semasa melangkah apabila Amira berkata. “Kau sayangkan Gabriel kan? Let me tell you. Sekarang ni. Dia tunang aku. Lelaki yang kau sayang dan cintakan sangat tu. Akan jadi milik aku”

Aku memusingkan badan aku mengadap Amira. Aku yang sedang berdiri di tangga memandang Amira dengan tenang sekali. “So what? Apa kau dapat dari dia?”

“Cukup buat kau musnah sebab dia jadi milik aku”

Sebaik dengar, aku dengan sendiri merasa tertekan dengan tiba-tiba. Aku memusingkan badan semula dan melangkah masuk ke bilik aku.

Aku cuba untuk tidak memperdulikan kata-kata Amira tadi. Tidak sempat aku menenangkan diri. Aku dapat panggilan daripada Mama. Ada gala dinner yang perlu aku hadir.

 

 

 

 

Aku bertemankan Aiman masuk ke dewan berlangsungnya Majlis Gala. Sebaik masuk mata aku tertacap pada dua susuk tubuh badan yang sangat aku kenali.

Amira dan Gabriel. Amira yang memegang lengan Gabriel menjeling menunjuk pada Aku. Aku memandang Aiman yang setia di sebelah aku. “Don’t leave me”

Aku tahu Gabriel lakukan semua inj untuk menyakitkan hati aku bukan kerana harta. Sebab itu dia dengan sengaja bersama Amira, Kerana Amira adik aku. Dan mengunakan keluarga sendiri lagi menyakitkan dari orang luar.

Aiman memberikan senyuman pada aku dan meyakinkan aku dengan kata-katanya. “Jangan risau. I will not leave you”

Nazri yang melihat aku dari jauh melambai tangannya pada aku. “Kenalkan boyfriend kau”

Nazri kawan aku dari kecil dan banyak yang dia tahu mengenai diri aku. Dari katanya aku tahu apa yang dia mahu lakukan. Aku memaut lengan Aiman untuk memperkenalkan kepada Nazri.

“Aiman. Kekasih Aina” Aiman memperkenalkan dirinya sendiri dan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

Aku hanya tersenyum manis memandang Nazri dan tanpa sengaja aku melihat Gabriel yang memandang aku dengan pandangan tajam. Seperti mahu menyerang aku ketika itu.

Aku yang kebosanan di majlis itu, bangun untuk ketandas. Dan ketika itu aku di tarik oleh Gabriel secara paksa. Aku cuba untuk melepaskan diri tapi tidak berjaya. Aku di bawa masuk ke salah sebuah bilik hotel.

Gabriel memandang tepat ke mata aku. “Tu boyfriend kau?”

“Why? Tak ada kaitan dengan awak Gabriel”

“Kau tempat pemuas nafsu aku”

Aku baru sedar. Lelaki di hadapan aku sungguh menjijikan. Aku kuatkan diri berhadapan dengannya. Aku pegang lengan Gabriel. Dan berkata dengan suara yang perlahan.

“Jika awak putuskan pertunangan dengan Amira. Dengan rela hati saya jadi milik awak. Awak boleh pertimbangkan”

Gabriel menepis tangan aku yang menyentuhnya. Dia Merenung tajam pada aku. “So fantastic your dreams”

Aku memaksa diri untuk senyum. “Yes. I like dream fantastic think”

“Aina! Kau tak ingat dekat Caira”

“Kenapa dengan dia. Bukan dia dah mati ke?”

Dari kata aku membuatkan Gabriel menjadi angin. Aku di sepak di bahagian perut dengan tiba-tiba. Aku yang tidak dapat mengawal badan aku berguling di lantai kerana kesakitan. Aku yang dalam kesakitan melihat Gabriel. “Kenapa awak masih ingat dia?”

Aku tahu kau dan Caira berkawan baik. Tapi kerana Caira kau seksa aku yang merupakan isteri kau. Aku yang sepatutnya di belai, di beri kasih sayang tapi aku jadi tempat melepaskan kemarahan kau. Aku jadi punch beg kau.

Gabriel tidak membalas kataku. Dia hanya merenung wajah ku seperti mahu membunuh ku ketika itu juga.

“Kau tunang Amira sekarang. Kenapa kau masih nak fikirkan dia lagi” Aku memang sengaja memberi provakasi pada Gabriel. Tapi apa yang aku katakan benar sekali.

“Mulut kau kurang ajar”

Wajah aku yang pucat kerana sakit. Cuba memaksa untuk memberi senyuman pada Gabriel. “Encik Gabriel. Bukan ke Encik Gabriel sendiri suruh menjarakkan diri antara kita berdua. Saya harap Encik Gabriel ingat kembali apa yang Encik Gabriel katakan pada saya. Atau saya anggap Encik Gabriel mahu jatuh cinta semula dengan saya”

Wajah Gabriel berubah bertambah mengerunkan tapi aku tidak sedikit pun takut. Dia melangkah pergi meninggalkan aku. Aku terus memanggil Aiman untuk datang mencari aku.

Aiman terkejut melihat aku yang masih berguling di atas lantai. Kakinya pantas ke aku. Dia tolong aku untuk bangun. “Dia pukul kau lagi?”

Aku ketawa halus “Ye. Tapi aku tak macam dulu. Merelakan sahaja apa yang dia mahu lakukan”

Aiman membaringkan aku di atas katil untuk aku berehat. Dia melihat aku dengan perasaan kecian. “Kau masih nak teruskan”

Dengan perlahan aku berkata. “Ya. Aku akan buat dia rasa sakit seribu kali sakit yang pernah dia bagi pada aku. Atau sepanjang hayat dia terseksa”

Aiman mengeluh melihat diriku yang tekad. “Tapi kau akan sakit Aina”

Aku hanya senyum dan menutup mata untuk menghilangkan rasa sakit di perut ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience