GUGUR

Drama Series 5527

Aku berharap dua personaliti Gabriel menjadi satu. Aku mahu dia sembuh dari sakitnya. Bila dia ingat akan semua yang telah dia lakukan pada aku. Pasti dia akan menyesal hingga menyusuh jiwa. Itu yang aku mahukan.

Selepas dua hari anjing baka German Shepherd duduk dengan aku. Seorang Uncle datang ke rumah aku untuk menuntut anjing dia. Selepas selesai urusan dengan anjing yang aku jumpa. Aku mula jual satu per satu asset yang aku ada.
Termasuk kereta sport dan rumah yang aku guna sekarang ini.

Apabila urusan penjualan asset aku selesai. Aku baru teringat akan saham yang Mama berikan kepada aku. Aku perlu mencari seseorang yang boleh beli semuanya. Dan duit yang aku dapat akan aku berikan semuanya pada Mama.

Semua ini aku lakukan dengan sembunyi agar tidak di ketahui oleh orang lain. Kemudian aku akan berpindah ke Dubai untuk duduk bersama Mama dan Atuk.

Saat terakhir aku ingin lakukan sebelum pergi adalah memusnahkan perkahwinan Gabriel dan Amira. Aku mahu bongkarkan semuanya pada Gabriel dan pergi tanpa meninggalkan sebarang kenangan.

Dalam pada masa sama aku ada berjumpa dengan Doktor Michelle. Aku bertanyakan tentang keadaan Gabriel. Dia beritahu aku, Gabriel seperti tiada tanda akan sembuh. Dan keadaan dia sangat kecian. Kerana dia sedang mencari memori-memori lepas yang tiada satu pun yang dia ingati.

Tidak mustahil aku boleh menimbulkan ingatan Gabriel tentang masa silamnya. Aku perlu mencari sesuatu yang boleh menimbulkan memori yang boleh boleh ingatkan Gabriel tentang aku.

Ketika aku sedang mencari bukti hubungan aku dan Gabriel. Amira dapat tahu aku menjual semua asset aku. Dia beritahu kepada Gabriel tentang aku. Kenapa mesti dia bagitahu. Bukankan memang itu yang dia mahu. Mahu aku pergi jauh dari hidup dia.

Gabriel berjumpa aku di bilik hotel yang aku menginap untuk sementara waktu. Dia gunakan kuasa dia sebagai polis untuk meminta kunci bilik aku.

Dia nampak bagasi aku di tepi dinding. “Kau nak pergi mana?”

Aku membalas dengan wajah bersahaja. “You not important for me inform you where I want to go”

Hanya dengan satu ayat membuatkan Gabriel naik marah. Dia tolak aku hingga terbaring di atas katil. Badan aku ditindih dan leher aku di cium.

Baju aku pakai di tanggalkan dengan paksaan. DIa layan aku dengan teruk sekali. Seperti aku manusia yang tiada perasaan.

Sebelum dia pergi. Dia memberi amaran pada aku. “Tanpa persetujuan aku. kau tak boleh ke mana-mana. Kau tak akan pergi dari sini walaupun sesaat”

Aku yang terbaring tanpa seutas benang dapat merasakan ada keganjilan pada diri Gabriel. “Kenapa? Kau yang suruh aku pergi sebelum ni. Biar aku teka. Kau dah jatuh cinta dekat aku?”

Dari benci jatuh ke cinta.

Hubungan sebegini terikat selama tiga tahun. Mustahil dia tidak kisah dengan aku. hanya dia tidak mahu mengaku. Bagi dia, aku bukan terbaik untuk dia.

Ketika Gabriel dengar, mata hitamnya mula tidak duduk diam. Kemudian dia pergi tanpa sebarang kata. I bangun dari pembaringan dan mula merasakan bahagian bawah perut aku terlalu sakit.

Aku mula bersihkan diri dan ke hospital. Dan keputusan kesihatan aku mengejutkan.

Aku mengandung. sudah 3 bulan. Dan sekarang kandungan aku seperti mempunyi tanda keguguran. Doktor sarankan aku untuk berehat dia hospital. Dan aku bersetuju tanpa perlu berfikir panjang. Setelah sekian lama akhirnya aku berpeluang mengandung lagi. Akan aku jaga kandungan aku sebaik mungkin.

Amira bukan sahaja dapat tahu aku menjual semua asset aku. Malah dia juga dapat tahu aku telah menanda tangan satu perjanjian rahsia untuk menjual saham aku.

Dia bagitahu ayah mengenai penjualan saham aku. dan ayah datang ke hospital untuk memarahi aku. “Kau memang anak tak kenang budi. Kalau kau berani jual saham kau. Jangan menyesal ayah buat sesuatu pada kau”

Sungguh kasar sekali bahasa ayah gunakan. Bukan khabar aku yang di tanya tapi malah aku di ugut. Dia bukan seorang ayah. Tapi seorang pemusnah keluarga. Jika dia mengambil berat akan aku walaupun sedikit. Tidak akan aku lakukan sebegini padanya. Tidak akan sesekali aku menentangnya.

Aku tidak sedikit pun takut dengan ugutan Ayah. Malah ayah telah membuatkan aku tekad untuk menjual saham aku semua. Dengan penjualan saham aku sebanyak 45 percent menjadikan pemilik syarikat bukan lagi ayah.

Mama sendiri yang menyusuh aku musnahkan semuanya. Aku turuti.

Mama tidak kisah dengan kemusnahkan syarikat yang telah dia bina sekian lama kerana Mama merupakan satu-satunya anak kepada atuk ku. Dia adalah pewaris tunggal termasuk aku.

Dia sendiri tidak sangka dengan berkahwin dengan ayah, dia di tikam belakang. Sanggup Mama berpisah jauh dengan atuk tetapi kecurangan yang dia dapat.

Syarikat bermula dari modal Mama dan akan hilang selepas Mama pergi. Aku tidak akan merubah fikiran. Kecuali ayah membunuh aku ketika ini.

“Mama yang suruh Aina musnahkan semuanya. Duit simpanan ayah cukup sampai ayah mati. Jangan terlalu tamak. Jangan serabutkan kepala ayah dengan kerja. Lagipun anak ayah Amira kan ada. Dia boleh jaga ayah”

“Anak kurang ajar!!!”

Ayah pergi dalam keadaan marah. Aku merebahkan badan ke katil. Wajahku pasti dalam keadaan pucat ketika ini. tangan aku bawa ke perut, mengusap perut aku dan tindakan aku telah membuatkan Amira menghidu sesuatu.

Aku tidak tahu bila dia ada di dalam bilik aku.

“You pregnant? Anak Gabriel?”

Aku menafikan. “No! anak Aiman”

Gabriel telah mendera aku di atas katil tadi, menyebabkan kandungan aku dalam bahaya. Aku boleh mengalami keguguran bila-bila masa jika aku tidak jaga dengan betul. Sebab itu aku katakan anak aku kandung adalah milik Aiman. Aku tidak mahu Amira buat sesuatu pada aku.

Amira melihat aku dalam keadaan sangsi dan dia pergi.

Selepas Amira pergi aku menghubungi Aiman agar menghantar orang untuk menjaga aku.
Tetapi belum sempat orang yang Aiman hantar sampai, Amira telah masuk balik ke bilik aku. Dia menarik aku jatuh dari katil dan perut aku di tendang berulang kali. Aku dalam keadaan sakit hanya mampu meringkuk dan memeluk perut aku dengan kedua tangan aku bagi melindungi kandungan aku.

Apa sedar apabila aku di tolak keluar dari bilik bedah. Aku bertanya pada doctor apa yang berlaku. Doktor bagitahu aku baru sahaja selesai jalani pembedahan.

Aku bertanya pembedahan apa.

“Pembersihan rahim” dia berkata. “Cik keguguran”

Air mata aku terus mengalir keluar. Dengan sendiri perasaan benci aku timbul. Aku benci pada Amira, Benci pada Gabriel. Benci pada Ayah. Aku benci mereka semua.

Aku bangun dengan pertolongan orang-orang Aiman dan aku pulang ke rumah Ayah. Ketika itu keluarga Gabriel turut ada. Ibu ayah dia, akak dia. Adik dia. Termasuk dia sedang berbincang tentang majlis perkahwinan antara Gabriel dan Amira.

Orang-orang aku bawa terus ke Amira dan Gabriel bertindak dengan pantas untuk melindungi Amira. “Kau gila ke Aina?”

Gila?

Amira bunuh dua orang anak aku. memang aku sudah gila.

Aku keluarkan pistol yang aku terima dahulu dan menembak ke arah Amira tetapi Gabriel sempat menolak Amiran dan tembakan aku lengan Gabriel.

Pasti dia tak sangka tembakan aku tepat mengenai sasaran.

Gabriel lagi sekali memarahi aku. memaki aku. semuanya tidak aku ambil pedulik.

Aku mengarahkan orang aku untuk menangkap Amira tetapi Gabriel lagi sekali cuba menjadi pelindungan Amira.

“Kau pergi sebelum aku tembak kau! Aku masih baik hati dekat kau Ariel!! dan sekarang aku tak fikir semua tu. Aku masih lagi boleh bertahan kau layan aku dengan kasar. Tapi aku tak akan benarkan kau kawin dengan Amira. Sebab dia bunuh anak aku. dia bunuh anak kita, bukan satu tapi dua!!!”

Aku jatuh melutut kebawah dan semua orang melihat ke arah aku. aku mengusap perut aku dengan tangan. Lagi sekali aku merayu pada Gabriel.

“Aku merayu dekat kau Ariel. Bagi Amira dekat aku. lepas semua selesai aku akan pergi dari sini. Aku tak akan kembali. Aku tak akan pernah buat kau benci, marah dekat aku lagi. Aku merayu dekat kau Ariel. Bagi aku balas dendam untuk kedua anak aku. aku nak bunuh dia!!! Aku mesti bunuh dia!!!”

Aku mengangkat tangan aku dan mengacu pistol pada Gabriel dan Amira. Keduanya aku tembak tetapi tidak kena pada tempat yang membawa mereka mati serta merta.

.

kalau typo sorry.. tak sempat nak cek..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience