Mesyuarat tergempar di adakan di syarikat. Semua pemegang saham hadir ketika itu. Amira yang selalu mendabik dada dan megah nampak sangat lemah.
“Amira patut di buang” aku bernada serious dan tersenyum sinis.
Ayah menjeling marah melihat aku dan lagi sekali aku memberi amaran pada ayah “Jangan kerana Amira, you nak biar dia lepas tangan. Somebody must take the responsility. Kalau you sayang sangat Amira, you yang kena bertanggungjawab”
“What you want me to do?” Ayah mengetap gigi menahan amarah.
"Easy” aku berbisik pada telinga ayah. “Amira tak di buang, you resign. Aina akan janji, lepas you resign. I will president and Amira boleh ambik jawatan Aina. Macam ni saja cara if you want Amira stay in the company”
Ayah memusingkan kepalanya melihat aku dan dia berbisik padaku. “Jangan nak mimpi”
Aku ketawa sinis. “Encik Amiruddin. This time to make decision”
Aku tahu ayah tak akan biarkan Amira keluar dari syarikat. Dan keputusan yang aku tidak di duga. Ayah aku bersara terlebih awal. Sanggup dia berikan kesemua sahamnya pada Amira. Aku tidak dapat satu apa pun. Mungkin aku sememangnya bukan anak Amiruddin.
Tapi aku tidak perdulik itu semua kerana jawatan dia telah aku ambil alih dan Amira mengambil jawatan aku. Aku tahu aku telah memang besar. Dengan saham Nazri 15 percent telah dia berikan kepada aku.
Hari ini aku bangun dari tidur, aku melihat diriku berada berada di bilik yang aku tidak aku kenali. Aku memicit kepala aku untuk mengingati apa yang berlaku. Memori terakhir aku ingat adalah aku berjalan ke parking kereta selepas itu dunia ku gelap gelita.
Aku perhatikan kembali ruang bilik yang sedang aku duduki. Baru aku sedar bilik ini adalah bilik milik Gabriel. Aku bangun dari katil dan keberanda. Aku melihat beranda rumah sebelah masih sama. Susunan pokok kaktus masih sama seperti dahulu.
Ketika aku merenung kaktus itu seperti aku sedang mengingati sesuatu. Sesuatu yang berharga. Tetapi aku tidak ingat secara terperinci. Seperti aku sengaja tidak mahu mengingati semua kenangan itu.
Mata ku, aku tutup rapat dan menghirup udara pagi yang segar sebelum aku buka mata semula. Aku masuk kebilik Gabriel semula dan mengambil beg aku dan keluar dari rumah Gabriel.
Aku pulang ke rumah Ayah, aku melihat ayah sedang duduk di ruang tamu, sambil membaca surat khabar. Niat aku mahu terus masuk ke bilik tetapi teringatkan saham ayah yang akan di pindahkan kepada Amira membuatkan aku terbantut. Aku duduk di hadapan ayah.
“Ayah dah breakfast?"
Ayah tidak hiraukan aku dan aku tetap bersuara. “Aina harap ayah fikir balik untuk pindahkan semua saham ayah dekat Amira. Kalau ayah bagi semua pada Amira, Aina tak teragak untuk jatuhkan syarikat kesayangan ayah tu. Aina tak kisah kalau syarikat ayah musnah sebab Aina ada atuk yang berikan semua harta dia dekat Aina. Lepas hancurkan semuanya Aina akan pindah Dubai. Mungkin ayah akan habiskan hari tua ayah dekat rumah orang tua berseorangan”
Ayat yang aku katakan penuh dengan ugutan. Aku boleh lihat dengan jelas badan ayah mengigil. Ayah mencampakan surat khabar dari tangannya dan mula bertanya. “Apalagi Aina nak? Jangan jadi anak yang di benci. Dekat ayah sendiri Aina sanggup buat macam tu?”
Aku ketawa “Yes! Kalau ayah buat pilihan betul”
Ayah sungguh marah dan mahu menampar aku tapi dia terpaksa menahan. Aku bangun dan masuk ke bilik aku. Aku akan pindahkan semua barang milik aku keluar dari rumah ini. tak akan aku jejaki lagi selepas ini.
Lepas mandi, aku mula packing barang-barang aku. apabila siap semuanya aku minta pembantu rumah bawa turun dan masukan ke dalam kereta aku. Kerana kereta aku mempunyai ruang yang sempit aku terpaksa berulang dua kali.
Aku ada beli rumah baru yang berdekatan dengan rumah Gabriel. Sementara waktu hingga habis selesai urusan aku di sini. Aku kan tinggal di rumah baru aku itu.
Ketika aku sampai di rumah buat kali kedua. Aku melihat ada seekor anging di hadapan rumah aku. Sudah di halau tidak juga berganjak. Aku bertanya pada jiran-jiran rumah aku, anjing ini milik siapa. Tiada sesiapa tahu.
Aku jatuh kecian pada anjing itu. Aku tahu anjing ini mempunyai tuan. Sebab anjing ini baka German Shepherd dan mempunyai collar di lehernya. Aku mengumpan anjing itu masuk ke dalam halaman rumah aku dengan makanan.
Sungguh jinak sekali. Aku seperti mahu mengusapnya tapi aku batalkan niat aku.
Pada waktu petang aku saja-saja mahu berjoging di taman. Sebaik aku keluar anjing itu turun mengikut aku. Dia berlari beriringan bersama aku dan aku biarkan sahaja.
Aku singgah di guardhouse untuk bagitahu mereka. Jika ada tuan anjing mencari haiwan perliharaan mereka. Anjing itu ada bersama aku.
Ketika aku sedang berlari perlahan bersama anjing yang setia mengikutku. Dengan tidak sengaja aku terserempak dengan Gabriel. Dia melihat aku dengan pandangan pelik. “Kau buat apa dekat sini?”
Anjing baka German sherpherd itu datang mendekati Gabriel, hujung seluar Gabriel di hidu. Gabriel seperti tidak kisah dengan anjing yang mendekati dirinya. Dia sudah biasa dengan haiwan sejenis itu. Dia bahagian dadah. Haiwan itu merupakan salah satu anggota bagi dalam badan kerjanya.
“Aku duduk sini. Bukan sebab kau duduk sini aku pindah sini. Aku dah beli rumah besar tu sebelum kau beli apartment belakang sana. So jangan kau nak fikir aku nak terkejarkan kau, dekat dengan kau. Aku jelaskan sebab aku tak nak kau benci aku. and if you still want me…” hujung ayat aku hanya cakap merapu sahaja.
“What your condition?”
Aku memandang Gabriel dengan mata bersinar. Mata Gabriel sama, sentiasa dingin dan seluruh raut wajahnya kelihatan dingin.
Aku dekati Gabriel dan tersenyum mengoda “Ganas”
Gabriel diamkan diri. Dan boleh di lihat wajahnya semakin ketat. Aku tahu Gabriel akan pergi jika aku bergurau sebegitu lagi. “Putuskan pertunangan kau dan Amira” Aku juga tahu Gabriel tak akan putuskan pertunangannya dengan Amira dengan hanya dengar apa yang aku katakan.
Gabriel mula melihat aku dengan pandangan lain. “Datang jumpa aku dekat apartment aku”
Apa kau nak aku buat dekat sana?
Sex dengan kau?
Aku sempat keluarkan bunyi sinis. “Busy”
Gabriel senyum sinis melihat aku. “Maklumat project mega kau yang bocorkan kan? Dengan boyfriend and your bestfriend”
Aku terkaku. Macam mana Gabriel tahu.
Adakah sesuatu terjadi semasa aku tidak sedarkan diri semalam.
Aku menafikan. “Encik Gabriel jangan sebarangan tuduh. Aku naib presiden. Sebab maklumat tu bocor, commission aku berkurang. Aku tak bodoh nak buat semua tu”
“Jangan terlalu cepat menafikan. Aku tahu permusuhan antara kau dengan Amira. Kau cuba nak buat Amira jatuh bukan sehari dua” Gabriel senyum sinis “Apa kau buat dalam bilik Amira tempoh hari? Aku tak perlu jelaskan apa kau buat. Kau nak buat ayah kau buang Amira kan? Kau nak nampak Amira teruk pada mata ayah kau? Tak sangka kau bukan perempuan yang senang di buat main”
Aku masih tidak mengaku. “Ada bukti?”
“Buat masa ni aku tak ada bukti. Tapi, Aku Gabriel Mikael akan jumpa bukti yang kau bersalah”
“Yes!! Aku buat semua tu” aku berikan senyuman manis pada Gabriel. Tidak sedikit pun takut padanya. “Pegawai polis yang di sayangi ramai mempunya masalah mental. Dia ada dua identity. Macam mana nak terangkan ye”
Aku ketawa kuat. “Kita boleh jatuh sama-sama. Don’t worry”
Aku melihat dirinya tanpa sebarang perasaan takut. Gabriel sudah mengangkat tangan untuk memukul aku tetapi anjing yang ikut aku mula menyalak kuat.
“Kalau kau bocorkan, aku akan hancurkan hidup kau Aina” Gabriel mengugut aku.
Aku faham apa yang Gabriel rasakan. Aku malas mahu menyakitkan hati dia lagi. “Maybe lepas ni aku tak gurau macam ni lagi. Aku balik dulu”
Baru berapa langkah aku memusingkan semula badan aku mengadap Gabriel. “Selamat pengantin baru. Semoga kau bahagia Gabriel. Aku harap kau tak akan menyesal”
harap tak menyesal la.. typo, ayat tunggang langgang. minta maaf dulu. tak sempat nak cek banyak kali.
Share this novel