Aku di tarik secara paksa oleh Gabriel. Setibanya di rumah dia aku di tolak duduk di sofa di ruang tamu rumahnya. Rumah ini banyak kenangan pahit. Semuanya pahit tiada yang manis.
Gabriel masuk ke dalam bilik kemudian dia keluar semula. Di hulurkan gambar kepada aku.
Gambar aku bersama Gabriel. Gambar kami berdua yang sedang bahagia di lamun cinta. Semestinya Gabriel tidak ingat. Sebab bukan dia yang bersama aku ketika itu.
“Bila kita ambik gambar semua ni?” Gabriel mula bertanya. Gabriel mula meragui diri sendiri. “Kenapa aku peluk kau dalam kereta hari tu”
Aku melihat gambar-gambar di tangan aku. Gambar Gabriel yang memandang aku penuh dengan kasih sayang membuatkan aku tersenyum sendiri. “I don’t know. Ada masa kau sangat baik melayan aku. Ada masa kau membenci aku”
Aku tahu Gabriel pasti faham dengan apa yang aku sampaikan. Dia duduk di hadapan aku dengan wajah keliru. Pasti dia sedang memikirkan apa yang berlaku pada dirinya. Dia Merenung gambar yang berada di tangan aku.
“Mana kau jumpa ni?”
Gabriel tidak jawab pertanyaan aku. Dia masuk ke dalam biliknya.
Aku cuba untuk keluar dari rumah Gabriel tetapi badan aku masih lagi sakit dan aku terlalu letih. Aku mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik yang selalu aku gunakan apabila aku berada di rumah Gabriel. Aku perlu rehatkan diri.
Tidur malam terjaga apabila perut aku terlalu sakit. Dahi aku mengeluarkan peluh sejuk. Seluruh badan aku mengigil. Tangan aku bawa ke perut aku yang sakit. Sakit di sepak terajang oleh Gabriel semalam. Mungkin kesan ubat tahan sakit sudah hilang.
Aku bangun perlahan-lahan untuk keluar dari rumah Gabriel. Tetapi langkah kaki ku terbantut. Aku melangkah ke pintu bilik Gabriel. Aku buka pintu bilik dia dan aku terkejut melihat dia tanpa seutus benang bersama seorang perempuan.
“Aina!” Gabriel turut terkejut melihat Aina yang masih ada di dalam rumahnya.
Gabriel dengan pantas menolak perempuan yang berada di atas nya dan mengejar Aina yang sedang melarikan diri.
Aku terus berlari keluar meninggalkan rumah Gabriel. Aku fikirkan aku tidak akan sakit hati dengan segala apa yang dia lakukan. Tapi aku silap. Walaupun dia bukan Gabriel yang aku Sayang. Dia tetap Gabriel. Memiliki tubuh yang sama. Air mata aku jatuh dengan sendiri.
Aku termuntah di tepi jalan apabila terbayang aksi menjijikan Gabriel bersama perempuan lain. Masuk sahaja kereta aku terus menghantar pesanan kepada Aina. Pesanan mengenai Gabriel bersama perempuan lain.
Aku terus meluncur pergi meninggalkan kawasan rumah Gabriel. Aku perlukan rehat. Aku harap fikiran aku tidak terganggu dengan masalah. Aku harap apa yang berlaku pada diri ku hanyalah mimpi sahaja.
Sebaik aku bangun tidur aku melihat ada 23 panggilan masuk daripada Gabriel. Memang aku sengaja memasang mood senyap pada telefon aku. Aku tidak mahu di ganggu. Aku perlu tenangkan fikiran aku.
Aku berharap aku dapat lari dari terus mencintai Gabriel. Itu yang aku mahukan sebaik aku bangun tidur. Aku mahu lupakan segalanya mengenai dia. Tetapi mustahil kerana fikiran aku, hati aku sentiasa ada bersamanya.
Aku cuba sibukan diri aku dengan kerja agar fikiran aku tidak memikirkan Gabriel lagi. Sebaik aku sampai di syarikat. Aku bertembung dengan Amira. Amira menahan aku dari pergi.
Aku tahu apa yang Amira sedang fikirkan.
“Macam mana kau tahu Gabriel dengan perempuan tu?” Amira mula bertanya.
Aku mengangkat sebelah kening aku dan cuba untuk menipu Amira. “Perempuan tu hantar message dekat aku. Maybe dia tak tahu aku dengan Gabriel dah putus. Bila aku dapat tahu. Bertapa gembiranya aku untuk tunjuk dekat kau. Aku memang sengaja nak tengok kau sakit hati”
“So kau bagitahu dekat aku. Sebab nak sakitkan hati aku”
“Amira. Kau tunang Gabriel. Siapa lagi aku nak bagitahu kalau bukan kau. Kau patut berterima kasih sebab aku dah tolong kau”
Wajah Amira merah menahan marah. “Kau memang sengaja nak ambik kesempatan atas masalah aku. Kau memang sengaja nak aku cari gaduh dengan perempuan lain. Senang kau nak jalankan kerja kau nak goda Gabriel”
Aku jawab dengan tenang. “Sorry I’m not interesting with Gabriel. Kalau kau bagi free pun aku tak nak”
“Apa maksud kau?”
Aku dan Amira memandang suara tidak jauh dari kami. Gabriel sedang memandang tepat pada ku. Dia berdiri bersandar di dinding. Seperti dia sudah lama di situ. Hanya aku tidak perasan.
Wajah bengis Amira yang serta merta bertukar. Senyuman manis dia berikan kepada Gabriel. Suaranya sungguh lembut tidak seperti dia bercakap dengan aku tadi. “Awak datang nak pujuk Saya ke?”
Aku melangkah pergi untuk masuk kedalam tetapi tangan aku di tarik oleh Gabriel. Gabriel langsung tidak hiraukan Amira yang berada di sebelahnya. Riak wajah Amira bertukar masam kembali. Pasti cemburu.
“Siapa yang kau tak nak?”
Aku cuba melepaskan tangan aku tetapi tidak berjaya. “Encik Gabriel tak faham ke apa yang aku cakap tadi. Lepaskan aku”
Gabriel melepaskan gengaman tangannya “Aku tak buat apa-apa dengan perempuan semalam”
Aku terkejut dengan apa yang Gabriel katakan apa aku. “Why you explain to me?” Gabriel diamkan diri dan aku mengingatkan dia kembali. “Tunang kau Amira. Not me”
Aku terus pergi meninggalkan Amira dan Gabriel.
Ayah memanggil aku masuk ke dalam biliknya. Sebaik aku duduk di hadapannya. Ayah memberitahu aku yang satu project besar dari apa aku dapat dari Nazri telah masuk. Pasti dia berasa gembira. Siapa tidak suka duit kan.
“Ayah nak Aina in charge this project”
Aku mengeling kepala menolak permintaan Ayah. “Sorry. Jadual Aina dah padat. I already have project with Nazri. Dengan kerja dekat hospital lagi. Ayah suruh anak Ayah yang lagi sorang tu buat”
“Aina okay nak Amira handle project ni” Ayah terkejut kerana aku mencadangkan Amira.
“Okay tak okay tiada beza bagi Aina. Dia tetap anak Ayah”
Aku nampak wajah Ayah gembira kerana aku sudah boleh menerima Amira. “Aina juga anak Ayah. Kamu berdua anak Ayah. Ayah tak pernah bezakan kamu berdua. Aina kalau ada apa-apa masalah cerita dekat Ayah. Ayah sentiasa ada untuk Aina”
Aku hanya senyum dan mengangguk kepala sahaja.
Pasti selepas ini Ayah akan menyesal seumur hidup.
esok maybe boleh upload satu bab sahaja.. selamat membaca.. sape nak tgok wajah Gabriel.. boleh pergi IG Daniel. daniel_alyahya
Share this novel